What is this? From this page you can use the Social Web links to save Mengatasi Sakit Kepala to a social bookmarking site, or the E-mail form to send a link via e-mail.

Social Web

E-mail

E-mail It
March 28, 2010

Mengatasi Sakit Kepala

Posted in: rawatan

Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Merupakan satu bebanan yang berat bila seseorang mengalami masalah sakit kepala kerana ia menganggu sistem pemikiran dan penyeimbangan diri.Ini semuanya berpunca dari banyak kemungkinan dan sebahagiannya
- Tekanan yang berat
- Tidur yang kurang dari 8jam
- Tidur pada waktu yang bertentangan ( lebihkan pagi dari malam )
- Melengahkan waktu makan

Yang diatas mungkin sebahagian yang di kategorikan namun hakikatnya sekiranya terlebih tidur juga boleh membawa kesan pada bahagian kepala.Di bahagian kepala mengandungi saraf yang penting seperti saraf otak yang berfungsi untuk melaraskan dan mewaraskan setiap tindak tandukl manusia seharian dan otak jugalah banyak digunakan setiap saat kehidupan manusia.

Oleh itu pemikiran juga perlukan berehat untuk mendapatkan ketenangan dalam semua aspek terutamanya dari sudut kehidupan.Sakit kepala sememangnya amat bersangkut paut dengan sistem pemikiran dan punca sakit kepala juga dari tugasan yang banyak menggunakannya.Bukan itu sahaja sakit kepala juga boleh terjadi sekira seseorang yang mengalami masalah mata dengan membaca di suasana gelap sehingga menjadi beban  di pemikiran.

Sakit kepala boleh di atasi bila seseorang itu
- Menepati masa tidur
- Makan yang cukup
- Mencari masa untuk rehat seketika

Dengan cara begini sekurang-kurangnya dapat mengelakkan masalah sakit kepala.Ada juga yang mengalami sakit kepala kerana beremosi yang tiada jalan yang terbaik untuk menyelesaikan sesuatu tekanan.Sememangnya tidak dinafikan dengan keadaan serba moden ini membuatkan ramai yang terleka dengan kepentingan diri sendiri sehingga bila dah merasakan sakit baru mengerti istilah berehat.

Sakit kepala juga boleh membuatkan seseorang itu mengalami
- migrain
- Tekanan darah tinggi
- Letih
- Lenguh badan

Bagaimana pun tindakan awal perlu diambil agar kesihatan stabil sediakala dan janganlah bermain tarik tali lagi dengan diri sendiri ketika telah merasakan kesakitan kerana di situ akan membawa padah.Ingatlah “Jalan keluar datang bila kita berusaha untuk mencarinya” selagi di izikan ALLAH.

Technorati , , , , , , , , , , , , , , ,

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!


Return to: Mengatasi Sakit Kepala