Anda Penghidap Migrain ?

Jika anda sering berasa pening kepala dan berdenyut- denyut di bahagian sebelah kepala sahaja secara berulang anda mungkin menghidap penyakit migrain.Malah bukan itu sahaja kadang kala penghidap migrain terutama bagi kes yang teruk ia juga akan mengalami muntah,cirit birit dan akan sensitif kepada bunyi dan cahaya kerana akan menyebabkan kepala sakit.
Sebab-sebab terjadinya migrain

-Perubahan bahan kimia dalam badan yang dipnggil serotonim.Apabila serotonim menurun saluran darah akan mengembang dan menyebabkan pembengkakan dan keadaan inilah akan menyebabkan sakit kepala.

-Faktor keturunan

-Pemakanan iaitu makanan yang mengandungi keju,coklat kekacang,alkohol,nitrate juga boleh mengakibatkan migrain

-Diet yang akan menurunkan kandungan gula dalam darah juga mungkin menyebabkan migrain kerana gula yang rendah dalam darah menyebabkan saluran darah mengembang.

-Tidak makan atau lambat makan mengikut jadual dan waktu juga penyebab migrain

-Orang yang kerap mengambil minuman berkafein seperti kopi,teh dan minuman bergas

-Hormon oestrogen wanita yang turun naik

-Sewaktu mengandung

-Ramai wanita yang mengalami migrain sebelum,semasa dan selepas kedatangan haid

-Pil perancang boleh mengakibatkan migrain kerana ada pil perancang yang mengandungi oestrogen

-Menopaus

-Terlebih atau terkurang tidur berlaku akibat pertukaran dalam masa tidur dan jaga

-Ubat yang menyebabkan saluran darah mengembang boleh mendatangkan migrain seperti herba yang mengadungi ginkgo biloba.

-Perubahan cuaca yang tidak menentu seperti panas,dan hujan juga jerebu

-Perempuan lebih kerap mengalami migrain berbanding lelaki

Jenis-Jenis migrain

1) Classic Migrain
-10 minit atau 30 minit sebelum berlaku migrain akan memberikan tanda awal seperti terlihat cahaya terang,garisan zig zag,penglihatan berganda,buta sementara,kebas,kepala berpusing,pening,sukar bercakap dan keliru dan selepas lima atau 15 minit tanda ini akan hilang dan migrain akan menyerang.
2) Common Migrain
-Migrain menyerang tanpa amaran dan boleh berlaku pada bila-bila sahaja dan ini lebih biasa terjadi

Technorati , , , , , , , , , , , , , , , ,

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!


1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 1 out of 5)
Loading ... Loading ...

Cerita Berkaitan yang Menarik di baca...

6 Responses to “Anda Penghidap Migrain ?

  • MyAvatars 0.2
    1
    riza
    August 20th, 2009 18:45

    saya selalu sakit kepala.kadang-kadang sampai tidak boleh bangun.saya selalu sakin di bahagian tengah kepala dan badan terasa lemah.macam rasa nak pecah kepala pun ada.saya terbaca di dalam internet tentang kanser otak.tapi saya tidak pasti.apakah yang perlu saya lakukan?

  • MyAvatars 0.2
    2
    fatin
    June 12th, 2010 08:50

    salam,
    sy slalu ase sakit kpala, kadang2 ble bangon dr dudk, mata sy akan kabur.. kadang2 ase cm nk pitam.. ble sy terlalu tumpukan perhatian terhadap sesuatu, kepala sy akan sakit dan mte sy akan jd kabur.. sy nk thu apa sebenarnya penyakit sy ni.. sy da x tahan..

  • MyAvatars 0.2
    3
    mida
    December 28th, 2010 23:06

    salam ,
    saya sering kali pening kepala , ad satu hari tu saya muntah-muntah dan ceret beret , kepala saya berdenyut2 di sebelah kanan saja , saya juga selalu penig kepala di pagi hari , mata say memgalami kekaburan . ape sebenarnya penyakit saya , boleh ta jelaskan ?

  • MyAvatars 0.2
    4
    fira
    February 15th, 2011 21:51

    saya selalu sakit kepala.. kdng2 ia menyerang secara megejut, sakit yg teramat sgt.. tp mata sy smakin kabur n smasa sy drive wktu mlm mata sy jd silau.. sy pegi buat cermin mata tp power xbyk pom… tp saya rasa kabul.. sy dri kecik mgalami migrain dah klu kena serang dgn migrain rasa cam nk pecah.. ph2 sy tarik rambut… sy tkut effect akn datang” kanser barah otak” … skng nie sy mgamalkan telan ubat panadol…

  • MyAvatars 0.2
    5
    kay
    March 24th, 2011 23:55

    salam..

    Saye sering sakit kpla.. Kdg2 bhgn tgh, kdg2 bhgn hdpn n kdg2 bhgn kanan.. Biasanya sy kena attack malam n pg.. Ada ketika pdgn sy jd kabur n sy perasan sejak2 akhir2 ni sy jd plupa.. Apa sbnrnya pnyakit sy?

  • MyAvatars 0.2
    6
    nur
    June 8th, 2011 08:20

    Salam ,
    saya ingin bertanya mengambil penyakit migraine yang sy alami selama setahun ini . Setiap kali migrain saya akan mengambil ubat (pain-killer) , tpi setiap kali itu juga lah sy alami mual2 yang berterusan . Pemakanan dan cra hidup sy amat teratur , dan sy tidak tahu punca sebenar terjadinya migraine . Adakah msalah kulit kepala (kelumumur) penyebab kepada migraine juga ? memndgkan sy mempunyai mslh kulit kepalayng sgt teruk sjak sekolah lg … , sy telah disarankan oleh beberapa pihak untuk mengikuti rawatan susulan di hospital dermatology berikutan mslh kulit kepala sy yang semakin teruk (menjadi kekuningn) . Selain itu , sejak sy menghidap migraine , gusi dan gigi sy sering bermslh , sy mengalami pendarahan setiap kali bgn awal pg , ada tompokan darah di atas bantal . saya amat keliru …. ,

What Do You Think?

7,288 views
Close
E-mail It