JANGKITAN KULAT (MIKOSIS)

Pengenalan Penyakit
-Kulat merupakan hidupan halus yang tertabur dengan luas di alam semulajadi.Terdapat lebih kurang 200,000 jenis kulat yang wujud tetapi hanya 100,000 jenis sahaja yang boleh membawa penyakit kepada manusia.
-Dermatofit dan yis merupakan dua kategori kulat yang boleh mengakibatkan penyakit.Sel-sel kulat berbentuk spora ataupun bentuk filamen.
-Jangkitan kulat berlaku apabila kulat-kulat tersebut menyerang sel kulit yang mati seperti lapisan keratin sel,kuku jari atau bahagian folikel rambut.
-Kulat dapat merebak dengan pantas pada bahagian lipatan kulit badan seseorang kerana keadaan persekitarannya lembab dan panas.Namun ia bergantung pada sistem pertahanan badan dan juga lapisan asid yang melindungi kulit kita.
-Penyakit ini diakibatkan daripada hubungan sesama manusia atau hubungan antara manusia dan binatang yang telah dijangkiti.

Jenis-Jenis Penyakit

1)Kurap-berlaku pada bahagian kulit badan,kadangkala pada anggota badan terutamanya pinggul.

2)Kaki berair-Berlaku pada kulit selaput antara jari-jari kaki

3)Infeksi Kuku jari-kuku lebih mudah diinfeksikan jika di bandingkan dengan kuku jari tangan

4)Jock itch -Infeksi kulat pada bahagian pangkal paha

5)Panau -Infeksi kulat permukaan kulit yang paling biasa dimuka dan di badan.

6)Seriawan mulut dan ruam lampin
-berlaku pada mulut,lidah atau bahagian dalam pipi
-Ruam lampin adalah disebabkan oleh kain lampin yang lembab

Punca-Punca Penyakit/Faktor Risiko

-Infeksi kulat berlaku apabila manusia dan binatang yang telah dijangkiti serta objek yang merupakan pembawa spora kulat bersentuhan antara satu sama lain.
-Sentiasa memakai pakaian,kasut atau sarung kaki yang diperbuat daripada bahan sintetik
-Mengunakan sabun beralkali dengan berlebihan
-Dijangkiti melalui bidai kayu dan hamparan di kolam renang dan tempat mandi wap serta lapik lantai atau permaidani di bilik hotel dan bilik riadah
-Kurang menjaga kebersihan diri
-Geseran mekanikal antara lipatan badan dan perpeluhan yang berlebihan.
-Melalui aktiviti perlancungan dan hubungan antarabangsa
-Mengongsi kasut atau sarung kaki
-Berkaki ayam di atas tanah yang tercemar dan pantai serta sekeliling kolam renang
-Cara rawatan sendiri seperti memakan ubat antibiotik, pil perancang keluarga dan steroid.

Technorati

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!


1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Cerita Berkaitan yang Menarik di baca...

One Response to “JANGKITAN KULAT (MIKOSIS)

  • MyAvatars 0.2
    1
    More Information and facts
    December 7th, 2012 14:22

    More Information and facts…

    JANGKITAN KULAT (MIKOSIS) | Rawatan Alternatif Mahsuri…

What Do You Think?

5,978 views
Close
E-mail It