August 24th, 2009
Pengenalan Penyakit
-Influenza atau’flu’bukanlah demam selsema biasa kerana ia boleh menyebabkan berbagai komplikasi.
-Ia merupakan jangkitan virus akut yang bermula secara tiba-tiba
-Virus influenza di tularkan melalui sentuhan atau sekresi daripada pesakit. Ia ditularkan melalui semburan semasa pesakit batuk, bersin atau bercakap.
-Satu bersin boleh memindahkan penyakit ini pada 196 km/j,menjangkau jarak sejauh 6 meter dalam satu saat.
Punca Penyakit/Faktor Risiko
-Agen penyebab inffluenza ialah virus-virus:
-Virus influenza A-menjangkiti manusia dan haiwan seperti khinzir,burung dan kuda.
-Virus Influenza B dan C biasanya menjangkiti manusia sahaja.
-Golongan-golongan yang berisiko tinggi adalah:
-Individu yang berumur 60 tahun ke atas
-Penghuni rumah orang tua-tua
-Pesakit kronik seperti jantung,paru-paru,ginjal,asma, diabetes mellitus,imunosupresi akibat kanser atau kemoterapi
-Kanak-kanak dan orang dewasa yang dirawat dengan aspirin
Baca keterangan lengkap di sini »
influenza, penyakit telinga, rawatan, sakit telinga, telinga, telinga berdenging, telinga microphone, telinga microphones, telinga parabola, untuk telinga blogspot

Loading ...
Share This
|
Print This Post
|
Posted in rawatan | No Comments »
August 22nd, 2009
SELAIN bahu beku, sindrom bahu lenguh merupakan keadaan yang sering dialami oleh semua orang terutama individu yang bekerja di pejabat atau kilang.
“Ramai menganggap bahu lenguh seperti perkara biasa namun apabila ia dibiarkan tanpa sebarang terapi dan rawatan, ia mampu memberi kesan sakit yang membebankan,” kata Siti Farah Aini Jamaludin.
Sindrom yang membabitkan tengkuk dan bahu ini mampu merebak ke dada bagi lelaki manakala golongan perempuan akan terasa ngilu di bahagian atas payu dara.
“Berdiri atau menghadap komputer dengan postur yang salah selama beberapa jam akan memberi tekanan kepada otot.
“Sebab itu, berehat selama lima minit pada setiap setengah jam mampu memberikan rehat kepada otot dan sendi.
Baca keterangan lengkap di sini »
bahagian otak, fungsi otak, kanker otak, otak, otak architects, otak com, otak inc, otak international, otak kanan, otak kiri, otak manusia, radang otak, rawatan, tumor otak

Loading ...
Share This
|
Print This Post
|
Posted in rawatan | No Comments »
August 21st, 2009
Marah adalah emosi manusia yang memang normal dan sihat tapi apabila ia tidak dapat dikawal,emosi ini akan membawa masalah di tempat kerja dalam hubungan peribadi mahupun keseluruhan kualiti hidup anda.Kemarahan yang tidak terkawal akan menjadi punca pergaduhan dan penceraian dan menyebabkan tekanan yang serius dalam hidup seseorang.Rasa marah ini boleh disebabkan perihal dalaman dan luaran.Biasanya ia melibatkan perubahan fisilogikal dan biologikal seseorang ketika marah,tekanan darah dan denyutan jantung akan meningkat, begitu juga dengan hormon tenaga,adrenalin dan noradrealine jadi jika anda ingin hidup gembira dan sihat kawal kemarahan anda sebaiknya.
Caranya adalah seperti berikut :
Baca keterangan lengkap di sini »
bahagian otak, fungsi otak, kanker otak, marah, otak, otak architects, otak com, otak inc, otak international, otak kanan, otak kiri, otak manusia, radang otak, rawatan, tumor otak

Loading ...
Share This
|
Print This Post
|
Posted in rawatan | No Comments »
August 19th, 2009
Tidur adalah amat penting kepada manusia iaitu sebagai satu cara untuk merehatkan diri setelah penat bekerja seharian.Setiap orang dewasa memerlukan tidur yang cukup iaitu antara tujuh atau lapan jam sehari ini bergantung kepada keperluan individu itu sendiri.Apa yang penting adalah keadaan kita semasa bangun dari tidur samaada kita aktif atau tidak bergantung pada jangka waktu tidur kita.
Bila tidur anda mula terganggu ini menunjukkan yang anda mempunyai masalah dengan waktu tidur anda.Apabila keadaan ini berlaku anda boleh dikategorikan menghidap insomnia.Insomnia ini adalah keadaan di mana seseorang itu tidak mempunyai kekuatan untuk mendapatkan tidur yang nyenyak dan sempurna.Ia juga banyak berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki .Ia kerap berlaku seiring peningkatan usia.
Baca keterangan lengkap di sini »
insomnia, penyakit sawan, rawatan, rawatan air mentah, rawatan bekam, rawatan herba, rawatan laser, rawatan mata, rawatan penyakit, rawatan pergigian

Loading ...
Share This
|
Print This Post
|
Posted in rawatan | No Comments »
August 18th, 2009
SAINTIS di Amerika Syarikat berjaya menyahkod kesemua struktur genome virus HIV yang menyumbang kepada penyakit Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS).
Penemuan tersebut dijangka akan meningkatkan perkembangan terhadap strategi dalam menangani virus berbahaya tersebut dengan penggunaan ubatan antivirus terbaru.
“Kita semakin memahami helah genome yang membantu virus tersebut terlepas dalam pemeriksaan yang dilakukan pakar,” ujar Kevin Weeks, profesor di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat (AS).
Seperti virus lain yang menjadi punca influenza dan hepatitis C, HIV juga membawa maklumat genetik dalam bentuk satu lembaran asid ribonukleik (RNA) berbanding lembaran berganda asid deoksiribonukleik (DNA) yang sering dijumpai dalam kebanyakan organisma hidup dan beberapa jenis virus lain.
Ini menyebabkan kesukaran untuk menyahkod kerana tidak seperti DNA, RNA mampu membalik dirinya dalam bentuk berpaten jalinan rumit tiga dimensi.
Kajian awal berjaya membentuk semula model kecil genome HIV. Ia mengandungi dua jalinan yang masing-masing mempunyai hampir 10,000 nukleotaid iaitu blok molekul asas dalam membangunkan DNA dan RNA.
Dengan menggunakan teknik terkini, Weeks dan rakannya menghasilkan imej resolusi rendah dan kawasan lebih luas.
Baca keterangan lengkap di sini »
ciri demam berdarah, demam berdarah denggi, demam berdarah in, demam berdarah in english, demam campak, hiv, kejang demam, obat demam, obat demam berdarah, rawatan

Loading ...
Share This
|
Print This Post
|
Posted in rawatan | No Comments »
August 17th, 2009
Sama ada anda suka atau tidak setiap wanita pasti akan mengalami menopaus.Oleh itu berapa kali pun perkara ini dibincangkan,ia pasti akan berguna untuk setiap wanita.Menopaus merupakan berakhirnya kedatangan haid (putus haid) pada setiap wanita.Ia dikatakan berlaku apabila seseorang wanita tidak mengalami haid selama 12 bulan berturut-turut.Di Malaysia purata umur menopaus ialah antara 45 tahun hingga 50 tahun.Di Malaysia hanya 30 peratus wanita menopaus mempunyai simptom dan paling ketara ialah serangan panas (hot flushes.)
Kaitan hormon dan menopaus
Hormon estrogen memainkan peranan penting dalam mempertahankan fungsi jantung,kepadatan jisim tulang,tisu otak,faraj,serviks ,rahim dan kulit.Apabila fungsi rahim berkurangan hormon estrogen juga akan berkurangan secara perlahan.Ini menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur,kesuburun berkurangan dan seluruh badan akan berubah.
Baca keterangan lengkap di sini »
ciri demam, demam, demam berdarah, gejala demam, menopaus, penyakit demam, penyakit demam berdarah, penyebab demam, rawatan

Loading ...
Share This
|
Print This Post
|
Posted in rawatan | No Comments »
July 22nd, 2009
Buasir adalah satu penyakit yang amat digeruni setiap orang kerana kesakitannya yang boleh mengakibatkan kesukaran membuang air besar.Pada sesiapa yang selalu mengalami sembelit berkemungkinan risiko terjadinya buasir adalah besar.Buasir ini terjadi apabila saluran darah venus yang mengembang dan bengkak di sekitar dubur.Di bahagian dinding dubur terdapat kusyen yang membantu menutup dubur dan memudahkan pengeluaran najis.
Tetapi apabila seseorang itu sering sembelit dan proses meneran akan mengakibatkan kusyen yang melindungi dubur tadi bengkak dan beralih asalnya ini menyebabkan kedudukannya terkeluar dari dubur ketika proses buang air besar dan berlaku pendarahan kerana tisu haemorrhoid yang mengandungi banyak bekalan darah ini tercalar.
Baca keterangan lengkap di sini »
buasir, gangguan jiwa, penyakit jiwa, rawatan, rumah sakit jiwa, sakit ginjal, sakit jantung, sakit jiwa, sakit mata, sembelit

Loading ...
Share This
|
Print This Post
|
Posted in rawatan | No Comments »
July 21st, 2009
Pesakit Alzheimer masih dapat mengingati perkara yang berlaku 30 tahun lampau dengan baik namun gagal mengingati perkara mudah yang dilakukannya beberapa minit lalu.
APABILA memperkatakan mengenai Alzheimer atau nyanyuk, masyarakat seringkali mengaitkan penyakit ini dengan faktor umur.
Malah punca yang sering dikaitkan dengan penyakit ini ialah otak pesakit mengecut dan wujudnya abnormal protein dalam otak yang dipanggil amiloid.
Keadaan itu menyebabkan saraf-saraf dalam otak menjadi tidak normal dan keseluruhan saiz otak semakin mengecil yang akhirnya menyebabkan pesakit mengalami masalah lupa yang serius.
Namun, dalam keadaan tertentu, penyakit yang lazimnya dihadapi oleh mereka yang berumur melebihi 60 tahun ke atas, juga boleh dialami golongan lebih muda.
Pakar Runding Geriatrik Hospital Pakar Cheras, Dr. Rajbans Singh, berkata meskipun jarang berlaku, kebarangkalian ia dihidapi oleh mereka yang berumur dalam lingkungan 50-an, tetap ada.
“Simptomnya masih samar namun kecenderungan untuk terlupa adalah sama. Walaupun begitu, antara keterlupaan golongan ini dan Alzheimer adalah jangka waktu memori yang diingati,” ujarnya.
Jelas Rajbans, bagi pesakit Alzheimer, mereka masih dapat mengingati perkara lampau yang berlaku 20 hingga 30 tahun lalu dengan baik namun gagal mengingati satu perkara mudah yang dilakukannya beberapa minit lalu.
Baca keterangan lengkap di sini »
alzheimer, menghidap penyakit, menghidapi penyakit, mengubat penyakit, notifikasi penyakit, penyakit apendik, penyakit beguk, penyakit sawan, rawatan, rawatan air mentah, rawatan bekam, rawatan herba, rawatan laser, rawatan mata, rawatan penyakit, rawatan pergigian, sakit nyanyuk

Loading ...
Share This
|
Print This Post
|
Posted in rawatan | No Comments »
July 15th, 2009
Batuk biasanya akan berlaku apabila seseorang itu menghidap selsema dan demam dan sebenarnya penyakit batuk ini tidaklah serius dan dalam masa seminggu ia akan hilang juga bersama demam dan selsema.Namun dalam jangka masa seminggu itu sesiapa sahaja yang menghidapnya akan sibuk mencari ubat batuk bagi melegakan kesakitan yang dihidapi.
Baruk sebenarnya adalah tindak balas normail yang baik untuk kita kerana tindak balas yang dikenali sebagai tindak balas refleks ini berlaku secara automatik untuk melegakan rongga pernafasan yang tersekat atau terkena bahan bahan yang menganggu tekak.Batuk terdiri daripada dua jenis iaitu batuk yang berkahak dan batuk yang tidak berkahak.
Baca keterangan lengkap di sini »
batuk, bersalin, hepatitis, jerawat, kulit, makan ubat, obat tradisional, penjagaan rambut, perawatan, perut, petua, rawatan, ubat batukcap, ubat dari dan ubat, ubat keputihan, ubat rabun, ubat sakit kepala, ubat sakitgigi, ubat tidur

Loading ...
Share This
|
Print This Post
|
Posted in rawatan | No Comments »