What is this? From this page you can use the Social Web links to save JANTUNG BERLUBANG to a social bookmarking site, or the E-mail form to send a link via e-mail.

Social Web

E-mail

E-mail It
September 07, 2009

JANTUNG BERLUBANG

Posted in: rawatan

-Terdapat kelainan pada jantung kongenital yang disebabkan oleh dinding jantung tidak terbentuk secara normal sebelum kelahiran.
-Pengaruh /kesan jangkitan pada janin dalam tiga bulan pertama kehamilan.

Jenis-Jenis Penyakit

1)ASD (atrial septal defect)
-Satu keadaan dimana terdapat satu lubang antara atria,menyebabkan oksigen dari bahagian kiri jantung masuk semula ke bahagian kanan.Oleh itu bilik jantung bahagian kanan terpaksa mengepam dengan lebih kuat yang mengakibatkan ia bengkak.Apabila pengaliran darah ke paru-paru menjadi bengkak,tekanannya meningkat dan merosakkan paru-paru.Ia juga dikenali sebagai sakit jantung tidak biru(acyanostic congenital heart diseases)

2)VSD (venticular septal defect)
-Dikenali juga sebagai sakit jantung biru (cynostic congenital heart disease)
-Biasanya berlaku dikalangan kanak-kanak.
-Sejumlah darah yang mengandungi oksigen dari bahagian kiri terpaksa masuk ke bahagian kanan melalui dinding penyekat,apabila terdapat lubang pada dinding tersebut.Darah yang berlebihan ini kemudiannya dipam semula ke dalam paru-paru yang boleh menyebabkan kerosakannya.

Punca Penyakit/ Faktor Risiko

-Keturunan /genetik (10%)
-Penyakit down sindrom
-Persekitaran (3%)
-Jangkitan kuman virus rubella (German measles) semasa kehamilan
-Ibu yang menghidap kencing manis
-Ubat-ubatan
-Alkohol

Tanda-Tanda /Simptom

-Pernafasan dan pergerakan nadi yang laju
-Berat badan yang tidak bertambah mengikut tumbesaran
-saiz lubang
*Kecil-kanak-kanak tidak sihat dan tidak membesar seperti biasa-kelainan pada    degupan jantung
*Sederhana-berat badan tidak bertambah, tidak menyusu,banyak berpeluh dan    bernafas kencang
*Besar-keadaan sama dengan sederhana tapi lebih merbahaya.Ia dapat dikesan     ketika bayi berumur dua minggu ke atas.
*Biasanya lubang-lubang kecil dan sederhana akantetutup dengan sendirinya.

Komplikasi

-Pesakit mungkin mendapat jangkitan ‘Bacterial Endocarditis’ yang akan memasuki pembuluh darah hingga ke bahagian jantung dan injap jantung

Technorati , , , , , , , , , , , , , , ,

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!


Return to: JANTUNG BERLUBANG