KUSTA
Pengenalan Penyakit
Penyakit kusta boleh dikategorikan sebagai penyakit berjangkit secara terus atau secara tidak langsung.
Jangkitan ini bergantung kepada :
-Jenis Kusta yang dihidapi oleh individu sama yang banyak kuman (MB) atau yang kurang kuman (PB)
-Tempoh atau kekerapan hubungan dengan orang yang terkena penyakit.Tapi ia bergantung pada tahap ketahanan tubuh seseorang.
-Jangkitan ini mengambil masa yang agak lama iaitu antara 3 hingga 4 tahun sebelum terbentuk atau jelas keluhatan di atas kulit.
-Kuman kusta gemar mendiami kawasan tubuh yang bersuhu sejuk sperti hidung,cuping telinga dan kulit.
Jenis-Jenis Kusta
1) Tuberculoid
2) Borderline tuberculoid
3) Borderline
4) Borderline lepromatous
5) Lepromatous
- Bagi jenis tuberculoid dan borderline tuber culoid, kadar jangkitannya sangat rendah.Sebaliknya bagi jenis borderline, borderline lepromatous dan lepromatous kadar jangkitannya lebih tinggi iaitu antara 4 hingga 11 kali ganda.
Punca Penyakit / Faktor Risiko
1)Kusta disebabkan oleh sejenis organisme bakteria yang dikenali sebagai mycobacterium leprae
-Bakteria ini hanya boleh tinggal pada manusia dan tikus
Tanda- Tanda / Simptom
1) Ruam pada mana-mana bahgaian tubuh seperti muka, dada dan lain-lain.Ia adalah lebih cerah daripada warna panau dan tidak mempunyai deria rasa.
2) Berbiji-biji (modul) pada mana-mana bahagian tubuh.
3) Hilang keupayaan, jari tangan lumpuh dan tidak boleh bergerak (claw hand), kaki jatuh (foot drop)
4) Timbulnya ulser yang kronik dan sukar untuk sembuh
Langkah Pencegahan
-Perlu menjaga kebersihan tubuh dan pakaian
-Jika terdapat luka yang terdedah haruslah mendapat rawatan segera
Komplikasi
-Hilang fungsi pergerakan anggato jari tangan dan kaki
-Jika kusta terkena pada mata ia boleh menyebabkan luka (ulser) terutama pada kornea yang membawa kepada kebutaan
-Menjejaskan banyak organ manusia terutama mukosa bahagian atas saluran pernafasan, hati dan testes






