FIBROADENOMA BUKAN KANSER

Kurang daripada satu perempat benjolan di payudara adalah kanser tetapi sebenarnya agak sukar untuk membezakan adakah benjolan itu kanser atau bukan.Namun begitu kesemua benjolan di payudara mestilah diperiksa terlebih dahulu oleh pakar sebelum sebarang kesimpulan di buat.

Jenis-Jenis Simptom Benjolan

1-Fibroadenoma
2-Fibrosistik
3-Sista
4-Sista susu dan jangkitan
5-Intraductal Papilloma
6-Kanser
7-Kecederaan
8-Hormon
9-Penyebab yang tidak berbahaya termasuklah pertumbuhan kulit,tumor lemak (lipoma),duct ectasia dan lain-lain.
Apakah itu Fibroadenoma?

Ia adalah tumor yang biasa ditemui di payudara wanita.Ia adalah satu benjolan tisu keras yang tidak berbahaya dan bukan kanser.Ia terjadi akibat peningkatan sensitiviti hormon oestrogen wanita.Kebiasaannya ia kenyal lembut dan mudah bergerak ke bawah kulit.Benjolan ini kenyal kerana ia mengandungi kolagen.Terdapat dua keadaan mereka yang mempunyai fibroadenoma iaitu tidak sakit atau sakit jika tersentuh.Ia biasa ditemui pada wanita muda tetapi boleh juga berlaku pada sebarang umur wanita.Fibroadenoma biasa ini mempunyai saiz satu hingga  tiga sentimeter.Tetapi apabila saiz bertambah 5 sentimeter keadaan ini dinamakan fibroadenoma gergasi.Ia juga boleh mengecil atau membesar dan sesetengahnya akan hilang begitu sahaja.
Sesetengah fibroadenoma yang kecil ini akan dapat dikesan semasa kehamilan dan semasa penyusuan bayi.

Technorati , , , , , , , , , , ,

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!


1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Cerita Berkaitan yang Menarik di baca...

What Do You Think?

9,687 views
Close
E-mail It