ALAHAN HIDUNG (ALLERGIC RHINITIS)

Adakah anda sering bersin atau merasa gatal di bahagian hidung ?Dimana sahaja anda berada masalah ini sering terjadi terutama apabila anda berada di tempat yang dikelilingi bahan-bahan yang membuatkan anda cepat mengalami alahan seperti debu,bauan,bulu kucing atau sebagainya.Jika masalah ini sering anda alami ini mungkin tanda anda sedang menghidap alahan hidung.

Apakah itu alahan hidung ?

Alahan ini adalah reaksi seseorang kepada sesuatu secara berlebihan,contohnya jika seseorang itu alah pada makanan laut maka jika memakan nya seseorang itu akan mendapat penyakit gatal-gatal,Manakala jika eseorang itu  alah pada ubat pula ia akan mendapat kesan bengkak atau gatal yang kadangkala boleh membawa kesan sesak nafas .Manakala Alahan hidung ini juga lebih dikenali sebagai allergic rhinitis bermaksud seseorang itu memberi reaksi pada sesuatu benda secara berlebihan,contohnya jika terdedah kepada habuk yang didalam nya terdapat sejenis hama.Hama inilah yang menyebabkan alahan.Kebanyakan hama banyak terdapat di langsir,karpet,tilam,cadar dan sarung bantal yang tidak berganti.Hama memakan kulit kulit yang gugur dari badan kita.Najis hama bercampur dengan habuk lain dan membuatkan hidung berair dan gatal.

Manakala di luar rumah pula kita terdedah kepada debunga yang boleh menyebabkan alahan hidung,apabila pesakit yang alah kepada debunga itu hidungnya akan rasa gatal dan akhirnya bersin dan berair seperti selsema.Di sini gatal bukan bermakna gatal dari hidung sahaja tetapi kalau di peringkat teruk mata,muka dan lelangitjuga akan berasa gatal dan kadang kala menghilangkan deria rasa dan bau kita.

Technorati , , , , , , , , ,

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!


1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 1 out of 5)
Loading ... Loading ...

Cerita Berkaitan yang Menarik di baca...

What Do You Think?

6,324 views
Close
E-mail It