ORANG TAMAK SELALU GAGAL

Orang yang tamak,semua nak buat sendiri,akan gagal.Ini bukan mitos atau tekaan tetapi kenyataan yang perlu kita tahu.Jika anda ada mempunyai sikap demikian baiklah buangnya jauh-jauh kerana sikap ini kalau menjadi pakaian kita pasti menyebabkan kita selalu di kejar kegagalan

Mulai hari ini buangkanlah sikap tamak, semua nak buat sendiri, semua nak makan sendiri itu dengan menanam sikap ,”Buat sama-sama, makan sama-sama rata, sama merasa”.Allah S.W.T memberikan rezeki kepada semua umat manusia dan bukan dipilih-pilih.Sesiapa yang rajin berusaha akan mendapat lebih dan begitulah sebaliknya.Oleh itu sebagai manusia tidak perlulah kita sentiasa tamak dengan pemberian tuhan ini.

Tamak ini boleh didefinasikan sebagai nak lebih dari orang lain.Dia ingin melakukan semua kerja  itu agar dia dapat ganjaran yang tinggi sedangkan ramai lagi orang lain yang susah memerlukan pekerjaan itu.Andainya semua orang mengamalkan  sikap’ kerja sama-sama, makan sama-sama’, pastinya lebih ramai manusia yang hidup senang dan tiada kemiskinan.

Hari ini kita sibuk menyebut tentang ‘teamwork’ tetapi adakah kita tahu ‘teamwork’ ini telah diamalkan oleh Rasulullah untuk memperjuangkan agama Islam.Baginda tidak tamak tetapi sentiasa menyebarkan dan berkongsi faedah dan ajaran yang dibawa oleh Baginda.Ia dikaji di barat dan diamalkan dibarat sebab itulah mereka lebih maju dari kita.

Anda akan memperolehi kejayaan jika mengamalkan teamwork ‘kerja sama-sama, sama-sama makan.Jangan sekali membenarkan rasa tamak  dan ingin membolot sendiri menguasai fikiran.Setiap kali terasa perasaan tamak menguasi diri, katakan pada diri anda “Tak boleh, saya tidak mahu menjadi orang yang gagal”.

Mulai sekarang amalkanlah “KERJA SAMA-SAMA, MAKAN SAMA-SAMA” itulah moto baru hidup anda sekarang.


Technorati , , , , , ,

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!


1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Cerita Berkaitan yang Menarik di baca...

What Do You Think?

1,673 views
Close
E-mail It