Archive for the 'Tip Kesihatan' Category

Apa Itu Tinggi Kolestrol?

Masih terngiang-ngiang gelak ketawa arwah Mohammad Aidil. Hampit semua pekerja HID Global masih lagi merasakan akan kehilanggannya. Dari postmortem yang di buat oleh Doktor, dia mengesahkan Arwahnya ada Kolesterol yang tinggi di dalam darah.

Kolesterol yang tinggi di dalam darahnya telah menyebabkan arteri ke jantungnya tersumbat. Ini menyebabkan serangan jantung ke atas dirinya. Wah, rupanya-rupanya kandungan kolestrol di badan Arwah tinggi yang menyebabkan ini semua berlaku. Nampak sihat, badan kurus dan aktif bersukan tetapi kolestrol tinggi.

Apa itu kolestrol tinggi ya?

Kolestrol yang tinggi di dalam badan adalah tidak elok untuk kesihatan kita. Setiap manusia mempunyai kolesterol di dalam badan. 80% kolesterol berada di dalam badan kita dan 20% lagi di hasilkan melalui pemakanan kita. Terdapat 2 jenis kolesterol dalam tubuh badan :

Read the rest of this entry »

Technorati ,
Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Penjagaan Ketahanan Badan Selepas Bersalin

Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Ramai yang kurang mengerti aspek penjagaan kesihatan selepas bersalin.Ini kerana mereka terleka seketika kerana terlalu seronok apabila melihat dua kelopak mata bayi mereka yang di nantikan selama ini ada di pangkuan.Namun hakikatnya si ibu juga perlu berjaga sekiranya tidak sihat bagaimana ingin memberi penjagaan rapi pada bayi mereka.

Ketika proses bersalin para ibu banyak mengeluarkan tenaga dan sel darah.Jadi disini penjagaan selepas bersalin itu penting agar dapat menghidupkan semula sel-sel yang lemah.Untuk pengetahuan bersama ketika wanita yang bersalin mereka ibarat terputus urat dan kata orang tua-tua bagi melahirkan anak lelaki ibunya akan terputus dua urat manakala anak perempuan satu urat.

Sekiranya penjagaan tidak rapi tubuh ibu akan mudah masuk angin kerana di ruangan sel urat masih mengembang.Disebabkan oleh tekanan semua anggota ketika meneran di proses mengeluarkan bayi.Ini bagi yang normal,bagi yang tidak normal seperti operation,proset(iaitu vacum) lebih banyak termatinya sel.Yang penting cara penjagaan selepas bersalin yang betul dan pantang larang yang diamalkan oleh orang tua juga perlu diambil perhatian walaupun berada dizaman moden.

Read the rest of this entry »

Technorati , , , , , , , , , , , , , , ,
Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 3 out of 5)
Loading ... Loading ...

Panduan Penyusuan Bayi

Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Di peringkat awallah keperluan antibodi perlu di beri perhatian kerana diperingkat inilah memudahkan sesuatu rawatan.Ini kerana semasa bayi sistem organ-organ didalam badan terlalu sensitif dan apabila tidak dikawal bermacam-macam masalah timbul seperti :
* Alahan
* Batuk Berkahak
* Tonsilitis ( Tekak kemerahan )
* Selsema
* Jaundice ( sakit kuning )

Semua ini berlaku hanya kerana ibubapa kurang menyedari aspek persekitaraan.Setiap bayi yang di lahirkan semuanya dalam situasi penyesuaian dengan keadaan sekeliling,ia mudah dan cepat mengesan perubahan keadaan.Jiwa bayi terlalu sensitif dan sistem imunenya masih belum dalam keadaan terkawal serta mudah mendapat penyakit yang berpunca dari virus.

Read the rest of this entry »

Technorati , , , , , , ,
Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Alzheimer Sejenis Penyakit Pelupa

Oleh: Rawatan Alternatif Mahsuri

Alzheimer adalah sejenis penyakit pelupa yang membuatkan seseorang itu tidak dapat memikir atau mengenal sesuatu walaupun identiti sendiri.Seseorang yang mengalami begini pada peringkat awal mereka akan mengalami kurang daya berfikir yang jauh dan sering didalam kebuntuan mencari jalan keluar.Kebiasaannya mereka akan mudah marah kepada keadaan sekeliling kerana bagi mereka orang disekeliling yang salah.

Walaupun keadaan ini nampak ketara pada setiap pandangan namun bagi yang mengalaminya ia kurang faham atas perubahan dirinya sendiri. Punca alzheimer sering berlaku disebabkan banyak faktor seperti
* Stress
* Banyak berfikir
* Kenangan @ kehilangan

Kadangkala mereka yang menghidapi penyakit alzheimer biasanya emosi mereka rasa kurang selesa dan mudah marah.Bagi pandangan pihak kami sesiapa yang menghidap alzheimer memerlukan perhatian dari orang yang dikasihi.Bila seseorang itu mengalami masalah begini ia akan mudah mendapat penyakit
* Darah tinggi
* Kurang selera makan
* Tekanan darah rendah

Read the rest of this entry »

Technorati , , , , , , , , , , , , , ,
Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Tanda-tanda Dan Rawatan Batuk Berkahak

Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Dalam aspek ini banyak sudut boleh dikaitkan dengan penyakit batuk berkahak terutamanya dibahagian sistem saraf tiroid.Bahagian-bahagian saraf tiroid merangkumi sistem pernafasan,apabila sistem pernafasan terganggu ia mudah di jangkiti kuman yang boleh mendatang lendir.Sistem pernafasan pula melibatkan ronga-ronga badan seperti
-Hidung
-Mulut
-Telinga

Di bahagian inilah permulaannya punca batuk berkahak berlaku kerana ia adalah rongga yang mengambil oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida.Tetapi sekiranya sistem ini terganggu ia akan memudaratkan pernafasan manusia sehingga lendiran yang dipanggil kahak akan bertempelan diliang-liang paru-paru.Di bahagiaan paru-paru pula adalah bahagian terpenting dalam pernafasan manusia.Di peringkat awal yang boleh di kenal pasti ketika anda mengalami Read the rest of this entry »

Technorati , , , , , , , , , , , , , , ,
Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Rawatan Saraf Dan Simptom Saraf

Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Dengan perkataan ini tiada siapa yang faham kecuali sesetengah orang yang prihatin sahaja mengambil tahu dan mengerti maksud ini.Apa itu rawatan saraf ? pentingkah penjagaannya? adakah ini terjadi? mengarut sahaja? pertanyaan-pertanyaan  yang sering berlegar di fikiran ketika membaca artikel ini.Jawapannya terpulang kepada individu untuk mentafsirnya namun di sini bila kita meneliti ia akan menjadi satu isu yang amat penting dalam kehidupan kita.

Percayakah anda bahawa saraf-saraf,sistem peredaran darah didalam badan seseorang semuanya mempunyai tugas terpenting dan disini bermaksud mereka semua berperasaan sepertimana tuan tubuhnya.Cuba kita renungkan apabila kita terlalu agresif menjalankan perihal kehidupan kita seharian sehingga kita terlupa keperluan tubuh kita yang disangka tidak berakal dan berperasaan.Sesiapa yang berfikiran ini mereka adalah salah sama sekali dan ia tergolong dalam orang yang leka dan lalai.Saraf juga adalah organ yang terlalu penting untuk kita menjaganya kerana ia terlalu halus seperti sehelai rambut.Cuma keadaan,situasi dan tugasnya tersembunyi disebalik tubuh yang gah bertutupi dengan ketampanan dan kecantikan luaran.

Jeritannya memang tidak didengari namun ia akan datang bila ia longlai dan disitu bermacam akan terjadi.Semasa itu janganlah kita mengeluh selepas ia mengeluh dan bosan dengan sikap ego kita.Saraf mengandungi berbagai sifat ia juga perlukan perhatian kerana ia banyak memberi jasa ketika kita memerlukannya.Kesannya terlalu mendalam ketika ia menyerang ke organ kita dan ketika itu kita akan merintih pula seperti mana ketika dahulu ia merintih dan meminta tolong untuk meluangkan masa menenangkan kerengangannya.

Read the rest of this entry »

Technorati , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Penyakit Alahan Yang perlu Mendapatkan Rawatan

Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Penyakit alahan adalah penyakit yang berpunca dari peredaran darah yang tersumbat dari liang-liang saraf utama didalam badan.Ia boleh dikatakan berlaku akibat kecuaian seseorang mengendalikan faktor kehidupan yang terlalu terbuka tanpa berhati-hati dalam aspek kepentingan antibodi.Tanpa pengetahuan tentang aspek kesihatan ia boleh mendatangkan kemudaratan yang membahayakan di sistem-sistem penting dalam organ manusia.

Penyakit alahan ini boleh dikategorikan sebagai penyakit “Diam-diam ubi berisi” kerana sekiranya tindakan tidak diambil dengan segera ia akan memakan sel-sel baik dalam badan sehingga boleh membuatkan seseorang menghidap kanser.Selalunya penyakit yang berpunca dari alahan nampak seperti remeh di kehidupan seharian namun ia boleh membawa maut sekiranya tidak bersungguh-sungguh merawatnya.Dari apa yang di lihat alahan ini banyak mengganggu dibahagian-bahagian penting salah satunya di sistem pernafasan.Dari kajian penyakit alahan yang perlu dikawal dalam peringkat awal seperti

Read the rest of this entry »

Technorati , , , , , , , , , , , , , , ,
Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

KENALI USUS ANDA

RAMAI tidak mengendahkan kepentingan untuk mengekalkan sistem penghadaman yang sihat hinggalah kesihatan mereka terjejas.

Seorang yang normal akan mengambil lebih kurang satu kilogram makanan sehari. Ini bermakna kita akan makan lebih kurang 365 kilogram makanan setiap tahun!

Walaupun kita memasukkan banyak makanan ke dalam usus kita, namun kita masih belum benar-benar menghargai kepentingan kesihatan sistem penghadaman.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, penyakit sistem penghadaman menjadi punca keenam utama kematian di hospital kerajaan sepanjang 2008.

Kita perlu ingat bahawa keadaan sistem penghadaman seseorang akan mempengaruhi kesihatan dan kesejahteraan diri secara keseluruhan.

Ia bukan sahaja memainkan peranan penting dalam penghadaman dan penyerapan nutrien, malah turut merupakan sebahagian daripada sistem imun dan saraf. Sudah tiba masanya untuk kita mengutamakan sistem penghadaman kita!

Read the rest of this entry »

Technorati , , ,
Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

PENYAKIT TAUN

PENYAKIT taun atau kolera  merupakan penyakit yang tertumpu pada saluran penghadaman akibat daripada jangkitan bakteria (kuman), vibrio cholera.

Ia berlaku apabila kuman taun dari pesakit atau pembawa menjangkiti individu sihat melalui mulut.

Salah satu punca bagaimana kuman taun boleh tersebar ialah melalui pengambilan makanan dari persekitaran yang kotor dan tidak terurus.

Ini termasuk makanan yang dicemari kuman taun, tidak dimasak dan dimakan sejuk.

Selain ini, lalat dan air minuman yang dicemari najis boleh menyebarkan kuman taun kepada individu sihat lain.

Read the rest of this entry »

Technorati , , , , , , , , , , , ,
Email This Post Email This Post
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...
Close
E-mail It