Bahayanya Penyakit Chikungunya

1.  Apa itu Penyakit Chikungunya?

Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk.

Chikungunya pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania pada tahun 1953. Semenjak itu ia berlaku di negara-negara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini ia berlaku di beberapa buah tempat di Negara Eropah.  Ia endemik (selalu berlaku) di kebanyakan negara Sub Sahara Afrika, India, Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina.

Ia bukanlah satu penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya.
2.  Bagaimana penyakit ini boleh berlaku?

Chikungunya adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada genus Alphavirus di dalam keluarga Togaviridae.
3.  Adakah ia berjangkit?

Ya. Virus Chikungunya berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti yang membawa virus tersebut.  Nyamuk Aedes juga menyebarkan virus penyakit demam denggi.


4.  Apakah masa pengeraman bagi Chikungunya?

Masa pengeraman bagi Chikungunya boleh menjangkau di antara 3 hingga 12 hari tetapi pada kebiasaannya di antara 3 hingga 7 hari.
5.  Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini?

•Demam panas mengejut
•Sakit teruk pada sendi
•Ruam pada badan
•Sakit kepala

Seorang pesakit boleh demam dari 1 hingga 7 hari (kebiasaannya 5 hari).

Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.
6.  Adakah penyakit ini boleh membawa maut?

Di Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahan atau kematian. Tetapi, sesetengah pesakit mengalami gejala yang berpanjangan.

Pesakit yang berumur boleh mengalami kesakitan berulang pada sendi sehingga beberapa bulan atau tahun.
7.  Apakah rawatan bagi penyakit ini?

Seperti penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus, ia tiada rawatan yang khusus. Selalunya rawatan diberi berdasarkan gejala klinikal yang dialami oleh seseorang pesakit.

Kebanyakan kes yang terjadi hanya memerlukan rawatan pesakit luar sahaja.

Tiada vaksin bagi penyakit ini.
8.  Apakah yang perlu dilakukan jika dijangkiti penyakit?

Jika mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit Chikungunya, orang ramai adalah dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat.

9.  Cara pencegahan penyakit Chikungunya

•Bersihkan kawasan rumah dan persekitaran supaya bebas daripada tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti gotong royong. Adalah terbukti tiada kes baru yang dilaporkan di kawasan-kawasan yang melakukan gotong- royong.

•Periksa rumah dan persekitaran sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes.

•Dapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami tanda dan gejala penyakit.
10. Bolehkah kawasan saya dijangkiti penyakit Chikungunya?

Boleh, kerana penyakit ini dibawa oleh nyamuk Aedes albopictus dan Aedes aegypti yang terdapat di negara kita.
11. Situasi semasa penyakit Chikungunya di seluruh negara

Sila rujuk kenyataan akhbar.
12. Tindakan Kementerian Kesihatan

Langkah – langkah kawalan yang telah diambil:
•Pengesanan kes secara aktif
•Melakukan kajian Aedes
•Semburan kabus dan ULV
•Aktiviti gotong-royong bersama masyarakat setempat
•Aktiviti promosi kesihatan

Kejadian penyakit ini adalah terkawal dan terhad kepada kawasan-kawasan tertentu sahaja.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

Bilik Gerakan
Bahagian Kawalan Penyakit
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 3, Blok E10, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Putrajaya
No. Tel. : 03-8881 0600 / 03-8881 0700

Download risalah Chikungunya di sini

Technorati , , , , ,

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!


1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (2 votes, average: 5 out of 5)
Loading ... Loading ...

Cerita Berkaitan yang Menarik di baca...

10 Responses to “Bahayanya Penyakit Chikungunya

  • MyAvatars 0.2
    1
    ADRIAN
    January 31st, 2009 19:43

    apa beza dengan denggi nyamuk aedes dengan chikungunya?

  • MyAvatars 0.2
    2
    amin
    March 30th, 2009 17:33

    sebagai pengidap cikuungunya sudah 2 bulan lebih dengan kesakitan disendi lengan kiri kedua tapak tangan kebas kebas terutama selepas bangun tidur susah untuk mencangkung dan mendirikan solat telah beberapa kali ke klinik dan hospital ingin tahu bolehkah kaedah urutan digunakan untuk mengubati penyakit ini. Mohon penjelasan please…

  • MyAvatars 0.2
    3
    lina
    April 11th, 2009 21:34

    just to share. awal bulan 3 aritu badan saya dipenuhi bintik2 merah serta sakit2 sendi. Doktor cek darah..platlet mmg rendah. Doktor kata mcm denggi. tp die akan tahan saya di wad bila platlet rendah bawah 60. keesokan hari…saya cek darah lg..platlet makin menurun. Doktor nasihat supaya minum air 100 plus dan minum sup ketam. Alhamdulillahh selepas saya mendengar nasihat doktor + minum air kelapa..bintik2 merah mula hilang. tetapi dlm pertengahan bulan..sakit sendi saya dtg kembali. mmg seksa nak gerak llg bila bangun pagi. saya cek darah sekali lg. platlet saya normal dan lagi baik dr yg sebelumnya. Doktor beritahu saya kena chikungunya. hampir 2 mgg saya menahan sakit sendi. kawan saya ada mengsyorkan kpd saya supaya cuba menyapu losyen pati halia “mustajab” pada tempat yg sakit. Alhamdulillah…semakin kurang sakit sendi saya. Ianya mmg betul-betul mujarab. kini saya boleh kembali bergerak dengan aktif. alhamdulillahh….

  • MyAvatars 0.2
    4
    Zam
    May 9th, 2009 22:01

    Insya’Allah… Boleh pulih penyakit ni…

    Sabda Rasullullah,
    “Setiap penyakit ada penawarnya kecuali maut.”

    Saya ada dengar dan melihat sendiri bukti ada pesakit Chikungunya pulih segera (dalam masa 2 hari) dengan penawar di bawah, berbanding membiarkannya baik dengan sendiri (MAKAN MASA BERBULAN-BULAN).

  • MyAvatars 0.2
    5
    peeja
    July 21st, 2009 21:56

    nau zubillah…..jauhkanlah aku dari penyakit ini…AMIN.. ermmm…bahaya jugak rupanye ye! tap my family pernak kene..tpi alhamdulillah.. x terok sangat..

  • MyAvatars 0.2
    6
    peeja
    July 21st, 2009 21:57

    rasenye…. demam denggi ke chikungunya ni lebih merbahaya?

  • MyAvatars 0.2
    7
    nini
    November 24th, 2010 11:56

    sakit sangat kalau kena penyakit nie.. xada yg lebih sakit dr penyakit nie.. saya n keluarga sy dh kena.. kurang seleramakan,mata kemerahan,sakit tulang kaki,tapak jari,dan lain2.. sampai skrg,sy n mak sy masih lg sakit sendi tulang… kalau nak bangun,sakit sgt.

  • MyAvatars 0.2
    8
    deden
    November 1st, 2011 14:16

    gunakan kelambu nyamuk sebelum tidur untuk menghindari dan mencegah tertular penyakit yang disebabkan oleh nyamuk.

  • MyAvatars 0.2
    9
    Nenny Lukman
    August 4th, 2013 21:05

    Betapa sangat menakutkan penyakit ini tak pernh trbayangkn sebelumnya kalau orng yg aku sayang hrus mrsakn pnykit ini… Aku sakut mndngrnya sakit semoga saja pnyakitny cpt smbuh n mohon doa’x kpda semua…!!! Kan ku jaga sampai skitmu smbuh sayang

  • MyAvatars 0.2
    10
    Portal Berita
    July 12th, 2017 17:54

    Hanya disini Portal Berita Terlengkap dan Terupdate

What Do You Think?

26,009 views
Close
E-mail It