TERIKAT KEPADA KEADAAN SEKARANG

” Saya dah stabil…” Dengan bangganya kawan anda berkata begitu. Tak lama kemudian, bulan depan, anda melihatnya  sudah tak stabil – sudah menunggang kapcai.
Selain terikat kepada keadaan masa lalu, terikat kepada keadaan sekarang juga merupakan punca kegagalan.

Sama ada keadaan sekarang berbentuk kejayaan atau kegagalan, sama sekali anda tidak boleh membiarkan diri anda terikat kepadanya. Terikat kepada keadaan sekarang akan membawa anda kepada masa lalu kerana dunia ini berpusing, maju ke depan. Hari ini kita berdiri di sini, kita menjadi ‘beku’ jika kita terus berdiri di sini kerana disekeliling kita penuh dengan perubahan yang meninggalkan kita. Jadi semestinya kita sentiasa bergerak  untuk mengikut rentak pusingan dunia ini.

Bagaimana keadaan anda hari ini? Sihat? Kaya?Berjaya? Miskin atau Gagal? Walau apa pun keadaan semasa yang kita lalui hari ini, jangan sesekali membenarkan jiwa dan fizikal anda melekat, terikat kepadanya. Banyak hari-hari yang panjang menunggu di depan. Selesa hari ini tak semestinya selesa pada masa depan. Miskin hari ini tak semestinya terus miskin.

Manusia lebih suka hidup terikat kepada keadaan semasa.Satu cara yang pasti untuk memperolehi kegagalan kearah yang lebih buruk. Ramai yang menyangka, bila sudah berjaya, kejayaan itu akan kekal. Hakikatnya, tidak ada yang kekal di dunia ini. Usaha di tangan anda, anda perlu berusaha mengekalkannya. Berusaha bukan duduk diam terikat kepada keadaan semasa. Orang yang menyangka, bila hidup gagal, miskin, itulah ketentuan hidup.

Itulah penamat, “Dah takdir..” Soalnya, tahukah apa takdir masa depan?
Anda mesti sentiasa ingat, walau apa pun yang terjadi pada hari ini, ia bukan penamat. Kerana bukan penamat, maka tak sepatutnya kita berhenti dan mengikat diri kepada keadaan semasa.

Technorati , , , , , , , , , , , ,

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!


1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (2 votes, average: 2.5 out of 5)
Loading ... Loading ...

Cerita Berkaitan yang Menarik di baca...

What Do You Think?

2,350 views
Close
E-mail It