KANSER KULIT

KANSER KULIT

a)Pengenalan Penyakit

-Kanser kulit lebih kerap berlaku dikalangan mereka yang berkulit cerah dan banyak terdedah pada cahaya matahari
-Ia mempunyai pelbagai bentuk, warna dan saiz
-Ia adalah ketumbuhan atau ulser yang tidak mudah sembuh

b)Jenis-jenis kanser kulit

-Basal cell carcinoma dan sequamous cell
-Kelihatan seperti benjolan kecil yang licin,bersinar-sinar seakan-akan lilin dan berwarna merah coklat.
-Juga seperti tompokan merah yang rata-rata kelihatan kasar atau lembut
-Melanoma
-Superficial spreading melanoma berlaku di kalangan Caucasiaus
-Nodular melanoma kecil tapi bahaya
-Lentigo malignan melanoma terjadi pada bahagian muka,pertumbuhannya sangat perlahan
-’Acral melanoma banyak terjadi pada kuku,tapak tangan berlaku dikalangan orang asia.
-Melanoma merupakan sejenis kanser(sel-sel malignan) yang didapati di dalam sel yang memberi warna pada kulit (melanocytes)
-Melanocytes didapati pada bahagian lapisan atas (epidermis) kulit
-Merupakan kanser yang paling serius yang boleh menyebabkan kematian
-Ia boleh tumbuh sebagai tahi lalat yang baru

c)Tanda-tanda/Simptom

-Perubahan bentuk
-Perubahan saiz yang melebihi 5mm
-Perubahan warna
-Inflamasi iaitu kemerahan di sekelilingnya
-Berdarah dan berkeruping
-Gatal

Technorati ,

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 5 out of 5)
Loading ... Loading ...

KUSTA

Pengenalan Penyakit

Penyakit kusta boleh dikategorikan sebagai penyakit berjangkit secara terus atau secara tidak langsung.
Jangkitan ini bergantung kepada :

-Jenis Kusta yang dihidapi oleh individu sama yang banyak kuman (MB) atau yang kurang kuman (PB)
-Tempoh atau kekerapan hubungan dengan orang yang terkena penyakit.Tapi ia bergantung pada tahap ketahanan tubuh seseorang.
-Jangkitan ini mengambil masa yang agak lama iaitu antara 3 hingga 4 tahun sebelum terbentuk atau jelas keluhatan di atas kulit.
-Kuman kusta gemar mendiami kawasan tubuh yang bersuhu sejuk sperti hidung,cuping telinga dan kulit.

Jenis-Jenis Kusta

1) Tuberculoid
2) Borderline tuberculoid
3) Borderline
4) Borderline lepromatous
5) Lepromatous

- Bagi jenis tuberculoid dan borderline tuber culoid, kadar jangkitannya sangat rendah.Sebaliknya bagi jenis borderline, borderline lepromatous dan lepromatous kadar jangkitannya lebih tinggi iaitu antara 4 hingga 11 kali ganda.

Punca Penyakit / Faktor Risiko

1)Kusta disebabkan oleh sejenis organisme bakteria yang dikenali sebagai mycobacterium leprae
-Bakteria ini hanya boleh tinggal pada manusia dan tikus

Tanda- Tanda / Simptom

1) Ruam pada mana-mana bahgaian tubuh seperti muka, dada dan lain-lain.Ia adalah lebih cerah daripada warna panau dan tidak mempunyai deria rasa.

2) Berbiji-biji (modul) pada mana-mana bahagian tubuh.

3) Hilang keupayaan, jari tangan lumpuh dan tidak boleh bergerak (claw hand), kaki jatuh (foot drop)

4) Timbulnya ulser yang kronik dan sukar untuk sembuh
Langkah Pencegahan

-Perlu menjaga kebersihan tubuh dan pakaian
-Jika terdapat luka yang terdedah haruslah mendapat rawatan segera

Komplikasi

-Hilang fungsi pergerakan anggato jari tangan dan kaki
-Jika kusta terkena pada mata ia boleh menyebabkan luka (ulser) terutama pada kornea yang membawa kepada kebutaan
-Menjejaskan banyak organ manusia terutama mukosa bahagian atas saluran pernafasan, hati dan testes

Technorati
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

KISAH TENTANG KETENANGAN JIWA

—————————————
http://www.mahsuri.com.my/blog
—————————————

Suatu ketika si ibu melakukan perjalanan dengan menumpang perahu layar dari
daratan tempat kediamannya menyeberangi lautan menuju suatu daerah dimana
anaknya sedang menuntut ilmu. Ditengah perjalanan, perahu tiba-tiba datang
badai dan ombak yang sangat ganas menghempaskan perahu, sehingga perahu
layar tersebut berjalan tak tentu arah terbawa ombak. Melihat kejadian
tersebut, semua penumpang kecuali ibu ini, berteriak-teriak histeris karena
ketakutan, ada yang mencari pelampung, ada yang saling berpelukan dengan
anggota keluarga dan teman seperjalanan dan ada juga yang sudah meloncat ke
air untuk berusaha berenang mencari pantai dilautan yang tidak kelihatan
tepiannya. Sang nakhoda tetap berusaha mengendalikan perahu layar tersebut
semampunya dengan harapan jangan sampai perahu itu terbalik dan tenggelam.

Dalam keadaan yang sudah kacau balau tersebut, si ibu tetap duduk dengan
tenang sambil sesekali menengadahkan wajah dan tangannya ke atas dengan
bibir komat-kamit. Seorang awak kapal ternyata memperhatikan si ibu tua itu
dan kemudian ia mendekati seraya berkata :” Ibu… apa yang sedang engkau
lakukan, mengapa ibu diam saja dan tidak berusaha untuk menyelamatkan diri
..”? Lalu sang ibu memndang awak kapal itu dengan senyum yang sangat ikhlas
dan tenang, lalu dia berkata :” apakah yang dapat aku lakukan disaat
seperti ini..”? Awak kapal menjawab :” pergilah cari pelampung atau
masuklah ke sekoci bersama dengan penumpang yang lain” Si ibu kembali
bertanya..” apakah dengan kondisiku yang sedemikian ini akan mampu berebut
pelampung atau mampu bertahan untuk saling mendorong di dalam sekoci yang
sekecil itu..? apakah kapal ini tidak lebih besar dari sekoci itu untuk
tempat berteduk dan berlindung..”? lalu sang awak kapal menjawab :” ibu,
kapal ini akan tenggelam karena sudah terlalu banyak air laut yang masuk”
Kemudian si ibu menjawab :” aku sangat berbahagia untuk tetap tinggal di
kapal ini, karena sekoci dan pelampung itu tidak akan pernah sampai ke
daratan yang akan kita tuju, karena mereka tidak akan kuasa menentukan
arahnya, sementara Jikalau Tuhan mengijinkan kapal ini bertahan, maka akan
sampailah kita ke daratan tujuan kita dan aku akan bertemu dengan anakku
yang kucintai yang sedang menungguku disana”. Si awak kapal bingung dan
kembali bertanya :” bagaimana sekiranya kita tidak mampu untuk meneruskan
perjalanan dan kita putar haluan untuk kembali..?” si ibu menjawab :” aku
juga akan berbahagia, karena aku akan kembali berkumpul dengan suami ku
yang sedang menunggu ku di rumah..” Lalu si awak kapal kembali bertanya:”
Bagaimana kalau kapal ini tenggelam dan kita akan mati ditelan ombak
badai..?” si ibu kembali menjawab dengan tenang dan senyum :” aku juga
akan tetap berbahagia, karena aku akan bertemu dengan anakku yang telah
lama pergi menghadap Sang Penciptanya”. Seketika itu sang awak kapal baru
tersadar.., ternyata ketabahan ibu ini sungguh luar biasa, lalu dengan
tangan yang lembut ia menuntun ibu tua itu untuk masuk menuju ruang awak
kapal serta berkata ” Terimakasih Ibu, engkau telah memberiku pelajaran
yang sangat berharga, bahwa hidup harus dihadapi dengan ketenangan jiwa dan
terutama penyerahan diri kepada Tuhan Sang Pencipta”
—————————————
http://www.mahsuri.com.my/blog
—————————————
Dalam menghadapi perjalanan hidup di dunia kita mestilah ada pegangan hidup dan
ketenangan jiwa kerana walau sepandai dan sebijak serta sekaya mana pun kita
namun sebagai manusia yang tiada ketenangan jiwa hidup kita pasti tak bahagia.
carilah KETENANGAN JIWA kerana didalamnya ada KEBAHAGIAAN.

—————————————
http://www.mahsuri.com.my/blog
—————————————

Technorati
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

KANSER HATI (HEPAR)

1) Pengenalan Penyakit
-Hati adalah organ yang terbesar di dalam tubuh manusia
-Terletak di bahagian kanan bawah tulang rusuk dengan anggaran beratnya 1-5 kilogram.
-Ia menyimpan pelbagai nutrien, mengawal keseimbangan karbohidrat dan menghasilkan protein plasma serta merembeskan bahan kumuhan.
-Terdedah kepada kesan toksik kimia, jangkitan bakteria atau virus.

b)Jenis-jenis Penyakit
-Kanser hati primer (heparoselular)
-Kanser hati sekunder (kalangiokarsinoma)

c)Punca Penyakit/faktor risiko
-Diakibatkan oleh sel hepatosit (sel hati sendiri) yang menyebabkan kanser hepatoselular
-Sel duktus hempedu yang menyebabkan kolongioskarsinoma
-Tumor atau ketumbuhan juga melibatkan sel ‘mesorderman’ yang memberi kesan kepada ‘hemagioma’ serta ‘sarcoma’
-Sel-sel kanser daripada gastrousus,buah dada dan paru-paru
-Jangkitan virus hepatitis B

d)Tanda-tanda/Simptom
-sakit pada abdomen(90%)
-Kurang Berat badan (83%)
-Asites atau busung (55%)
-Jaundis (45%)
-Demam (38%)
-Pembesaran hati (hepatomegali) (77%-100%)

Technorati
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (2 votes, average: 2.5 out of 5)
Loading ... Loading ...

KANSER ESOFAGUS

a) Pengenalan Penyakit
-Esofagus adalah merupakan satu saluran berbentuk tiub panjang berukuran antara 20 hingga 25 cm (10-12 inci) dari belakang tekak dan bersambung dengan organ  perut.Sebahagian besarnya terletak dalam dada, di tengah dan belakang paru-paru serta jantung.
-Terbahagi tiga bahagian- atas, tengah dan bawah.
-Terdapat sel-sel kanser(sel malignan) pada tisu saluran pemakanan. Apabila sel-sel ini membiak tanpa kawalan ia akan menyebabkan berlakunya ketumbuhan. Akhirnya ruang saluran esofagus menjadi sempit.

b) Punca Penyakit/faktor Risiko
-Merokok
-Minum arak
-Bahan-bahan kimia dalam makanan
-Beberapa jenis jeruk
-Genetik
-Status pemakanan yang lemah (poor nutritional status)

c)Tanda-tanda/Simptom
-Semakin susah untuk menelan
-Terasa makanan tidak turun dan tersangkut pada bahagian dada
-Muntah darah
-Badan rasa tidak sihat dan lemah
-Berat badan semakin kurang
-Selera makan terjejas
-Wajah kelihatan pucat

Technorati
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 4 out of 5)
Loading ... Loading ...

KANSER BUAH DADA

a)Pengenalan penyakit
-Sejenis penyakit sel dimana pembahagian sel-sel akan berhenti pada tahap tertentu.Sel-sel yang tidak normal yang membiak sehingga terbentuknya satu benjolan tisu yang digelar tumor
-Sel-sel kanser akan merebak ke kelenjar limfa,masuk ke dalam paru-paru.Seterusnya ia menuju ke bahagian sebelah buah dada,masuk ke tulang yang mengakibatkan tulang patah.
-Ia bergerak ke dalam bahagian tulang punggung,paha dan masuk ke dalam hati menjadikan bengkak.(jaundis) dan hingga ke peringkat akhir ke bahagian otak, pesakit akan menjadi koma.

b)Punca penyakit/faktor risiko
-umur/usia yang meningkat
-Kedudukan geografi-
-Baligh sebelum usia 12 tahun
-Menopus selepas usia 50 tahun
-Tidak melahirkan anak selepas usia 30 tahun
-Keturunan
-Pernah mengalami bengkak pada buah dada(fibrocystic disease)
-Pernah menghidap kanser buah dada
-Banyak minum alkohol dan memakan lemak haiwan
-Obes atau gemuk
-Memakan pil perancang dan HRT(Hormon gantian terapi)
-Terdedah pada sinaran radiasi

c)Tanda-tanda/simptom
Tanda awal
-Pembengkakan dan perubahan pada bentuk dan saiz buah dada
-Aerola tertarik ke dalam
-Pendarahan atau lelehan luar biasa yang berwarna kunig hijau
Tanda lewat
-Sakit pada buah dada
-Sakit pada tulang rusuk
-Terdapatnya ulser atau kudis
-Batuk atau sesak nafas
-Bengkak Hati (jaundis)
-Tulang patah
-Hilang sedar

d)Langkah pencegahan
-Menjauhi alkohol
-Mengurangkan makanan yang mengandungi lemak haiwan
-Mengurangkan makanan yang mengandungi banyak kalori sepertyi kuning telur dan hati
-Mengurangkan berat badan
-Tidak memakan vitamin A yang berlebihan
-Banyak memakan sayur-sayuran

Technorati
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

KANSER

KANSER

a)Pengenalan Penyakit
-Sejenis ketumbuhan yang dapat berkembang biak dan merebak ke seluruh tubuh manusia dan merosakkan organ-organ tertentu.
-Dua kategori kanser iaitu solid kanser yang terjadi pada organ-organ manusia dan kanser seperti leukimia.

b)Jenis-jenis kanser
_Kanser otak
-Kanser paru-paru
-Kanser buah pinggang
-Kanser hati
-Kanser usus/perut
-Kanser buah dada
-Kanser tulang
-Kanser tiroid
-kanser pangkal rahim
-Kanser pangkal hidung
-kanser darah
-Kanser mata

c)Punca Penyakit/Faktor risiko
-Genetik atau Oncogen
-Terdedah pada bahan-bahan radioaktif
-Keseimbangan hormon dalam badan
-Jangkitan kuman dan virus seperti HIV dan hepatiti B
-Pertumbuhan sel yang tidak terkawal

d)Komplikasi
-Penghidap akan menderita walaupun mendapat rawatan
-Boleh menyebabkan kematian dalam waktu yang singkat
-Kanser yang telah dibuang akan tumbuh semula di tempat yang sama atau tempat lain jika ia telah merebak ke tubuh yang dikenali ‘metasosis’

Technorati
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

JAPANESE ENCEPHALITIS (J.E)

-Encephalitis bermaksud jangkitan pada otak yang boleh membawa maut
-Penyakit ini ditularkan oleh nyamuk ‘culex tritaeniorhnchus’
-Khinzir memainkan peranan terpenting dalam mengandakan lagi virus ini kerana ia banyak didapati dalam darah mereka.
-Risiko penularan JE banyak bergantung pada faktor,persekitaran seperti kawasan luar bandar,sawah padi yang berair,ternakan khinzir dan hujan lebat.
-Ia pertama ditemui di Jepun pada 1935.

Tanda-Tanda /Simptom

-Demam
-Sakit Kepala-Letih
-Loya
-Muntah yang berlaku berhari-hari
-Rasa mengantuk
-Kegelisahan
-Keadaan hampir pengsan
-Meracau

Langkah Pencegahan

-Mengasingkan kawasan ternakan khinzir jauh dari kawasan perumahan
-Proses menvaksinkan semua khinzir yang berumur enam bulan keatas dengan vaksin JE
-Semburan racun serangga di kawasan ternakan khinzir dan sawah padi
-Pengunaan pencegah serangga.
-Menyembur serangga di tempat tidur
-memakai baju berlengan panjang,seluar atau kain panjang.
-Tinggal dalam rumah selepas senja kerana vektor aktif pada waktu tersebut
-Menimbus lopak-lopak air
-Menjaga kebersihan persekitaran ladang.

Komplikasi

1)Kanak-kanak yang berumur kurang 10 tahun mempunyai risiko tinggi mendapat komplikasi saraf yang serius seperti:
-lumpuh
-kebutaan
-Sawan

2)Wanita Hamil
-mereka yang dijangkiti JE semasa awal kehamilan boleh menyebabkan kematian janin atau keguguran’

Technorati
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

JANGKITAN KULAT (MIKOSIS)

Pengenalan Penyakit
-Kulat merupakan hidupan halus yang tertabur dengan luas di alam semulajadi.Terdapat lebih kurang 200,000 jenis kulat yang wujud tetapi hanya 100,000 jenis sahaja yang boleh membawa penyakit kepada manusia.
-Dermatofit dan yis merupakan dua kategori kulat yang boleh mengakibatkan penyakit.Sel-sel kulat berbentuk spora ataupun bentuk filamen.
-Jangkitan kulat berlaku apabila kulat-kulat tersebut menyerang sel kulit yang mati seperti lapisan keratin sel,kuku jari atau bahagian folikel rambut.
-Kulat dapat merebak dengan pantas pada bahagian lipatan kulit badan seseorang kerana keadaan persekitarannya lembab dan panas.Namun ia bergantung pada sistem pertahanan badan dan juga lapisan asid yang melindungi kulit kita.
-Penyakit ini diakibatkan daripada hubungan sesama manusia atau hubungan antara manusia dan binatang yang telah dijangkiti.

Jenis-Jenis Penyakit

1)Kurap-berlaku pada bahagian kulit badan,kadangkala pada anggota badan terutamanya pinggul.

2)Kaki berair-Berlaku pada kulit selaput antara jari-jari kaki

3)Infeksi Kuku jari-kuku lebih mudah diinfeksikan jika di bandingkan dengan kuku jari tangan

4)Jock itch -Infeksi kulat pada bahagian pangkal paha

5)Panau -Infeksi kulat permukaan kulit yang paling biasa dimuka dan di badan.

6)Seriawan mulut dan ruam lampin
-berlaku pada mulut,lidah atau bahagian dalam pipi
-Ruam lampin adalah disebabkan oleh kain lampin yang lembab

Punca-Punca Penyakit/Faktor Risiko

-Infeksi kulat berlaku apabila manusia dan binatang yang telah dijangkiti serta objek yang merupakan pembawa spora kulat bersentuhan antara satu sama lain.
-Sentiasa memakai pakaian,kasut atau sarung kaki yang diperbuat daripada bahan sintetik
-Mengunakan sabun beralkali dengan berlebihan
-Dijangkiti melalui bidai kayu dan hamparan di kolam renang dan tempat mandi wap serta lapik lantai atau permaidani di bilik hotel dan bilik riadah
-Kurang menjaga kebersihan diri
-Geseran mekanikal antara lipatan badan dan perpeluhan yang berlebihan.
-Melalui aktiviti perlancungan dan hubungan antarabangsa
-Mengongsi kasut atau sarung kaki
-Berkaki ayam di atas tanah yang tercemar dan pantai serta sekeliling kolam renang
-Cara rawatan sendiri seperti memakan ubat antibiotik, pil perancang keluarga dan steroid.

Technorati
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...
Close
E-mail It