Isu Melamin – Langkah Berjaga-Jaga Yang Perlu Diambil

Sebagai langkah proaktif, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin menasihati semua pakar perubatan dan pegawai perubatan sentiasa memantau sekiranya gejala masalah buah pinggang di kalangan bayi akibat keracunan melamin mungkin berlaku seperti:

-Bayi menangis tanpa sebab terutamanya ketika kencing
-Muntah-muntah
-Kencing berdarah (dapat dilihat dengan mata kasar atau melalui mikroskop)
-Kencing sedikit atau tidak kencing langsung
-Keluar batu karang semasa kencing
-Tekanan darah tinggi, sembab dan kesakitan bila terlanggar di bahagian ginjal
-Tanda-tanda hasil dari komplikasi masalah ginjal seperti demam yang tidak diketahui puncanya hasil dari jangkitan kuman/bakterimia atau disebabkan oleh stasis (WHO)

Keadaan seperti di atas jarang berlaku di kalangan kanak-kanak. Sekiranya mengesyaki gejala ini di kalangan mereka, anda perlulah melaporkan kepada ibu pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kadar segera.

Melapor Kes
Kes definisi untuk tujuan pelaporan adalah
‘An infant with kidney stones or other kidney problems (e.g. anuria, renal failure) having consumed powdered infant formula produced in China before 6 August 2008, and where other potential causes of kidney stones have been excluded by differentials diagnosis’- INFOSAN Emergency Alert Update No.2

Semua kes-kes yang mempunyai/disyaki gejala ini perlu dirujuk kepada pakar pediatrik di hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.

Semua kes yang mempunyai/disyaki gejala ini perlu dilaporkan kepada:

Bilik Gerakan Kebangsaan CPRC
Bahagian Kawalan Penyakit
Jabatan Kesihatan Awam
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras3, Blok E10, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590, Putrajaya
Tel:03-88810200/300, 013-6699700
Fax: 03-88810400
Email: cprc[at]moh.gov.my

Technorati , , , , , , , , , , ,

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!


1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (2 votes, average: 5 out of 5)
Loading ... Loading ...

Cerita Berkaitan yang Menarik di baca...

What Do You Think?

6,381 views
Close
E-mail It