KANSER MULUT
a) Pengenalan Penyakit
-Kanser mulut merupakan penyakit malignan yang meliputi bibir, lantai mulut, bahagian dalam pipi, lidah dan gusi
-Ia merupakan fungsi seseorang untuk makan bercakap, bernafas, menelan dan menanggung kesakitan
-Mereka yang kerap mendapat kanser ini adalah di kalangan masyarakat India diikuti oleh kaum Iban, Bidayuh, Dayak dan Kadazan.
b)Jenis-jenis Penyakit
-Lebih 90% kes kanser mulut melibatkan pada lapisan luar mukosa mulut yang dikenali sebagai ‘karsinoma sel skuama’
-Kanser ini biasanya akan merebak pada modul-modul limfa bahagian leher
-10% lagi wujud pada kanser tulang, kilang air liur dan tisu lapisan bawah mukosa mulut.
-Kanser’adenoisistik carcinoma’ini boleh merebak pada paru-paru dan organ-organ lain
c)Punca penyakit/faktor risiko
-Tabiat mengunyah sirih bercampur pinang atau tembakau
-Tabiat mengunyah tembakau sahaja
-Merokok
-Minum minuman keras
-Penghidap HIV dan siflis
-Mereka yang berumur 40 tahun ke atas
-Genetik
d)Tanda-tanda/simptom
-Kudis yang tidak sembuh lebih dari sebulan dan biasanya tidak sakit
-Terdapat tompok-tompok putih yang tidak hilang setelah disapu
-Bengkak yang semakin membesar tetapi tidak sihat
-Pada peringkat serius
-Kesakitan yang berterusan
-Sukar untuk makan
-Kudis yang besar pada mulut
-Bengkak pada tepi leher
-Sukar menelan
-Bau yang busuk akibat daging yang telah mati
e)Langkah Pencegahan
-Amalkan memakan lebih banyak sayur-sayuran hijau dan segar
-Tingkatkan pengambilan beta-keratin (vitamin A)
f)Komplikasi
-Kanser ini boleh merebak dengan pelbagai cara dan menggangu tabiat pemakanan seseorang dan akhirnya mengakibatkan badan seseorang kekurangan air dan kelaparan
-Baki cebisan makanan boleh mendedahkan pada radang paru-paru
-Memusnahkan sistem saraf pada bahagian dasar tengkorak
-Boleh merosakkan saluran pembuluh darah yang besar yang boleh membawa kepada pendarahan yang sukar dikawal
-Ia boleh membawa maut jika tidak dikawal

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!