TAK ADA PENDIRIAN

Hari ini dia sibuk mengatakan,”Ini best”, esok pulak “Yang ini pulak best.” Lusa, dah monyok di kedai kopi.
Hari ini berkobar-kobar mengatakan pendirian nak buat ini yang terbaik, tetapi bila tiba esok pendirian berubah
nak buat itu pulak bersungguh-sungguh.Lusa nak mulakan dengan benda lain lagi.Janganlah hari ini semangat berapi-api
esok -esok dah macam orang kalah judi.Jika anda tidak berdiri di lantai yang tetap anda boleh jatuh tersungkur
di lantai masa itu anda dapat rasakan kesakitannya.Begitu juga jika anda tidak mempunyai pendirian yang tetap, anda
tidak akan sampai kemana-mana, bak kata pepatah, Orang dah ke bulan anda masih lagi menongkat dagu.Sudahlah anda tidak

berjaya tetapi nama anda pula menjadi busuk.Memang benar,orang yang tidak mempunyai pendirian adalah orang yang sedang
mencipta nama yang busuk.
Pendirian berkaitan dengan kepercayaan, keyakinan.Kerana jika tiada rasa percaya dalam diri maka dengan segera dia akan
mengubah setiap keputusan yang dibuat dan matlamat yang asal juga akan tersasar dari jalannya.Orang yang tiada pendirian ini

kebanyakannnya adalah orang yang lekas berputus asa,orang yang suka meniru orang lain tidak kira dari segi fizikal atau mental

dan mereka yang tidak berpendirian ini juga adalah orang yang kurang ilmunya.Kenapa dikatakan kurang ilmunya? kerana tidak

tahu (tiada ilmu) pastinya tidak ada kepercayaan.Bila tidak percaya maka tidak adalah pendiriannya.
Yelah bagaimana nak ada pendirian sedangkan diri tidak percaya dengan apa yang sedang dilakukannya.

Cara-cara untuk menguatkan pendirian anda :

1-Siapkan apa yang anda lakukan jgn melakukan separuh jalan.Hanya dengan menyiapkannya kita dapat tahu samada kerja itu berjaya atau gagal.

2-Bila melakukan sesuatu pekerjaan lakukan dengan sepenuh hati bila melakukan dengan separuh hati maka kerja pun jadi
sekerat jalan.

3-Matlamat mestilah tepat dan jelas.Jika kita tahu apa yang dicari barulah mula mencarinya.Mencari sesuatu yang tidak
pasti akan menjadikan diri tidak tetap pendirian.

4-Jangan cepat berputus asa, jika apa yang dilakukan tidak menjadi,tukar cara, tukar lagi,tukar lagi sehingga menjadi.

5.Tidak ada kegagalan yang selamanya dan anggaplah kegagalan sekali itu adalah berbentuk sementara.Orang yang berjaya
didunia ini juga mengalami berbagai jenis kegagalan sebelum berjaya.

6-Anggap kegagalan sebagai pendorong anda untuk memperbetulkan arah dan tujuan anda.

7-Cuba mengelakkan dari bergaul dengan manusia yang tidak ada pendirian.Jika mereka suka berhimpun di kedai kopi, maka
anda jangan terlalu asyik di kedai kopi membuang masa.Carilah mereka yang mengejar kejayaan disitulah anda akan belajar
banyak perkara yang positif.


Technorati , , , , , ,

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!


1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Cerita Berkaitan yang Menarik di baca...

One Response to “TAK ADA PENDIRIAN

  • MyAvatars 0.2
    1
    Angah
    March 8th, 2015 04:38

    Macam mana mahu ada sifat pendirian diri.
    Sy sy terlalu banyak kali jatuh naik dalam kehidupan.
    Salah satu sebabnya, sy dulu pernah di kecewakan oleh seorang wanita.
    Dan sekarang sy juga hilang keyakinan diri. Bagaimana sy ingin mengatasi masalah
    Ini. Sy harap admin dapat membantu sy. Sy sudah penat dengan kehidupan. Jatuh naik, jatuh naik . Itu saja yg sy ingin admin . Terima kasih .

What Do You Think?

7,769 views
Close
E-mail It