KANSER MATA
a)Pengenalan penyakit
-Juga dikenali sebagai ‘retinoblastoma’ iaitu sejenis ketumbuhan yang bermula dari sel-sel retina dan akhirnya menjadi kanser.
b)Tanda-tanda/Simptom
-Leukocoria
Anak mata kelihatan berwarna putih. Ia adalah warna kanser tersebut yang telah membesar dalam ruang mata
-Juling
kanser menyebabkan fungsi melihat hilang, akibatnya mata menjadi malas dan juling
-Glaukoma
Tekanan introokular mata menjadi tinggi kerana ruang mata terisi ketumbuhan. Bagi kanak-kanak di bawah usia 4tahun ia memyebabkan bola mata membesar
-Mata menjadi merah tanpa sebab atau kecederaan
-Proptosis, mata menonjol kerana kanser telah merebak keluar daripada bola mata.
c)Komplikasi
-Boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat, atau membuang terus mata yang berpenyakit. Ia boleh digantikan dengan prostesis atau mata palsu






