What is this? From this page you can use the Social Web links to save Struktur genome virus HIV dikenal pasti to a social bookmarking site, or the E-mail form to send a link via e-mail.

Social Web

E-mail

E-mail It
August 18, 2009

Struktur genome virus HIV dikenal pasti

Posted in: rawatan

SAINTIS di Amerika Syarikat berjaya menyahkod kesemua struktur genome virus HIV yang menyumbang kepada penyakit Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS).

Penemuan tersebut dijangka akan meningkatkan perkembangan terhadap strategi dalam menangani virus berbahaya tersebut dengan penggunaan ubatan antivirus terbaru.

“Kita semakin memahami helah genome yang membantu virus tersebut terlepas dalam pemeriksaan yang dilakukan pakar,” ujar Kevin Weeks, profesor di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat (AS).

Seperti virus lain yang menjadi punca influenza dan hepatitis C, HIV juga membawa maklumat genetik dalam bentuk satu lembaran asid ribonukleik (RNA) berbanding lembaran berganda asid deoksiribonukleik (DNA) yang sering dijumpai dalam kebanyakan organisma hidup dan beberapa jenis virus lain.

Ini menyebabkan kesukaran untuk menyahkod kerana tidak seperti DNA, RNA mampu membalik dirinya dalam bentuk berpaten jalinan rumit tiga dimensi.

Kajian awal berjaya membentuk semula model kecil genome HIV. Ia mengandungi dua jalinan yang masing-masing mempunyai hampir 10,000 nukleotaid iaitu blok molekul asas dalam membangunkan DNA dan RNA.

Dengan menggunakan teknik terkini, Weeks dan rakannya menghasilkan imej resolusi rendah dan kawasan lebih luas.

Ini seterusnya memberi petunjuk dalam menerokai dan menentukan cara genome RNA membantu kitaran hidup virus HIV.

“Salah satu cara ialah mengubah urutan RNA dan melihat sekiranya virus tersebut mengetahuinya,” jelas pakar mikrobiologi di universiti tersebut, Ronald Swanstrom.

Sekiranya virus tersebut tidak membiak seperti biasa setelah diganggu dengan proses mutasi, jelaslah ada sesuatu yang penting kepada virus itu untuk hidup.

AIDS pertama kali diketahui umum pada tahun 1981 apabila doktor di AS menemui kematian kluster luar biasa pada kebanyakan homoseksual di California dan New York.

Kini, virus pemusnah sel imunisasi yang mendedahkan pesakit kepada pelbagai penyakit itu telah membunuh sekurang-kurangnya 25 juta orang manakala 33 juta lagi terus bergelut dengan penyakit maut tersebut.

Sumber : Kosmo Online

Technorati , , , , , , , , ,

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!


Return to: Struktur genome virus HIV dikenal pasti