Kurang Mendapat Perhatian

Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Apa itu Kurang mendapat perhatian? Mesti ramai yang tertanya-tanya apakah maksud disebalik topik ini.Ini adalah sebilangan sikap yang perlu diambil kira sebelum akibatnya membawa padah.Memang dari pandangan kasar ia terlalu remeh dan enteng untuk dipertikaikan namun sekiranya tidak di ambil kira ia akan mengundangkan kelemahan jiwa.Dengan ini boleh menyebabkan ramai yang mengalami masalah perasaan.

Secara sinopsisnya kurang mendapat perhatian ini mempunyai ciri-ciri sikap ingin di belai dan diambil tahu semua sudut.Hakikatnya ramai yang perlukan perhatian tidak kiralah sihat ataupun sakit.Ini kerana perhatian itu adalah salah satu penawar yang berkesan untuk merawat sesuatu masalah utamanya masalah perasaan.Bagi yang kurang mengerti masalah ini boleh menjadikan seseorang itu cepat merasakan
- Rendah diri
- Putus asa
- Murung

Dan yang lebih teruk lagi punca yang melibatkan mental.Terutamanya bagi wanita yang baru melahirkan zuriat tahap emosi mereka mudah terganggu dan mudah menyangka diri tidak dihargai.Sikap begini sering terjadi pada golongan wanita tetapi jangan terlupa golongan lelaki juga mempunyai sikap begini namun mereka menutupi dengan keegoaan.Mereka sering merasakan tidak cukup dan sering memberontak kerana bagi mereka dengan cara sebegini dapat menarik perhatian.Kekadang anak kecil juga pandai membuat reaksi untuk mendapatkan perhatian dari kedua ibubapa mereka.

Dari analisa kami ramai yang mengeluh kerana tidak tahan melayan individu yang inginkan perhatian dan sehingga menimbulkan kebosanan.Menurut  pandangan pengamal perubatan mahsuri, bahawa  mereka tidak tahu bagaimana ingin mengatasinya kerana serba tidak kena dengan apa yang mereka lakukan dalam memberikan perhatian.Individu yang kurang perhatian mereka sering merasakan orang disekeliling tidak sayang dan mudah cemburu dengan keadaan sekeliling.Bukan setakat itu sahaja malahan mereka terlalu sensitif dan cepat merajuk walaupun tidak tahu apa pun puncanya.
Bagi mereka tiada satu pun yang boleh di banggakan dalam diri mereka dan sanggup membezakan orang lain dengan diri sendiri.Sememangnya perhatian ini amat penting dalam sesebuah kekeluargaan atau apa jua  hubungan itu namun,perlulah di kawal agar tidak mendatangkan kebencian pada pihak lain.Sekiranya berlapang dada dengan apa yang di terima akan membantu dalam masalah sebegini.Tidak semua orang akan faham apa yang kita mahu dalam hidup ini dan tidak akan cukup kalau kita tidak faham diri kita sendiri.

Dalam memberikan kasih sayang ini bukan sekadar memenuhi keperluan atau kehendak sahaja namun sudut perasaan juga perlu dititik beratkan.Ada juga yang tidak mengerti soal ini namun haruslah memahami dan cuba berterus terang agar dapat ketenangan bersama.

Technorati , , , , , , , ,

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!


1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Cerita Berkaitan yang Menarik di baca...

What Do You Think?

3,845 views
Close
E-mail It