What is this? From this page you can use the Social Web links to save ASMA to a social bookmarking site, or the E-mail form to send a link via e-mail.

Social Web

E-mail

E-mail It
December 28, 2007

ASMA

Posted in: rawatan

Asma adalah sejenis penyakit pengecutan salur pernafasan akibat radang saluran tersebut.Paru-paru mengecut disebabkan saluran pernafasan terlalu hiperaktif dan sensitif terhadap perubahan sekeliling dan bahan alergi.
Punca penyakit / faktor risiko

1) faktor genetik iaitu mempunyai saluran pernafasan yang sempit secara semulajadi

2) udara yang sejuk atau terlalu panas

3) habuk

4) asap

5) jangkitan saluran pernafasan

6) tekanan emosi dan fizikal

7) Kesan sampingan daripada sesetengah ubat

8) Senaman yang keterlaluan

9) makanan-makanan seperti pulut,buah nangka,durian,tembikai dan lain-lain

10) bulu binatang seperti kucing
Tanda-Tanda / simptom

1) Batuk berpanjangan terutama waktu waktu pagi dan malam

2) Nafas berbunyi

3) Rasa sesak nafas waktu berjalan atau ketika berehat
Komplikasi

1) mendapat serangan serius hingga boleh membawa kematian

2) asma kronik menyebabkan paru-paru kembang,sukar berjalan dan membuat kerja-kerja berat

3) boleh mengakibatkan kebocoran selaput paru-paru(pnenmothorax)

4) boleh terkena jangkitan kuman pada paru-paru yang dikenali sebagai ‘pneumonia’

5) bagi kanak-kanak yang menghidapnya boleh mengakibatkan pembesarannya terbantut,jika  wanita hamil akan mengalami masalah ketika bersalin nanti

Rawatan / pengesanan

1) melegakan tanda-tanda ‘bronchodilator’ iaitu dengan membuka saluran yang sempit

2) ubat-ubatan seperti beta ‘adrenergic agonist’ dan ‘theophylline’

3) steroid yang diambil dalam bentuk sedutan boleh membantu

4) rawatan yang diberikan bergantung kepada jenis asma yang dialami oleh seseorang.

Technorati , , , , , , , , , , , , , , ,

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!


Return to: ASMA