Hindarkan keletihan ketika bekerja

Ada ketikanya seseorang pekaerja mengadu keletihan selepas pulang ke rumah.Bagi mereka yang bekerja di ladang atau sebagai burug binaan akan berasa tubuh badan letih dan sakit-sakit kerana banyak keluarkan tenaga ketika mengunakan tulang empat kerat.Mereka yang bekerja di pejabat pula mengadu letih terutama minda dan mata kerana terlalu kerap bermesyuarat,berfikir,dan mengahadap komputer.

Masalah ini jika tidak diselesaikan akan menyebabkan sikap malas,lesu dan bosan akan menguasai diri hingga boleh menjejaskan produktiviti kerja.Untuk menghilangkan rasa letih,beberapa petua boleh dicuba iaitu antaranya :

1-Bersifat Positif
Ketika bekerja,kita hendaklah sentiasa bersikap positif dan sentiasa menyenangi apa yang kita lakukan walaupun berat dan membebankan.Kita harus minat dalam pekerjaan yang kita buat.

2-Bersantai Sejenak
Gunakan waktu istirahat untuk berehat dan bersantai.Lakukan dengan menarik nafas dalam dalamuntuk beberapa saat.Ini akan meningkatkan tumpuan ketika bekerja

3.Nikmati Humor dan ketawa
Pelbagai cara boleh di buat seperti membaca komik dan kartun atau berkelakar bersama teman-teman sekerja yang boleh menimbulkan ketawa dan membangkitkan tenaga dan kesegaran.Akan lebih mudah menghadapi sesuatu pekaerjaan jika kita dalam keadaan tersenyum dari terus bermuram.
4.Bekerja secara sistematik
Buatlah skala kerja dan jadual keutamaan terhadap pekerjaan yang dilakukan iaitu utamakan yang harus dilakukan dahulu supaya tidak kelam kabut.

5.Minumlah banyak air mineral
Dengan minum air putih dengan banyak dapat menimbulkan kesegaran dan melancarkan metabolisme tubuh

6.Lakukan aktiviti fizikal
Jika kita terlalu banyak duduk atau berdiri akan menyebabkan otot-otot kita sakit dan letih jadi lakukan senaman ringan untuk mengendurkan otot-otot seperti mengerak-gerakkan badan di ruang kerja atau boleh turun naik tangga jika pejabat atau tempat kerja kita bertingkat.daripada kita mengfunakan lift lebih baik kita naik turun tangga sebagai senaman ringan kita di tempat kerja.

Technorati , , , , , , , ,

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!


1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Cerita Berkaitan yang Menarik di baca...

What Do You Think?

2,393 views
Close
E-mail It