Sentiasalah berasa ‘MAHU’

Apa jua yang kita lakukan kita perlu sentiasa berasa “mahu”. Perkataan mahu ini adalah titik tolak kepada kesempurnaan, keikhlasan dan kecemerlangan apa jua yang kita usahakan itu. Lawan kepada mahu ialah “tak mahu”. Bayangkan sahaja apabila anda tidak inginkan sesuatu, bermakna anda tidak mahu. Peratusan hati anda terhadap sesuatu usaha itu tidak jitu, tidak seratus peratus. Hasilnya, tentulah tidak seratus peratus baik.

Di tengah-tengah antara mahu dengan tidak mahu ini, “mahu tak mahu”. Yang ini lebih sulit sebab kedudukannya samar antara mahu dengan tidak mahu. Rasa tidak mahu ini akan mempengaruhi seluruh hidup anda seterusnya.  Anda mengambil wuduk dengan malas, sembahyang ala kadar dan seterusnya menyediakan sarapan pagi untuk keluarga dengan rasa kelesa. Senyuman pasangan anda terasa hambar dan malas hendak disambut. Teguran atau mungkin juga gurauan sendanya tidak bermakna apa-apa.

Bagi orang yang mahu, tiada jalan yang susah baginya . Apalagi dalam soal menentukan kebahagiaan rumahtangga. Ianya hanyalah persoalan hati tanpa perlu banyak mengeluarkan modal ataupun pengorbanan. Kalau hati sudah diberikan target untuk bahagia, ia tentu bahagia. Tapi kalau hati sudah diracuni rasa tidak mahu bahagia, benci, menyampah dan rasa kesal yang berlarutan, sudah tentulah bahagianya tidak datang menjengah.

Bahagia itu bermula dengan kata-kata yang baik. Untuk mendapatkan kata-kata yang baik kita mesti sentiasa berasa mahu untuk hidup, mahu untuk berasa ceria bersama suami ataupun isteri, anak-anak dan seluruh ahli keluarga, jauh dan dekat. Daripada perasaan mahu bahagia ini akan lahir ucapan yang baik-baik. Kalau menerima ucapan yang tidak baik pun boleh dibalas dengan kata – kata yang baik, sebab targetnya mahu bahagia bukan derita.

Kesimpulannya, perbezaan antara mereka yang berjaya dengan orang yang tidak berjaya bukanlah kerana kekurangan kekuatan atau ilmu, tetapi lebih kepada kekurangan kesungguhan dan kemahuan.

Technorati , , , , , , , , , , , , ,

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!


1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (4 votes, average: 4.25 out of 5)
Loading ... Loading ...

Cerita Berkaitan yang Menarik di baca...

What Do You Think?

5,412 views
Close
E-mail It