KENAPA MUDAH PENGSAN…?

Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Majoriti kehidupan terkini ramai yang terbelenggu dengan berbagai masalah.Tidak kiralah secara sedar atau tidak seseorang itu sememangnya tidak dapat lari dari risiko sesuatu kehidupan.Yang membahayakan apabila ia tidak dapat dikawal oleh fizikal untuk menyelesaikan sehingga mengakibatkan kadar peredaran darah tidak berjalan dengan baik.Apabila sistem darah terganggu ia boleh mendatangkan tekanan yang hebat sehingga minda tidak dapat mengawal keadaan metabolisme badan.

Disebabkan kurang daya untuk menahan diri itulah salah satu penyebab seseorang itu mudah pengsan.Adakalanya diri sendiri pun tidak tahu apa yang mengakibatkan diri mudah pengsan.Tidak dinafikan mudah pengsan ini sukar ingin diperkatakan dan adakalanya ia terjadi hanya disebabkan oleh perkara yang agak remeh.

Menurut kajian kami individu yang mengalami masalah sebegini juga buntu mencari jawapan bagi persoalan yang sering mereka alami.Mereka sendiri hakikatnya tahu punca itu namun tidak boleh diluahkan dengan kata-kata kerana ia datang mendadak.Simptom seseorang merasakan untuk pengsan terlalu pantas sehingga tidak boleh dikawal oleh fizikal.

Ada juga yang merasakan kurang enak badan dan lemah sendi sebelum terjadinya pengsan.Umum diperkatakan kerana perkara ini berlaku secara tidak serata dan ia terjadi tanpa diduga oleh seseorang itu.Persoalan untuk jawapan mengapa mudah pengsan boleh membuatkan seseorang itu menjadi murung sekiranya tiada jalan keluar.Mana tidaknya ada juga sesetengah dari sebilangan yang kami lihat tidak boleh berdiri sama sekali dan terus jatuh sehingga tidak sedarkan diri.

Memang terseksa hidup begini namun ia boleh dirawat sebelum melarat.Siapa yang tidak mahukan kehidupan yang tenang namun ini semua boleh dikawal dengan usaha merawatnya.Agak sukar untuk orang sekeliling memahami jiwa seseorang yang sering pengsan tanpa puncanya malah ada yang berputus asa untuk mencari jalan keluar.Bukan sekali dua usaha bahkan berpuluh kali.Sokongan dari orang sekeliling juga penting untuk membangunkan semangat seseorang yang mengalami masalah mudah pengsan.Janganlah pula marah dan mengeluh didepan mereka kerana itu boleh menambahkan jiwa terganggu.Untuk yang tenang perlulah berusaha tanpa mengeluh agar ada kejayaan kesembuhan dari ALLAH.

Technorati , , , , , , , ,

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!


1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Cerita Berkaitan yang Menarik di baca...

What Do You Think?

9,884 views
Close
E-mail It