MALARIA
Pengenalan penyakit
-Lebih dikenali dengan demam kura-kura dan merupakan penyakit tropika berjangkit yang paling banyak menyebabkan kematian.
Punca Penyakit / Faktor Risiko
-Disebabkan oleh sejenis parasit yang dinamakan plasmodium
-Terdapat empat spesies yang menyebabkan jangkitan pada manusia iaitu P.falciparum,P.vivax,P.malariae dan P.ovale
-Kesemua spesis terbabit akan menyerang sel hepar (hati)
-Nyamuk jenis anopheles menghisap darah pesakit yang menghidap malaria dan memindahkan parasit tersebut kepada orang lain.
Tanda-Tanda / simptom
-Rasa sejuk yang amat sangat hingga menggeletar selama satu jam
-Mengalami demam panas yang kuat untuk beberapa lama
-Setelah lega pesakit akan berpeluh dengan banyak.Ianya berulang untuk beberapa hari
-Sakit atau pening kepala yang amat kuat
-Rasa loya dan muntah-muntah
-Adakalanya pesakit tidak menunjukkan sebarang gejala malaria, hanya demam selsema biasa saja.
-Pesakit juga kelihatan pucat
-Tidak bermaya
-Kadangkala kekuningan pada mata (jaundis)
-Pembengkakan limpa boleh berlaku terutama di kalangan kanak-kanak begitu juga penyakit sawan akibat demam panas yang kuat.
Komplikasi
-Serangan malaria serebral (otak) di mana pesakit mengalami koma dan boleh menyebabkan kematian
-Kekurangan darah yang teruk yang memerlukan pemindahan darah
-Kegagalan buah pinggang (kidney failure)
-Paru-paru berair (pulmonary oederma)
-Kekurangan glukos dalam darah (hipoglisemia)
-Pendarahan tidak terkawal
-’Black water fever’ dimana berlaku pemecahan sel darah merah yang teruk menyebabkan haemoglobin di bebaskan dalam air kencing dan berwarna hitam
-Lumpuh dan kekejangan






