Jika Merancang Untuk Hamil

Ada antara pasangan yang baru mendirikan rumahtangga membuat perancangan untuk hamil .Oleh itu jika anda ingin menjalani kehamilan yang sihat dan tenang mudah sahaja iaitu lakukan persiapan yang secukupnya bersama pasangan anda dan idealnya enam bulan sebelum pembenihan.Berikut adalah persiapan yang boleh anda lakukan sebelum anda merancang untuk hamil :
1.Sebelum mengandung anda mestilah pastikan diri anda dan pasangan bebas penyakit terutam bagi diri anda.Antara penyakit yang harus dielakkan ialah campak,herpes,cacar,tetamus, dan sebagainya.

2.Anda dan pasangan di galakan makan makanan yang seimbang iaitu makanan yang mengandungi lemak,protein,kaborhidrat,vitamin, dan mineral secara seimbang

Baca keterangan lengkap di sini »

Technorati , , , , , , ,
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Awasi Tiroid Sebelum Ia menjadi Kanser

Tiroid ialah sejenis organ yang terletak di leher manusia dan ia berfungsi untuk mengawal pengeluaran metabolisme tubuh.Kebiasaannya  kelenjar tiroid ini bertindak seperti penyaman udara iaitu ia menghasilkan hormon tiroid apabila tubuh memerlukan dan berhenti apabila ia sudah penuh di dalam darah.Penyakit tiroid terjadi apabila hormon yang dihasilkan terlebih ke dalam tubuh yang dipanggil hypertyroidism atau ia juga boleh terjadi akibat hormon dikeluarkan terlalu berkurang dan tidak mencukupi yang dikenali sebagai hypothyroidism.

Kelenjar tiroid ini boleh membengkak dan menjadi meraqh atau ia membentuk satu benjolan.Penyakit tiroid jenis hyperthyroidism adalah gejala yang kerap berlaku terutama dikalangan wanita berbanding lelaki.Oleh itu golongon yang kerap berisiko menghidapinya adalah wanita.

Baca keterangan lengkap di sini »

Technorati , , , , , , , , , , , , , , ,
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Periksa kesakitan dalaman

KESAKITAN fizikal sering kita rasai jika berlaku impak yang datangnya dari luar tubuh seperti terjatuh, dipukul, berlanggar atau ditimpa sesuatu objek berat dan keras.

Namun, ada juga orang yang merasakan sakit secara tiba-tiba seperti tikaman pisau dan datangnya dari dalam tubuh mereka sendiri.

Memandangkan kawasan antara rusuk dan punggung banyak dipenuhi organ dalaman, simptom kesakitan itu boleh menjadi petanda komplikasi akibat saluran darah tersumbat. Keadaan itu seterusnya menyebabkan gangguan fungsi organ dan jangkitan berbahaya.

Baca keterangan lengkap di sini »

Technorati , , , , , , , , , ,
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Air Proses Pembersihan Tubuh

Kita memang  dinasihatkan untuk meminum air putih dengan banyak kerana jika kekurangan air badan kitab akan mudah terganggu oleh pelbagai dehidrasi,keletihan,kurang tumpuan dan boleh juga menyebabkan sakit kepala dan juga pelbagai masalah lain akan berlaku.Untuk pengetahuan anda 60 peratus dari tubuh kita adalah air jadi air memang penting untuk tubuh kita.

Minumlah dua gelas air putih, dua jam sebelum berolahraga dan sepanjang berolahraga itu sempatkanlah diri anda untuk minum beberapa teguk air setiap 15 minit dan minum dua gelas lagi bagi setiap 15 minit dan minumlah dua gelas lagi setelah selesai berolahraga.Potassium,Sodium,magnesium,chloride dan sulphur adalah sejenis mineral yang terdapat dalam air putih dalam kadar berbeza-beza iaitu bergantung kepada dari mana sumber air tersebut diperolehi.

Baca keterangan lengkap di sini »

Technorati , , , , , , ,
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Perlukah Diet Hari Raya?

SELEPAS sebulan berpuasa, kini tiba saat untuk kita berhari raya. Ibadah puasa banyak memberi kebaikan sekiranya kita benar-benar menghayati kenapa ia difardukan kepada umat Islam.

Puasa dapat membentuk dan meningkatkan disiplin malah mampu meningkatkan kualiti peribadi kita kepada suatu tahap yang lebih baik dan bermakna.

Dan hari raya pula merupakan suatu hari gembira dan hari kemenangan bagi seluruh umat Islam yang berjaya melaksanakan tuntutan Allah pada bulan Ramadan.

Semasa berpuasa, kita dikehendaki menahan diri daripada nafsu termasuk makan, minum dan melakukan perkara yang dilarang. Inti puasa ialah bagi membentuk disiplin diri dan peribadi kepada tahap yang lebih baik dan hebat – jasmani dan rohani.

Baca keterangan lengkap di sini »

Technorati , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Pil multivitamin bawa keburukan

PENGAMBILAN pil multivitamin di kalangan jutaan penduduk dunia adalah langkah sia-sia kerana ia sebenarnya mendatangkan lebih banyak keburukan kepada kesihatan.

Menurut bekas penasihat pemakanan kerajaan Britain, Brian Ratcliffe, sejumlah RM3.6 bilion dihabiskan dalam pengambilan multivitamin setiap tahun yang sebenarnya sihat dan tidak memerlukan pil tersebut.

Jelasnya lagi, antara keburukan pengambilan pil tersebut seperti minyak ikan sebagai multivitamin ialah ia mampu meningkatkan fenomena tulang rapuh pada masa akan datang kerana pengambilan vitamin A secara berlebihan tanpa disedari.

Kebanyakan pengguna mengambil pil multivitamin kerana kebimbangan tidak berasas terhadap kesihatan mereka serta dipengaruhi oleh iklan pihak farmasi.

Sumber dari : Kosmo

Technorati , , , , , , , , , , ,
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Awasi Tiroid Sebelum Ia menjadi Kanser

Tiroid ialah sejenis organ yang terletak di leher manusia dan ia berfungsi untuk mengawal pengeluaran metabolisme tubuh.Kebiasaannya  kelenjar tiroid ini bertindak seperti

penyaman udara iaitu ia menghasilkan hormon tiroid apabila tubuh memerlukan dan berhenti apabila ia sudah penuh di dalam darah.Penyakit tiroid terjadi apabila hormon

yang dihasilkan terlebih ke dalam tubuh yang dipanggil hypertyroidism atau ia juga boleh terjadi akibat hormon dikeluarkan terlalu berkurang dan tidak mencukupi yang

dikenali sebagai hypothyroidism.

Kelenjar tiroid ini boleh membengkak dan menjadi meraqh atau ia membentuk satu benjolan.Penyakit tiroid jenis hyperthyroidism adalah gejala yang kerap berlaku terutama

dikalangan wanita berbanding lelaki.Oleh itu golongon yang kerap berisiko menghidapinya adalah wanita.

1-Hyperthyroidism

-Ia berlaku apabila terlalu banyak hormon tiroid di dalam darah.Ia memberi kesan sepuluh kali tinggi terhadap wanita berbanding lelaki,ini boleh berlaku secara berterusan di

dalam sesebuah keluarga.Tanda- tanda yang anda mungkin mengalami hyperthyroidism ialah :

Baca keterangan lengkap di sini »

Technorati , , , , , , , , , , , , , ,
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Kahak ekstrem hijau dan berbau

Berdehem dengan kuat bukan cara yang selamat untuk mengeluarkan kahak.

SERINGKALI sesetengah orang berdehem pada awal pagi untuk membuang lendir kahak yang seolah-olah melekat di dinding tekak mereka.

Berdehem serta batuk yang kuat itu pula kadangkala mengganggu orang lain terutama jika ia dilakukan di tempat awam.

Menyentuh mengenai lendir kahak, persepsi masyarakat yang mengaitkannya dengan resdung tidak dapat dielakkan walaupun kedua-duanya tiada kaitan.

“Tiada istilah tentang resdung dalam dunia perubatan. Malah kebanyakan individu mengaitkan resdung dengan cara yang salah,” ujar Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Hospital Pakar Ampang Puteri, Dr. Aminuddin Saim.

Menurut beliau, tekak berkahak merupakan keadaan di mana belakang tekak membengkak dan ini membuatkan penghidapnya berasa tidak selesa.

“Tekak kadangkala hanya mengalami sedikit bengkak atau keradangan namun tiada lendir. Ketidakselesaan ini membuatkan otak mengatakan terdapatnya lendir.

“Oleh kerana otak menganggap ada lendir di situ, aktiviti berdehem atau batuk secara kuat dengan tujuan mengeluarkan lendir tersebut selalu menyebabkan tekak berdarah,” ujarnya sambil menunjukkan keratan rentas model anatomi bahagian tekak.

Menjelaskan dengan lebih lanjut, menurut Aminuddin, secara amnya, penyakit berkaitan kahak terbahagi kepada dua jenis iaitu kahak berunsur alahan dan kahak disebabkan jangkitan kuman daripada sinus.

Baca keterangan lengkap di sini »

Technorati , , , , , , , , , , , , , , , , ,
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

JANTUNG BERLUBANG

-Terdapat kelainan pada jantung kongenital yang disebabkan oleh dinding jantung tidak terbentuk secara normal sebelum kelahiran.
-Pengaruh /kesan jangkitan pada janin dalam tiga bulan pertama kehamilan.

Jenis-Jenis Penyakit

1)ASD (atrial septal defect)
-Satu keadaan dimana terdapat satu lubang antara atria,menyebabkan oksigen dari bahagian kiri jantung masuk semula ke bahagian kanan.Oleh itu bilik jantung bahagian kanan terpaksa mengepam dengan lebih kuat yang mengakibatkan ia bengkak.Apabila pengaliran darah ke paru-paru menjadi bengkak,tekanannya meningkat dan merosakkan paru-paru.Ia juga dikenali sebagai sakit jantung tidak biru(acyanostic congenital heart diseases)

Baca keterangan lengkap di sini »

Technorati , , , , , , , , , , , , , , ,
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...
Close
E-mail It