Urut Terapi Aura

 Terapi Aura & Kesannya

Rawatan terapi aura merupakan satu lagi kaedah refleksologi yang dipermodenkan kerana ia bukan hanya sekadar mengurut atau memicit ditelapak tangan dan kaki sahaja tetapi ia diiringi dengan penggunaan gelombang letrik. Cara ini tidak merbahaya. Ia sesuai dilakukan kepada golongan kanak – kanak sehinggalah orang tua.

Pada dasarnya, refleksologi adalah memperlancarkan kembali aliran darah melalui tekanan. Ramai orang mengetahui cara perubatan ini dan mempraktikkannya. Ia merupakan suatu seni untuk meningkatkan potensi perkembangan diri, pencapaian dan juga keberkesanan optimum dalam pelbagai aspek kehidupan. Ini kerana selain dari mengubati pelbagai penyakit,mereka yang mempunyai kejutan emosi, dendam, marah, kenangan sedih dan kesan negatif dari pengalaman juga dapat diredakan dalam waktu yang singkat.                                                                                         

           Rangsangan terapi telapak tangan atau kaki ini memberikan tindakbalas secara langsung melalui perbagai hubungan dan komunikasi otak. Ini kerana tapak tangan dan kaki terdapat banyak sekali jaringan saraf sehingga membuatkan tangan dan kaki kita sensitif .Jaringan saraf ini pula berhubungan dengan otak. Ini bererti apabila di dalam tubuh timbul penyakit, isyarat akan segera disampaikan ke otak dan dari otak terus ke isyarat tangan atau kaki.                      

         Lebih dari 150 jenis penyakit boleh  disembuhkan dengan cara perubatan ini. Antaranya ialah seperti penyakit yang ringan seperti sakit leher dan perut kembung sehinggalah kepada sakit yang agak serius seperti migrain, gout, angin ahmar dan lumpuh. Bagi mereka yang mengalami gangguan saraf seperti terseliuh, sakit pinggang dan sakit lutut amat digalakkan untuk mencuba kaedah ini kerana ia akan memperbetulkan semula saraf yang terganggu dan tersekat. Terapi ini tidak khusus untuk penyakit yang dinyatakan sahaja tetapi penyakit lain juga boleh dirawat seperti gangguan halus, sihir , saka dan meroyan.Tahap penyakit pula ada 2 kategori iaitu penyakit yang mudah disembuhkan dan agak sukar disembuhkan. Yang mudah disembuhkan dengan cara ini adalah pengsan, asma, jantung lemah (tidak kronik), sakit kepala, sakit sendi, otot kejang, dan selsema. Penyakit yang agak sukar disembuhkan antara lain kanser ,  lumpuh dan urat saraf yang sudah tidak berfungsi (contohnya mengambil ubat secara berterusan), strok dan lain-lain.
 
 
Rawatan ini tidak seperti mengurut biasa yang memerlukan masa yang lama  untuk memulihkan bahagian yang sakit. Hanya dengan beberapa minit sahaja pesakit boleh merasai sendiri gelombang ini berfungsi. Perawat akan menyentuh bahagian – bahagian yang sakit dan mengalirkan  gelombang tersebut supaya mana – mana sistem badan yang terganggu dapat dipulihkan. Di tempat itu pembuluh darah membuat titik balik ke berbagai organ-organ tubuh. Apabila satu bahagian tubuh tidak cukup memperolehi aliran darah, organ itu akan menjadi sakit. Melalui terapi gelombang ini, cedera baru dan lama boleh disembuhkan. Tumpuan dan ingatan dapat dipertingkatkan. dan rasa tertekan serta tegang boleh diusir.Pada permulaannya mungkin pesakit akan  terasa perit pada tempat yang disentuh kerana aliran itu tetapi lama kelamaan ia akan kembali normal semula apabila perawat dapat mengenalpasti bahagian yang perlu diperbetulkan kerana rasa sakit itu bergantung pada berat dan ringannya penyakit.

Kaedah ini tidak boleh dilakukan sekali sahaja tetapi hendaklah dijalani dengan beberapa kali rawatan. Ini kerana kebanyakan penyakit yang sedang dihidapi mungkin telah dihidapi pesakit semenjak 5 hingga 10 tahun dahulu. Mustahil penyakit yang telah begitu lama ‘beraja’ di dalam tubuh badan boleh dirawat dengan hanya sekali rawatan sahaja kerana pada masa itu telah banyak fungsi – fungsi organ dalaman badan terjejas dan berpotensi menimbulkan pelbagai – bagai jenis penyakit tanpa disedari.

            Kaedah ini tidak menuntut biaya yang besar  untuk menyembuhkan penyakit kerana tidak semua orang sanggup pergi mendapatkan rawatan yang kebanyakannya memerlukan kos yang agak mahal. Oleh itu, Rawatan Alternatif Mahsuri memberi peluang kepada mereka yang kurang berupaya dari segi kewangan untuk merawat penyakit mereka tanpa memerlukan perbelanjaan yang besar tetapi mereka mestilah sabar, tekun dan yakin untuk sembuh supaya penyakit yang sedang dihadapi boleh dipulihkan.

Technorati , , , , , , , , , ,

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (2 votes, average: 3 out of 5)
Loading ... Loading ...
Share This  | Email This Page Email This Page  | Print This Page Print This Page  |  Subscribe to It!

13 Responses to “Urut Terapi Aura

  • MyAvatars 0.2
    1
    sham
    February 2nd, 2008 14:08

    Assalamualaikum,

    saya merupakan pesakit buah pinggang dan menjalani rawatan dialisis selama 3x seminggu
    ini sudah berlarutan selama 2thn

    adakah saya masih berkesempatan mempunyai peluang untuk menyembuhkan buah pinggang dan seterusnyamengatasi masalah saya ini?

    untuk makluman tuan,saya sudah mencuba pelbagai ikhtiar dan kaedah yang lain namun kurang berhasil

    segala bantuan dari pihak tuan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih

  • MyAvatars 0.2
    2
    are-fiq
    March 3rd, 2008 21:47

    Assalamualaikum,

    Saya ada masalah dengan lutut saya.
    Ini kerana saya pernah terseliuh 3 tahun lepas sewaktu bermain bola sepak.

    Namun masalah kesakitan pada lutut terutamanya pada urat belum lagi dapat diatasi.
    Saya telah mencuba pelbagai kaedah namun masih belum menampakkan hasil.

    Adakah saya dapat sembuh sepenuhnya dengan mencuba kaedah tersebut?

    segala bantuan dari pihak tuan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih

  • MyAvatars 0.2
    3
    Perkhidmatan « Rawatan Alternatif Mahsuri
    July 9th, 2008 11:58

    [...] baca maklumat lengkap tentang urut terapi aura di sini [...]

  • MyAvatars 0.2
    4
    azman
    October 14th, 2008 07:30

    Assalamualaikum….

    Ibu saya ada masalah sakit lutut dan sakit sendi pada kedua belah tgn yang menyukar baginya utk melakukan tugas harian. Ibu saya berumur 67 tahun, tahun nie dia paling teruk kena penyakit ini kami sebagai anak telah melakukan perbagai ubat untuk menyembuhkan penyakit namun masih tidak nampak sembuhnya jadi kami ingin mencuba kaedah ini. saya kesian melihat dia yang kadang2 tak blh bgn dan terpaksa kami memimpin dia utk ke blk air dan sebagainya. jadi saya amat berharap pihak tuan dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera. boleh hubungi saya 012-3328294.

  • MyAvatars 0.2
    5
    adam
    July 2nd, 2009 23:49

    Assalamualaikum….
    saya terlibat dalam 1 kemalanagan motosikal tahun lepas..
    akibat daripada kemalagan tersebut kaki kiri saya patah dan tulang sedikit pecah,
    kaki saya dimasukan plet skru untuk menyokong tulang yang patah.
    Akibat dari kemalangan tersebut lutut sya tidak dapat bengkok secara normal kembali,dan saya diberitahu urat saraf pada kaki sya cedera dan tidak boleh befungsi sepenuhnya kembali,doktor tidak dapat memberi jaminan untuk sembuh. Ini menyebabkan kesukaran untuk saya bila berjalan dan membuat kerja.
    Diharap pihak tuan dapat memberi khidmat nasihat dan rawatan yang alternatif yang perlu sya jalani,saya dah buntu dan tertekan memikirkanya. wassalam..

  • MyAvatars 0.2
    6
    anonymus
    September 10th, 2009 18:48

    ada x rawatan utk penyakit jiwa was-was??

  • MyAvatars 0.2
    7
    Linda
    September 15th, 2009 23:55

    Saya berusia 33 thn dan masih bujang.
    Saya disahkan mengidap penyakit fibroid. terdapat 2 ketulan besar setiap satu berdiameter 7cm dan 10cm.
    Apakah ada cara rawatan lain yang boleh diambil selain pembedahan?
    Terima kaasih

  • MyAvatars 0.2
    8
    shila
    June 2nd, 2010 15:22

    Salam,ibu sy mengalami penyakit barah payudara serta masalah tulang sendi yg tergelincir atau bergerak dr tempat asal atau slip disc.Ibu sy mendapat rawatan kaedah homeopathi dan keadaan barah payudaranya semakin menunjukkan kesembuhan.Masalah utamanya ialah ibu sy terbaring akibat slip disc,ibu sy tidak dpt duduk malahan berdiri dan berjalan menjadi masalah utama.Selain itu rasa sakit yg keterlaluan disendi tulang juga sering mengganggu emosi ibu sy yg tidak dapat tidur malam setiap hari.keadaan ini telah berterusan selama lebih kurang 6 bulan. Memandangkan ibu sy tinggal di Sungai Petani, Kedah dan keadaannya yg sukar bergerak jadi sy ingin memohon jasa baik tuan menggunakan kaedah Jarak Jauh.Apakah yg perlu sy lakukan utk persediaan rawatan jarak jauh ini dan bagaimanakah kos rawatan ini.Sy sangat berharap tuan dpt respon masalah sy ini.Terima kasih.

  • MyAvatars 0.2
    9
    hisyam
    November 19th, 2010 04:46

    assalamualaikum,
    saya ada masalah tangan lumpuh akibat kemalangan tahun lepas,ia menyebab kn urat besar tangan saya putus,dan tnngan kiri tidak dapat berfungsi terus,telah bnyak kaedah yang saya laku kn,seperti urut fisioterapi,tetapi tidak berkesan..apa pendapat anda menggenai tangan saya ini..boleh diubati ke atau tiada jaminan untuk pulih kembali..terima kasih..

  • MyAvatars 0.2
    10
    Radzi B. Hussin
    December 6th, 2010 08:24

    Assalamualaikum!
    Saya ingin mohon pendapat tuan berkaitan masaalah ibu saya usianya 60 lebih dia mengalami penyakit urat saraf yang agak teruk, banyak klinik dan hospital pakar serta bermacam ubat telah di cuba tapi penyakitnya tidak juga sembuh sembuh, masa mudanya ibu saya kerjanya agak teruk maklumlah kerja pesawah padi, tanam padi pakai tangan terpaksa membongkok setiap masa dan pernah jatuh tangga dan terseliuh tangan. kebelakangan dua tiga tahun ini beliau mengadu sakit pinggang yang amat sangat dan kedua lututnya amat sakit sewaktu berjalan sehingga solat pun terpaksa duduk atas kerusi, apakah cara rawatan terbaik patut saya cuba di pusat rawatan tuan.
    sekian wassalam.

  • MyAvatars 0.2
    11
    eida
    April 1st, 2012 17:05

    assalamualaikum
    saya berumur 20 tahun dan mengalami lumpuh seluruh badan akibat kemalangan jalan raya setahun yang lalu.saya mengalami kecederaan pada tulang leher yang menyebabkan saya lumpuh. apakah rawatan yang sesuai untuk di pusat rawatan tuan.

  • MyAvatars 0.2
    12
    nisa
    April 6th, 2013 11:28

    assalamualaikum
    saya ni pesakit rheumatoid arthritis sdh 13 tahun,sekarang lutut saya sudah bengkok sukar sangat nak berjalan. macam2 ubat dan rawatan saya cuba tetapi tak berjaya…saya nak tanya ada rawatan yang sesuai untuk saya buat…kalau ada call saya 0123619544.saya harap pusat rawatan tuan dapat membantu saya.terima kasih

  • MyAvatars 0.2
    13
    amalia
    July 31st, 2015 07:16

    Assalamualaikum..saya telah menghidap sakit saraf Parkinson. Tetapi umur saya baru 28 thn..doktor sahkan saya berpenyakit Parkinson selepas koma hampir sebulan after lahirkn anak..saya pengsan time operation..soalan saya..bolehkah saya terima rawatan ni n ada harapan utk sembuh tak? Harap dpt msg utk info lanjut

What Do You Think?

19,503 views
Close
E-mail It