TERIKAT KEPADA KEADAAN SEKARANG
” Saya dah stabil…” Dengan bangganya kawan anda berkata begitu. Tak lama kemudian, bulan depan, anda melihatnya sudah tak stabil – sudah menunggang kapcai.
Selain terikat kepada keadaan masa lalu, terikat kepada keadaan sekarang juga merupakan punca kegagalan.
Sama ada keadaan sekarang berbentuk kejayaan atau kegagalan, sama sekali anda tidak boleh membiarkan diri anda terikat kepadanya. Terikat kepada keadaan sekarang akan membawa anda kepada masa lalu kerana dunia ini berpusing, maju ke depan. Hari ini kita berdiri di sini, kita menjadi ‘beku’ jika kita terus berdiri di sini kerana disekeliling kita penuh dengan perubahan yang meninggalkan kita. Jadi semestinya kita sentiasa bergerak untuk mengikut rentak pusingan dunia ini.
Email This Post

(1 votes, average: 4 out of 5)
(2 votes, average: 4.5 out of 5)



