INGINKAN TUBUH SEMPURNA

Awas ,jika anda terlalu taksub! Jika anda suka mengagumi diri sendiri,menghabiskan masa lebih enam jam untuk membentuk tubuh, sering berasa tubuh kurang ideal dan lebih suka mengenakan pakaian seksi untuk menunjukkan kekentalan otot-otot tubuh yakinlah bahawa anda sedang menghidap penyakit.

Tidak dinafikan setiap wanita dan lelaki mana yang tidak menginginkan tubuh yang padat bersih dan lasing serta berotot untuk lelaki.Tetapi awas jika anda sampai mengejar itu semua dan selalu berasa diri anda tidak sempurna anda berkemungkinan menderita penyakit ‘Muscle Dysmorphia’atau MD.

Penyakit ini lebih dikenali dikalangan pelatih fitness sebagai ‘Bigorexia Alias Obsess’ iaitu memiliki tubuh yang besar atau sebaliknya bagi wanita pula ‘anorexia’ menginginkan tubuh yang langsing.Kedua-dua penyakit ini adalah penyakit yang melibatkan kejiwaan yang terlalu tertekan dengan kekurangan diri.

Oleh itu bagi penghidap penyakit ini mestilah menjalani rutin harian yang sihat selain mengurangkan aktiviti latihan atau senaman kepada tiga kali seminggu sahaja.Jangan suka membandingkan tubuh orang lain dengan ukuran tubuh kita ,kurangkan membelek tubuh di cermin.Sebenarnya tidak semua wanita suka lelaki yang berotot dan tidak semua lelaki yang menyukai wanita yang kurus dan langsing.Oleh itu amalkan pemakanan yang sihat untuk membuatkan diri anda cantik di luar dan dalam.

Technorati , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!


1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Cerita Berkaitan yang Menarik di baca...

What Do You Think?

2,100 views
Close
E-mail It