What is this? From this page you can use the Social Web links to save EPILEPSI(SAWAN) to a social bookmarking site, or the E-mail form to send a link via e-mail.

Social Web

E-mail

E-mail It
January 18, 2008

EPILEPSI(SAWAN)

Posted in: Tip Kesihatan,rawatan

-Terjadi kerana terdapatnya cetusan elektrik yang berlebihan di sebahagian(epilepsi partial) atau keseluruhan otak (epilepsi general)
-Apabila terkena serangan mereka akan mengeluarkan bunyi yang kuat,hilang kesedaran dan rebah.Mata menjadi celik ke atas,otot-otot menjadi tegang dan mengalami kancing gigi dan bibir kelihatan kebiruan.
-Selepas 20-30saat,kedua-dua tangan dan kakinya akan bergerak dengan pantas dalam tempoh 30 saat hingga 1 minit.
-Dalam keadaan tersebut pesakit tidak dapat mengawal saluran kencing,lidah mungkin tergigit dan mulut berbuih.
-Selepas itu pesakit akan pengsan untuk beberapa minit.

Jenis-Jenis Penyakit

1)Absence attack- menyebabkan pesakit hilang kesedaran dengan keadaan seolah-olah termenung dalam masa beberapa saat tetapi tidak rebah.Mata berkelip-kelip dan keadaan mata akan anik ke atas.Ia selalunya menyerang kanak-kanak yang berusia 8-10 tahun.

2)Epilepsi Tonik
-Mereka hanya jatuh tanpa sebab tertentu dalam keadaan sedar mengadu kaki menjadi lemah.Ia menyerang kanak-kanak yang mempunyai tahap kecerdasan yang lembab.

3)Epilepsi mioklonus
-Mereka yang terkejut secara tiba-tiba selepas bangun dari tidur.Keadaan kedua-dua kaki seperti tersentap.

Punca Penyakit / Faktor Risiko

-Faktor genetik/keturunan
-Ketumbuhan otak
-Jangkitan otak
-Kecederaan otak
-Kelainan urat darah dalam otak
-Penyakit metabolik seperti kekurangan gula dalam darah,kegagalan ginjal danĀ  racun-racun serangga.
‘sklerosis hipokampus’iaitu kelainan satu struktur dalam otak dinamakanĀ  ‘hipokampus’yang telah menjadi parut semasa pesakit di peringkat kanak-kanak.

Technorati , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!


Return to: EPILEPSI(SAWAN)