ANAK DEGIL-BAGAIMANA INGIN MENANGANINYA?

Oleh Rawatan Alternatif Mahsuri

Cara mengatasi anak degil mudah sahaja cuma ingin melakukannya atau tidak.Hakikatnya semua manusia di muka bumi ini memerlukan perhatian zahir dan batin.Sekirannya kita lapar adakah cukup hanya dengan meminum air kosong sahaja itu tidak mungkin bukan begitu jugalah soal perasaan.

Permulaannya memang nampak geram bila melihat teletah seorang anak yang tidak mahu mendengar kata dan suka memprotes.Bila berada disituasi begini sebagai orang tua tidak perlu cepat melatah sehingga sanggup memukul mereka dengan kejam sehingga dendam anak kepada orang tuanya bertambah mendalam.

Dizaman yang moden ini memang tidak dinafikan bahawa kehidupan akan terhimpit sekiranya ibu tidak membantu mencari nafkah bersama tetapi jangan terlalu lalai dan leka sehingga mengabaikan anak yang berada di rumah tanpa perasan samada mereka berlapar atau pun tidak sihat.Mereka yang bernama anak semuanya memerlukan perhatian dan ketika kita berada didalam situasi mereka juga kita inginkan benda yang sama iaitu kasih sayang.

Apa yang kami kaji anak degil berpunca dari sikap memberontak yang pada mulanya berlaku hanya dirumah dan terbawa-bawa diluar sehingga tidak terkawal,akibatnya ada yang menjadi terlalu agresif sehingga tidak mengenal erti bahaya.Sekiranya sifat ini tidak dibendung ia akan mendatangkan kemudaratan pada semua pihak.

Pendirian orang yang degil tidak berkesan lagi dengan nasihat kerana bagi mereka itu tidak penting,sebab mereka telah ada prinsip sendiri tetapi disini ingin kami berikan satu tips bahawa orang yang berdekatan dengan mereka yang perlu menunujukkan contoh yang terbaik terlebih dahulu dan berubah mengikut kehendak hati mereka dengan secara senyap.

Ada yang mengatakan bahawa bila ada yang mempunyai anak yang degil tidak boleh terus menunding jari kesalahan kepada ibubapa sahaja kerana banyak faktor yang boleh dijadikan sebab.Kenyataan ini memang benar dan ada kemungkinan ketika ibubapa bekerja anak mereka diserahkan kepada penjaga dan disini mereka meluangkan lebih banyak masa bersama orang yang tiada sangkut paut dengan darah daging mereka.Tetapi sebagai orang tua tidak boleh melepaskan semuanya pada penjaga semata-mata kerana dia hanya dipertanggungjawabkan bukan diamanahkan disinilah yang harus difahami.

Banyak sebab yang boleh terjadinya anak degil terutamanya
* Kurang perhatian
* Pendapat yang sering tidak diendahkan
* Selalu di marahi tanpa sebab
* Memukul tanpa ada kawalan
* Keluarga yang kucar kacir
* Penceraian ibubapa

Di sini nampak mudah sehingga ada ibubapa yang terlepas pandang sehingga menganggap dengan kewangan sudah memadai dan cukup sempurna tapi tidak untuk NALURI.Sekiranya tindakan awal tidak diambil apabila tabiat anak mula berubah, ia akan menambahkan bahaya sehingga watak anak degil berubah
* Cepat marah
* Suka menipu
* Ponteng kelas
* Kaki pukul
* Gangsterisme

Banyak lagi yang perkara negatif terjadi sekiranya ibubapa tidak endahkan perubahan.Dengan memanjakan anak juga boleh terjadinya anak itu menjadi degil kerana mereka tahu apa yang mereka mahukan semuanya akan dapat dan apa yang mereka lakukan semuanya tiada batasan dan akan mudah mendapatkan kepercayaan orang tua.Ada yang sebahagian terlibat seperti
* Ibubapa
* Guru
* Adik beradik
* Jiran

Bagi masyarakat juga tidak boleh terus ambil tindakan dengan terus menghukum anak degil ini terlalu jahat kerana setiap manusia mempunyai sifat tertentu dan boleh dibendung jika caranya betul.Anak degil mempunyai jiwa yang terlalu sensitif dan tidak boleh ditegur
* Dengan tengking
* Mengumpat dibelakang
* Memukul dengan denda yang berat

Dengan ini ambillah iktibar dan fahamilah erti perasaan mereka terutamanya ibubapa haruslah meluangkan masa dan mengambil tahu apa aktiviti mereka sebelum terlambat jangan jadikan kemewahan itu sudah cukup membeli kasih sayang kerana tidak mustahil mereka akan balas begitu ketika kita memerlukan kasih sayang mereka sesudah tua.Bagi mereka yang masih mempunyai anak yang kecil amabillah yang terbaik agar tidak terlambat dan didiklah mereka dengan didikan agama dan moral agar mereka tidak gentar dengan emosi mereka sendiri.Didiklah anak-anak dari rebung jangan sampai terlambat sesudah buluh kerana mereka juga ingin merasakan dihargai dan dihormati.

Technorati , , , , , , , ,

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!


1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Cerita Berkaitan yang Menarik di baca...

What Do You Think?

6,482 views
Close
E-mail It