Kanser Prostat

Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Ramai kaum lelaki mengalami masalah kanser prostat tanpa mereka sedari.Ini sering berlaku kerana kebanyakkan kaum lelaki kurang prihatin dalam hal kesihatan berbanding kaum wanita.Untuk pengetahuan bersama kanser prostat ini adalah penyakit yang membunuh secara senyap dan dikategorikan penyakit yang membunuh kedua tertinggi di kalangan kaum lelaki di Amerika Syarikat.Manakala Di Malaysia pula menduduki tangga ke enam didalam carta penyakit kanser.

Disini ada beberapa faktor yang berisiko di luar kawalan seperti:

Faktor Umur – Sebagaimana sedia maklum bahawa kanser prostat kurang berlaku pada kaum lelaki yang di bawah umur 50tahun.Tetapi ia akan meningkat secara dramatik selepas peringkat umur tersebut.

Keturunan – Adalah berisiko tinggi apabila salah seorang dalam ahli keluarga pernah menghidapi penyakit kanser prostat.

Bangsa РKebanyakkan cenderung kepada kaum lelaki Afrika-Amerika


Jika anda memiliki ciri-ciri seperti di atas, risiko untuk menghidap penyakit ini adalah tinggi berbanding lelaki yang tidak memilikinya. Walaupun tidak mempunyai ketiga-tiga faktor risiko tersebut, langkah berjaga-jaga perlulah diambil.

Kanser prostat juga boleh dicegah melalui langkah-langkah yang betul seperti :

- Tidak mengambil minuman keras
Ini kerana pengambilan alkohol akan menghilangkan kandungan zink dan vitamin B6 yang sangat penting kepada fungsi kelenjar prostat.Zink membantu mengurangkan kandungan prolaktin didalam darah dan proklatin dapat meningkatkan penukaran hormon testosteron kepada DHT.DHT merupakan hormon yang bertanggungjawab menyebabkan berlakunya pembesaran kelenjar prostat

-Mengelakkan dari  tekanan perasaan

Tekanan perasaan akan menyebabkan perubahan yang sangat mendadak pada hormon badan.Ini akan menyebabkan peningkatan kandungan DHT dan mungkin mengaktifkan 5-alpha reductase.

- Memperbanyakkan bersenam
Dengan bersenam boleh melancarkan pengaliran darah dan dapat mengelakkan kemudaratan pada prostat.Bersenamlah mengikut jadual dan secara konsisten bersesuaian dengan tahap kesihatan serta umur anda.

- Tidak merokok
Merokok akan membuatkan pengumpulan toksin radikal bebas didalam badan.Ini akan memburukkan lagi keadaan pesakit kanser prostat.

Cara yang terbaik untuk mengelakkan faktor risiko lain yang boleh dikawal adalah seperti mengambil makanan berzat dan seimbang.Seperti berikut
* Dengan mengurangkan makanan berlemak dari sumber haiwan yang tinggi kandungan lemahnya.Ia boleh digantikan dengan daging merah dengan ayam dan bijirin.

* Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan juga dapat mengurangkan risiko kanser prostat kerana pengambilan gizi ini mengandungi banyak khasiat serta vitamin dan ini adalah gizi yang sering disebut oleh mana-mana pakar kesihatan.

* Ikan juga perlu dalam pengambilan makanan kerana ikan mengandungi asid lemak yang kaya dan dapat melindungi daripada kanser prostat malahan penyakit lain juga dapat dikawal.Sebagai contoh ikan salmon yang mengandungi kaya asid lemak.

Dalam semua aspek kita haruslah mengamalkan gaya hidup yang sihat dalam apa jua sudut.Ini kerana dapat mengurangkan gejala penyakit yang boleh mendatangkan kemudaratan pada kesihatan.

Technorati , , , , , , , , , , , ,

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!


1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Cerita Berkaitan yang Menarik di baca...

What Do You Think?

4,191 views
Close
E-mail It