TEKANAN ANAK MEMBAWA KEPADA RAGAM

Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Dalam melayani kerenah anak-anak yang mempunyai berbagai ragam memang agak memeningkan kepala.Banyak faktor yang boleh dikaitkan dengan keadaan sebegini.Ada juga dikalangan anak-anak kita yang mempunyai jiwa yang memberontak kerana ditinggalkan dirumah pengasuh.Bagi kefahaman kanak-kanak mereka masih tidak faham tentang aspek ekonomi,bagi apa yang mereka mahu hanyalah belaian kasih sayang.

Apabila mereka ditinggalkan dirumah pengasuh dan bergaul pula dengan bermacam-macam kerenah dan sikap yang berlainan dengan diri mereka dan lama kelamaan mereka akan terbawak sikap itu didalam rumah.Tidak dinafikan bahawa kadang-kadang ada sesetengah ibubapa yang tidak dapat mengawal kemarahan memukul anak-anak mereka tanpa belas kasihan.”Penat dan letih aku dekat tempat kerja pun belum habis,korang dah buat perangai” inilah kata-kata yang sering dikatakan oleh sesetengah ibu bapa.

Sememangnya lapan jam ditempat kerja dihabiskan dengan tekanan pemikiran namun adakah pernah terfikir tekanan anak-anak kita di rumah.Kadang-kadang anak-anak kita merasakan dengan menunjukkan kerenah dan ragam mereka dapat menarik perhatian kasih dan sayang ibubapanya.Sebagai ibubapa kita tidak boleh menjadi tekanan dengan sikap anak-anak kerana kita tidak tahu apa yang mereka fikir dan apa yang mereka simpankan dari kita.

Anak-anak sememangnya tidak pandai meluah dengan kata-kata hanya yang mereka mengerti
- menangis
- merengek
- lasak

Bagi mereka inilah cara yang terbaik.Ibubapalah yang perlu pandai mengenal situasi dengan membuang kepenatan bekerja apabila bertemu dengan mereka.Tidak salah mengambil sedikit masa membawa mereka berjalan-jalan selepas membawa pulang dari rumah pengasuh.Dengan cara begini sedikit sebanyak dapat meredakan minda anak-anak kita.Sekiranya ibubapa masih berdegil dan mementingkan lagi kepenatan ia akan membawa banyak konsep negatif pada diri anak-anak.Dari segi kefahaman “Duit boleh dicari dengan usaha namun kasih dan sayang hanya datang bila ikhlas bersama.”Ingatlah bagi anak-anak ibubapalah mentor dan cermin mereka jadi ibubapa haruslah menunjukkan contoh yang terbaik pada mereka.

Technorati , , , , , , , , , , , , ,

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!


1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Cerita Berkaitan yang Menarik di baca...

What Do You Think?

3,709 views
Close
E-mail It