KANSER BUAH DADA

a)Pengenalan penyakit
-Sejenis penyakit sel dimana pembahagian sel-sel akan berhenti pada tahap tertentu.Sel-sel yang tidak normal yang membiak sehingga terbentuknya satu benjolan tisu yang digelar tumor
-Sel-sel kanser akan merebak ke kelenjar limfa,masuk ke dalam paru-paru.Seterusnya ia menuju ke bahagian sebelah buah dada,masuk ke tulang yang mengakibatkan tulang patah.
-Ia bergerak ke dalam bahagian tulang punggung,paha dan masuk ke dalam hati menjadikan bengkak.(jaundis) dan hingga ke peringkat akhir ke bahagian otak, pesakit akan menjadi koma.

b)Punca penyakit/faktor risiko
-umur/usia yang meningkat
-Kedudukan geografi-
-Baligh sebelum usia 12 tahun
-Menopus selepas usia 50 tahun
-Tidak melahirkan anak selepas usia 30 tahun
-Keturunan
-Pernah mengalami bengkak pada buah dada(fibrocystic disease)
-Pernah menghidap kanser buah dada
-Banyak minum alkohol dan memakan lemak haiwan
-Obes atau gemuk
-Memakan pil perancang dan HRT(Hormon gantian terapi)
-Terdedah pada sinaran radiasi

c)Tanda-tanda/simptom
Tanda awal
-Pembengkakan dan perubahan pada bentuk dan saiz buah dada
-Aerola tertarik ke dalam
-Pendarahan atau lelehan luar biasa yang berwarna kunig hijau
Tanda lewat
-Sakit pada buah dada
-Sakit pada tulang rusuk
-Terdapatnya ulser atau kudis
-Batuk atau sesak nafas
-Bengkak Hati (jaundis)
-Tulang patah
-Hilang sedar

d)Langkah pencegahan
-Menjauhi alkohol
-Mengurangkan makanan yang mengandungi lemak haiwan
-Mengurangkan makanan yang mengandungi banyak kalori sepertyi kuning telur dan hati
-Mengurangkan berat badan
-Tidak memakan vitamin A yang berlebihan
-Banyak memakan sayur-sayuran

Technorati

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!


1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Cerita Berkaitan yang Menarik di baca...

One Response to “KANSER BUAH DADA

  • MyAvatars 0.2
    1
    Dayang Ejah
    February 7th, 2009 21:28

    Saya tidak pasti apa yang saya alami adalah tanda awal kanser atau tidak (mudah-mudahan saya dijauhi kanser).

    Ciri-ciri saya:- mengalami berat badan yang berlebihan; datang haid ketika berusia 13 tahun; sudah berkahwin selama setahun lebih; berusia 29 tahun.

    Pada buah dada saya sebelah kiri terdapat luka-luka. Awalnya ia disebabkan gatal-gatal (saya tidak pasti disebabkan apa. Sama ada alergi pada bra atau air liur suami saya atau barangan mandian). Saya menggarunya dan garuan tersebut menyebabkan ianya luka. Hingga kini ianya tidak sembuh-sembuh (menghampiri setahun setahun). Ia bermula di kawasan berhampiran dengan puting dan merebak ke atas.

    Harap dapat berikan nasihat. Terima kasih

What Do You Think?

4,741 views
Close
E-mail It