Darah Gemuruh
Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri
Kerisauan yang teramat sangat dalam berbagai aspek boleh membuatkan seseorang itu ketidak stabilan sistem peredaran darah.Ini juga memudahkan seseorang itu mengalami masalah darah gemuruh.Darah gemuruh sering berlaku kepada seseorang yang tidak dapat menahan ketakutan atau ingin melakukan sesuatu.Dalam persoalan terima atau tidak yang sering berlegar difikiran boleh membuatkan keresahan dan menimbulkan ketidak stabilan minda untuk mengawal emosi.
Kebiasaannya Darah gemuruh boleh dirasakan dengan debaran yang kuat di bahagian jantung.Kebanyakkan yang mengalami begini mereka sering mengalami perasaan takut dan bertanya-tanya tentang pergerakkan yang ingin dilakukan.Tidak kiralah untuk temuduga atau ingin mengambil peperiksaan.Dalam aspek Darah gemuruh tidak mengenali sesiapa dan ia boleh berlaku pada semua peringkat umur.
Darah gemuruh adalah berbentuk perasaan yang tidak dapat dikawal oleh minda,dan ada juga yang berpeluh-peluh menahan debaran gemuruh didada.Sekiranya tidak dikawal atau dibendung ia boleh menyebabkan berbagai risiko seperti
- Pitam
- Sawan
- Tekanan darah tinggi
- Murung
Persediaan dalam sebarang kemungkinan perlu ada dalam mengawal keadaan setiap yang dilakukan.Agar apa pun yang terjadi dapat diterima dengan tenang dan redha.Dengan cara begini dapat menghilangkan rasa gemuruh walaupun ia sukar dilakukan.Yang sering berlakunya gemuruh ketika
- Ingin mengambil peperiksaan
- Temuduga
- Temujanji
Dan ada juga yang ingin memulakan sesuatu pekerjaan atau aktiviti yang baru dalam kehidupan seharian.Tidak dinafikan bahawa bagi pasangan yang baru berumahtangga juga sering mengalami masalah begini.Mereka mengalami berbagai persoalan yang berlegar difikiran samaada mampukah atau tidak.Dengan mendengarkan pengalaman dari orang lain sebelum diri sendiri laluinya juga boleh mendatangkan rasa takut dan itu permulaan pertama mengundang gemuruh.
Dengan persoalan yang tiada jawapanlah yang banyak mendatangkan kegemuruhan kerana tiada daya untuk mengawal emosi.Jadi disini kita haruslah berlapang dada dan menerima sebarang risiko dalam sesuatu kehidupan.Lumrah hidup tidak mampu kita tafsirkan dengan akal dan sesuatu yang dilakukan tidak semestinya menjadi milik kita.Apa pun kita harus tenang dan tidak perlu takut dengan kegagalan kerana disitu ada pengalaman yang terbaik.

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!
July 27th, 2015 10:39
saya nk tau, ade x ubat utk hilang kn sarah gemuruh, ape ubat nya dan harga, utk ank 19 thn lelaki
August 26th, 2015 13:22
Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tips Bersalin Dengan Lebih Mudah. Pengetahuan yang sangat penting untuk ibu yang sedang hamil.
June 13th, 2016 17:32
darah gemuruh ni xda ubat..ia bergantung kepada sikap kita..yang paling penting keyakinan diri tu mesti ada
January 29th, 2022 09:37
Terima atas perkongsian yang amat menarik…keyakinan ada cuma bila nak mengadap sesuatu benda pasti datang darah gemuruh yang tidak boleh dikawal
January 29th, 2022 09:40
Terima kasih atas perkongsian yang amat menarik…keyakinan ada cuma bila nak mengadap sesuatu benda pasti datang darah gemuruh yang tidak boleh dikawal…