What is this? From this page you can use the Social Web links to save DIABETES (KENCING MANIS) to a social bookmarking site, or the E-mail form to send a link via e-mail.

Social Web

E-mail

E-mail It
January 14, 2008

DIABETES (KENCING MANIS)

Posted in: Tip Kesihatan

DIABETES (KENCING MANIS)

Penyakit ini berlaku apabila paras glukosa dalam darah meningkat secara luarbiasa.Insulin (hormon) berfungsi mengekalkan paras tersebut pada tahap normal dengan membantu pergerakannya daripada saluran darah memasuki sel badan.

Jenis-jenis diabetes;

  1. IDDM;Diabetes yang bergantung pada insulin.
  2. NIDDM;Diabetes tanpa bergantung pada insulin.
    IDDM selalunya berlaku dikalangan umur di bawah 30 tahun. tapi ia boleh juga berlaku pada semua peringkat umur.NIDDM biasanya terjadi dikalangan umur 40 tahun keatas tapi kerap juga berlaku pada mereka yang muda.Pada pesakit IDDM,sel-sel didalam badan tidak dapat mengeluarkan insulin dengan cukup.

Punca penyakit/faktor risiko.

  • Mungkin berpunca oleh jankitan virus yang merosakkan pankreas.
  • Kegemukan.
  • Pemakanan.
  • Kurang aktiviti fizikal.
  • Keturunan.
  • Umur.
  • Bangsa atau kumpulan etnik.

Tanda-tanda/simptom.

  • Kerap berasa dahaga.
  • Kerap kencing.
  • Terasa letih dan lesu.
  • Susut berat badan walaupun berselera makan.
  • Luka dan Cedera yang lambat sembuh.
  • Gatal-gatal dibahagian kemaluan.

Langkah Pencegahan.

  • Makan makanan berkhasiat,elakan makanan berlemak dan bergula.
  • Pilihlah kombinasi makanan yang mengandungi tenaga.
  • Makan mengikut keperluan aktiviti fizikal anda.
  • Bersenam selalu untuk membakar lemak dalam badan dan memperbaiki edaran   darah.
  • Jaga Kebersihan kulit dan kaki serta gigi anda.

Komplikasi.

  • Hilang deria rasa pada kaki dan tangan.
  • Jangkitan yang tidak dirawat segara akan menukar menjadi’gangrene’(tisu-tisu   dikaki mati).
  • Kabur penglihatan sehingga membawa kepada kebutaan.
  • Penyakit buah pinggang.
  • Serangan jantung.
  • Tekanan darah tinggi (hypertension).
  • Strok atau angin ahmar.
  • Koma akibat dari’hipoglesenia’ayau ‘hypergresemia’.
  • Penyakit saraf
Technorati

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!


Return to: DIABETES (KENCING MANIS)