HEPATITIS ( RADANG HEPAR/HATI)

Pengenalan penyakit

-Penyakit ini mengakibatkan sel-sel hepar rosak seterusnya menyebabkan hepar tidak dapat lagi menghapuskan pigmen hempedu.
-Kerosakan hepar mengakibatkan pigmen hempedu akan dirembeskan ke dalam usus.

Jenis-jenis hepatitis.

-Terdapat 5 jenis hepatitis iaitu A,B,C,D dan E.
-Untuk hepatitis A dan E ia tidak akan menyebabkan penyakit hepar yang kronik seperti sirosis dan kanser hepar berbanding hepatitis B,C dan D.

Punca penyakit/ faktor risiko.
_Penyakit hepatitis adalah berpunca dari virus.
-Hepatitis A-disebabkan oleh virus HAV.Ia didapati daripada makanan dan minuman yang tercemar.
-Hepatitis B-dibawa oleh virus HBV
-Hepatitis C-disebabkan oleh virus HCV.Ia berpunca dari berkongsi jarum suntikan,pemindahan darah, melalui luka dengan alat peribadi seperti pisau cukur,akupuntur dan tatu.
-Hepatitis D-disebabkan oleh virus HDV.Seseorang itu hanya dijangkiti virus tersebut sekiranya ia pernah mendapat hepatitis B
-Hepatitis E-dijangkiti oleh virus HEV yang didapati oleh makanan yang tercemar.Ia berpunca daripada proses pemindahan darah.

Tanda-tanda simptom

-Demam
-Letih
-Kurang selera makan
-Pening kepala
-Loya dan muntah-muntah
-Pening kepala
-Sakit perut
-Kencing berwarna kuning teh
-Kehilangan berat badan

Langkah pencegahan

-Elakkan berkongsi barang peribadi seperti berus gigi, pisau cukur dan tuala.
-Berhati-hati semasa mengendalikan darah atau cecair tubuh yang terkena pada pakaian anda.
-Kendalikan makanan dengan cara bersih dan selamat.
-Hindari gerai atau restoran yang kotor.
-Tinggalkan aktiviti yang tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah dan hubungan seksual secara rambang.

Technorati , , , , , , , , , , , , ,
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Cerita Berkaitan yang Menarik di baca...

4 Responses to “HEPATITIS ( RADANG HEPAR/HATI)

  • MyAvatars 0.2
    1
    Saiee Driss
    February 3rd, 2008 11:56

    Saya singgah di sini dan mendapati banyak maklumat yang menarik terutama untuk saya yang kini sudah berusia 57 tahun, tetapi masih bertugas sebagai seorang profesional.

    Terima kasih kerana membekalkan maklumat-maklumat demikian.

    Kalau ada masa bersantailah ke laman saya http://pantunonline.com atau http://saieedriss.blogspot.com

    Wassalam.

  • MyAvatars 0.2
    2
    teen racer
    March 21st, 2010 16:51

    satu laman kesihatan y hebat….saya harap awak dpt masukkan lg isi2 / maklumat2 y bernas

  • MyAvatars 0.2
    3
    nor
    August 25th, 2010 16:14

    saya ingin tahu kalau seseorg tu selalu letih,batuk berdarah,sakit2 dada,rasa kering dalam dada dan selalu sakit kepala….adakah ia salah satu tanda pghidap penyakit TB

  • MyAvatars 0.2
    4
    shaida
    August 30th, 2010 08:38

    adakah penyakit hpB mempunyai risiko kematian yg tinggi,bagaimanakah cara untuk mencegahnya

What Do You Think?

2,709 Views
Close
E-mail It