Jangan Biarkan Tekanan Menjadi Bahana

Sememangnya di kalangan masyarakat kini ramai yang mengalami masalah tekanan emosi.Tidak kira berbagai sudut semuanya akan membuatkan seseorang itu stress.Dalam kehidupan yang serba mencabar dengan  sudut ekonomi yang terhad boleh membuat seseorang itu hilang arah untuk mencari jalan keluar bagi memenuhi kehendak yang berlebihan dari keperluan.

Sekiranya ia tidak terkawal akan membuatkan seseorang itu murung hanya disebabkan buntu disebalik lorong hutang yang banyak.Tidak dinafikan bahawa masalah wang banyak mempengaruhi minda sehingga mereka tidak dapat mengawal perasaan mereka sendiri.Minda seseorang itu terhad dan tidak dapat menampung terlalu banyak input yang berunsurkan  negatif sehingga boleh membuatkan seseorang itu tidak mampu menilaikan yang mana baik dan buruk.

Bagi pelajar pula banyak yang tekanan disebabkan oleh desakan keluarga yang mahukan terbaik tanpa mempedulikan keupayaan diri anak mereka sendiri.Ada juga yang sanggup mengambil jalan yang singkat untuk merosakkan diri sendiri hanya kerana takut menunjukkan keputusan peperiksaan.Sebagai ibu bapa juga tidak boleh memaksa anak mereka tanpa mempedulikan apa yang mereka mahukan.

Ada juga sesetengah anak yang minat dalam bidang kreatif namun jangan paksa mereka untuk mengambil bidang yang bercanggah dengan jiwa mereka.Pada mula mereka akan mengikuti tapi adakah ibubapa ingin melihat mereka gagal dalam kehidupan hanya disebabkan ego dari orang tua mereka sendiri.Perkara buruk akan terjadi apabila seseorang itu didesak melakukan tanpa kerelaan seperti memberontak jiwa.

Dengan melarikan diri dari rumah juga ada sangkut paut dengan tekanan yang tidak dapat dikawal sehingga ada yang ingin mengambil jalan mudah.Ada remaja yang rasa diri mereka tidak disayangi oleh keluarga dan ingin mendapat perhatiaan dengan melakukan perkara-perkara yang mengundang banyak masalah pada diri dan keluarga.

Hal ini boleh di kawal apabila seseorang individu itu tidak terlalu ego atau mempunyai kepentingan sendiri.Dengan banyak berbincang dan berlapang dada dalam berbagai aspek boleh membantu mengurang stress dan dapat mengurangkan bebanan di fikiran.

Technorati , , , , ,

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!


1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Cerita Berkaitan yang Menarik di baca...

What Do You Think?

3,880 views
Close
E-mail It