Tentang Mahsuri

Dalam memenuhi kehendak masa kini pelbagai teknik perubatan moden dan juga tradisional di perkenalkan selaras dengan perkembangan teknologi dan juga peningkatan ilmu pendidikan. Selaras dengan itu, maka wujudlah perubatan rawatan secara metafizik. Rawatan ini telah diperkenalkan oleh   En. Abd. Ghani dengan nama Rawatan  Alternatif Mahsuri (RAM).

Berasaskan minat dan juga ilmu yang ditimba di Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia dan perubatan tradisional beliau telah memulakan perubatan sejak enam tahun lepas dengan permulaan konsep perubatan hanya dilakukan dirumah dan juga ke rumah-rumah pesakit. Konsep perubatan pada masa itu hanya tertumpu kepada bentuk spiritual sahaja.

Bagaimanapun, En. Ghani telah memperkembangkan lagi konsep rawatannya dengan pembukaan sebuah pusat rawatan pada bulan Oktober 2003. Penekanan difokuskan dari segi mental, emosi, fizikal dan spiritual. Ianya adalah satu kaedah yang berasaskan gabungan tenaga dalaman beserta ayat as-syifaq (doa). Gabungan dari kaedah inilah yang akan digunakan untuk merawat pelbagai penyakit yang ada dalam diri setiap manusia. 

Menurut statistik dari Persatuan Kesihatan Dunia (WHO), penyakit sakit jantung merupakan “Pembunuh No. 1” kepada penduduk sedunia. Ramai penduduk manusia diragut oleh pembunuh tersebut.

Menurut statistik juga, lebih daripada 70% sistem peredaran darah orang dewasa tergendala. Mereka berada dalam kategori sub-sihat dan berisiko terhadap penyakit kronik seperti strok, tekanan darah tinggi, sakit jantung dan arteriosklerosis.

Penyakit akan timbul jika sistem peredaran darah tidak lancar.

Penyakit Serebral-Kardiovaskkular: Kandungan lemak dalam darah terlalu tinggi, darah terlalu likat, tekanan darah tinggi, pitam, trauma, sakit jantung dan sebagainya.

Penyakit Sistem Saraf dan Sistem Endokrin: Penyakit lemah saraf, ketidakupayaan saraf sistem saraf, ketidakupayaan sistem endokrin, penyakit kronik renal, penyakit kencing manis dan sebagainya.

Penyakit Sistem Respirasi: Rhinitis sensitive, jangkitan peparu, ketidakupayaan peparu dan sebagainya.

Penyakit Sistem Pencernaan: Ulser gastric, radang perut dan usus dan sebagainya.

Masalah Sub-Kesihatan: Masalah kesihatan yang berkaitan dengan kecantikan, pemulihan, ortopedik, organ deria, ginekologi, hepatitis B dan sebagainya.

Rawatan yang dijalankan ini tidak terhad kepada jantina ataupun umur kerana ianya sesuai untuk semua peringkat. Kebiasaannya pesakit akan dirawat sehingga beberapa kali sehingga semangat mereka dapat dipulihkan semula. Ada diantara mereka yang mengalami masalah urat saraf, sakit puan atau tuan, histeria, lemah semangat , masalah rumahtangga, penyakit kronik dan lain-lain penyakit yang berkaitan emosi, fizikal dan spritual.          

Kebiasaannya pesakit akan dibekalkan dengan pil, minyak urut, ubat sapu, gel, air untuk mandian dan juga ubat-ubatan yang lain yang disertakan dengan doa as-syifaq. Ubat-ubat ini diberi mengikut penyakit yang dihadapi. Bagi pesakit yang mengalami masalah rumahtangga, apa yang dilakukan bukanlah untuk meruntuhkan rumahtangga tetapi lebih kepada mengeratkan lagi kasih sayang kedua-dua mereka.        

Pada masa ini beliau mempunyai 6 orang pekerja yang mana 4 daripadanya menguruskan bahagian pemasaran diluar dan 2 orang membantu beliau di pusat rawatan. Dalam memperkembangkan lagi pusat rawatan ini, pelbagai usaha dijalankan seperti membuat promosi melalui iklan, edaran risalah, pemasaran dan promosi ke sekolah-sekolah.

Selain membuat rawatan, En. Ghani juga turut memperkenalkan produk seperti ubat untuk minda yang mana ianya sesuai untuk semua peringkat usia. Produk ini sesuai untuk membentuk minda yang sihat dan cergas.

Antara produk yang popular di rawatan alternatif Mahsuri ialah produk ‘Penawar Sakit‘. produk ini merupakan antara kit kecemasan yang patut disimpan oleh setiap orang di rumah. maklumat tentang produk ini boleh dibaca di sini

Technorati , , , , , ,
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...
Share This  | Email This Page Email This Page  | Print It Print It  |  Subscribe to It!

10 Responses to “Tentang Mahsuri

  • MyAvatars 0.2
    1
    edah
    February 29th, 2008 20:24

    ingin tahu penyakit angin dalam badan.

  • MyAvatars 0.2
    2
    rohana
    March 4th, 2008 23:04

    askum.saya dah berkali2 browse mahsuri,tapi saya sukar nak memahami.betulkah rawatan mahsuri dapat menyembuhan penyakit dlm masa yg singkat.maksud saya x sampai bertahun2.bagaimana kalu seluruh bdn sakit2.x dpt dibuktikan dgn mata kasar tapi tuan punya badan yang menanggungnya.harap maklum

  • MyAvatars 0.2
    3
    marliana bt morderri
    March 22nd, 2008 09:24

    saya ingin tahu adakah penyakit kanser boleh terjadi kepada orang yang berumur 20 tahun..mengapa ia terjadi..bagaimana cara untuk mengubatinya……….

  • MyAvatars 0.2
    4
    ana
    March 22nd, 2008 09:26

    saya ingin tahu lebih lanjut mengenai kanser peparu………adakah penyakit ini boleh terjadi kepada org yang berumur 22 tahun……..saya inginkan kepastian….

  • MyAvatars 0.2
    5
    getukubikayu
    March 24th, 2008 21:02

    apakah rawatan terbaik untuk penyakit psirosis. telah banyak ubat hospital dan alternatif telah saya gunakan tetapi masih belum mendatangkan hasil yang memeuaskan……

  • MyAvatars 0.2
    6
    anita
    September 10th, 2008 12:54

    saya tinggal jauh,disabah bolehkah pihak mahsuri memberi alamat lengkap untuk saya mengepos rambut saya untuk membolehkan mahsuri mengenal pasti penyakit yang saya alami.

  • MyAvatars 0.2
    7
    NORA
    February 19th, 2009 11:06

    Tolong sent saya copy tentang definisi moden

  • MyAvatars 0.2
    8
    rejai
    March 25th, 2009 14:08

    nak tanya apakah kmungkinan penyakit bg tanda2 tersebut?
    bengkak kaki, kencing berdrah,bibir luka lambat sembuh,sakit belakang, muka sembab,kerap buang air kecil…

  • MyAvatars 0.2
    9
    miza
    May 27th, 2009 08:17

    saya mengidap eczema sudah 6 tahun pada kedua-dua tapak tangan selepas melahirkan anak ke 2. sekarang saya ada mencuba jus manggis dan saya dapati satu badan saya telah mengeluarkan gatal2 macam allergic. saya pendapat tuan mengenai penyakit saya ini, adakah ianya dapat dirawat di tempat tuan? sila berikan saya testimoni yang telah berjaya dirawat oleh tuan mengenai penyakit yang sama. sekian, terima kasih.

  • MyAvatars 0.2
    10
    INA
    July 8th, 2009 14:00

    Assalamualaikum, sya ingin bertanya knape stiap kali berludah,air ludah sy pekat dan berlendir mcm ade kahak.kadang2 tekak sya mcm ade bau.nak hirup makanan yg berkuah mcm susah masuk.rasa tak selesa.

What Do You Think?

6,816 Views
Close
E-mail It