EPILEPSI(SAWAN)
-Terjadi kerana terdapatnya cetusan elektrik yang berlebihan di sebahagian(epilepsi partial) atau keseluruhan otak (epilepsi general)
-Apabila terkena serangan mereka akan mengeluarkan bunyi yang kuat,hilang kesedaran dan rebah.Mata menjadi celik ke atas,otot-otot menjadi tegang dan mengalami kancing gigi dan bibir kelihatan kebiruan.
-Selepas 20-30saat,kedua-dua tangan dan kakinya akan bergerak dengan pantas dalam tempoh 30 saat hingga 1 minit.
-Dalam keadaan tersebut pesakit tidak dapat mengawal saluran kencing,lidah mungkin tergigit dan mulut berbuih.
-Selepas itu pesakit akan pengsan untuk beberapa minit.
1)Absence attack- menyebabkan pesakit hilang kesedaran dengan keadaan seolah-olah termenung dalam masa beberapa saat tetapi tidak rebah.Mata berkelip-kelip dan keadaan mata akan anik ke atas.Ia selalunya menyerang kanak-kanak yang berusia 8-10 tahun.
2)Epilepsi Tonik
-Mereka hanya jatuh tanpa sebab tertentu dalam keadaan sedar mengadu kaki menjadi lemah.Ia menyerang kanak-kanak yang mempunyai tahap kecerdasan yang lembab.
3)Epilepsi mioklonus
-Mereka yang terkejut secara tiba-tiba selepas bangun dari tidur.Keadaan kedua-dua kaki seperti tersentap.
Punca Penyakit / Faktor Risiko
-Faktor genetik/keturunan
-Ketumbuhan otak
-Jangkitan otak
-Kecederaan otak
-Kelainan urat darah dalam otak
-Penyakit metabolik seperti kekurangan gula dalam darah,kegagalan ginjal dan racun-racun serangga.
’sklerosis hipokampus’iaitu kelainan satu struktur dalam otak dinamakan ‘hipokampus’yang telah menjadi parut semasa pesakit di peringkat kanak-kanak.







March 10th, 2008 12:09
I wish to know how to treat epilepsy as it can be a nuisance as you cannot know when the seizure can attack you. What is the best treatment we can give to epilepsy patient and if possible permanently.