INFLUENZA

Pengenalan Penyakit
-Influenza atau’flu’bukanlah demam selsema biasa kerana ia boleh menyebabkan berbagai komplikasi.
-Ia merupakan jangkitan virus akut yang bermula secara tiba-tiba
-Virus influenza di tularkan melalui sentuhan atau sekresi daripada pesakit. Ia ditularkan melalui semburan semasa pesakit batuk, bersin atau bercakap.
-Satu bersin boleh memindahkan penyakit ini pada 196 km/j,menjangkau jarak sejauh 6 meter dalam satu saat.

Punca Penyakit/Faktor Risiko
-Agen penyebab inffluenza ialah virus-virus:
  -Virus influenza A-menjangkiti manusia dan haiwan seperti khinzir,burung dan    kuda.
  -Virus Influenza B dan C biasanya menjangkiti manusia sahaja.

-Golongan-golongan yang berisiko tinggi adalah:
  -Individu yang berumur 60 tahun ke atas
  -Penghuni rumah orang tua-tua
  -Pesakit kronik seperti jantung,paru-paru,ginjal,asma, Diabetes    mellitus,imunosupresi akibat kanser atau kemoterapi
  -Kanak-kanak dan orang dewasa yang dirawat dengan aspirin

Tanda-tanda/Simptom
-Demam bermula secara tiba-tiba antara dua hingga empat hari
-Kelemahan badan yang berpanjangan dan ada kalanya berminggu-minggu
-Sakit kepala
-Sakit tekak
-Hidung berair
-Sakit otot

Langkah Pencegahan
-Vaksin influenza boleh memberi keberkesanan antara 70-90% perlindungan infeksi  klinikal apabila virus di persekitaran sama dengan jenis vaksin.
-Vaksin perlu diberikan pada mereka yang berisiko tinggi untuk mendapatkan  influenza.
-Keadaan rumah atau bangunan yang sesak memudahkan lagi jangkitan virus dan ia  amat sesuai pada suhu udara yang sejuk.

Komplikasi
1)Paru-paru
  -dua jenis radang paru-paru iaitu:
  -pneumonia virus influenza
    *Wabak yang pernah menyebabkan kematian pada semua peringkat golongon           masyarakat
    *Apabila dijangkiti suhu badan tidak menurun,disertai batuk,sesak nafas dan      tubuh bertukar menjadi biru (sinosis)
 
  -Pneumonia bakteria sekunder
    *sering menjadi punca kematian bagi mereka yang berumur
    *ia menjejaskan sistem pertahanan pernafasan
    *pesakit akan megeluarkan kahak bernanah atau berdarah
    *Bakteria yang sering menyerang ialah streptococus      pneumoniae,staphylococcus aures dan haemophilius influenza
 
  -Penyakit pulmonori obstruktif kronik
  -Penyakit jantung, ginjal dan Diabetes
  -Radang telinga tengah (ostitis media)
  -Sakit otot kaki (miositis)
  -Sindrom Reye yang mengakibatkan bengkak hepar dan gangguan pada otak       (ensefalopati)
  -Jangkitan virus ini mengakibatkan kerugian dari segi produktiviti kerana    ketidakhadiran pejkerja serta kos perubatan.

Technorati ,
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Cerita Berkaitan yang Menarik di baca...

What Do You Think?

1,193 Views
Close
E-mail It