Adakah anda bersedia menghadapi menopaus?

Sama ada anda suka atau tidak setiap wanita pasti akan mengalami menopaus.Oleh itu berapa kali pun perkara ini dibincangkan,ia pasti akan berguna untuk setiap wanita.Menopaus merupakan berakhirnya kedatangan haid (putus haid) pada setiap wanita.Ia dikatakan berlaku apabila seseorang wanita tidak mengalami haid selama 12 bulan berturut-turut.Di Malaysia purata umur menopaus ialah antara 45 tahun hingga 50 tahun.Di Malaysia hanya 30 peratus wanita menopaus mempunyai simptom dan paling ketara ialah serangan panas (hot flushes.)

Kaitan hormon dan menopaus

Hormon estrogen memainkan peranan penting dalam mempertahankan  fungsi jantung,kepadatan jisim tulang,tisu otak,faraj,serviks ,rahim dan kulit.Apabila fungsi rahim berkurangan hormon estrogen juga akan berkurangan secara perlahan.Ini menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur,kesuburun berkurangan dan seluruh badan akan berubah.

Simpton-Simptom menopaus

30 peratus wanita mengalami simptom menopaus yang ketara dan sebahagian lagi mengalami gejala yang berkaitan fizikal seperti berpeluh malam manaklan yang lainnya mengalami gejala psikologi yang serius seperti kemurungan.

Antara gejala menopaus yang ketara ialah :
-berpeluh malam
-kesakitan sendi
-emosi berubah
-kurang keinginan seks
-pelupa
-gangguan tidur
-kekeringan sendi
-jantung berdebar
-kurang penumpuan

Langkah terbaik atasi gejala menopaus

-Mengamalkan cara hiodup sihat seperti senaman ringan yang tetap,diet yang seimbang(lebihkan produk soya),menangani masalah dengan tenang dan tidur yang secukupnya
-Gejala yang ringan boleh diatasi dengan pengambilan herba yang berasaskan herba
-Gejala yang lebih ketara perlu pengantian hormon sintetik.
-

Technorati , , , , , , , ,

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!


1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Cerita Berkaitan yang Menarik di baca...

What Do You Think?

1,986 views
Close
E-mail It