Masalah kehamilan

Kehamilan Di Luar Rahim sememangnya kehamilan yang diluar jangkaan individu yang mengalaminya.Ia berlaku disebabkan oleh kegagalan sperma mencapai telur yang disenyawakan untuk sampai ke rahim.Malahan dalam tempoh percubaan sekali pun ia tetap meneruskan walaupun hanya ditempelan luar rahim seperti di serviks,tiub fallopio,rongga abdomen.Secara pastinya telur yang disenyawakan akan tetap terus subur didalam tiub fallopio.

Kehamilan di luar rahim akan di kenal pasti kira-kira dalam lingkungan kehamilan enam minggu.Masalah ini boleh diketahui apabila ada beberapa simptom yang akan dialami oleh setiap ibu mengalaminya seperti:-
-Sakit dibahagian abdomen atau pelvis ketika batuk.
-Kesakitan di bahagian usus seperti menegang
-Pendarahan pada vagina berlebihan seperti datang bulan
-Sakit dibahagian bahu apabila dalam keadaan baring
-Sakit perut yang berpanjangan
-Sakit belakang walaupun tanpa sebarang tekanan

Sekiranya ada di kalangan anda mengalami masalah sebegini ketika hamil digalakkan mendapatkan rujukan susulan dari doktor.Malahan diatas beberapa gejala sahaja namun ia dapat diketahui apabila membuat ujian melalui ultrasound.Pada peringkat pendarahan yang banyak dan sakit perut berlarutan perlu mengambil tindakan dengan segera.Simptom-simptom biasa dialami oleh kehamilan juga turut dirasai seperti mual,keletihan,kelewatan haid dan tidak keselesaan dibahagian payudara.

Apabila tindakan awal diambil risiko pada kesihatan kehamilan dapat dikawal dengan kaedah-kaedah tertentu.Banyak langkah berjaga-jaga boleh dilakukan agar tiada kemudaratan pada kandungan dan kehamilan yang akan datang.Masalah ini sememangnya sering berlaku namun penyebabnya masih belum dikenal pasti.Secara rambangnya kehamilan luar rahim sering berlaku antara sebabnya
-masalah tiub fallopio
-jangkitan pada pelvis (penyakit kelamin,penyakit keradangan pelvis)
-Gejala merokok
-perbedahan pada bahagian rahim
-pengambilan ubat hormon seperti ubat kesuburan

Bagaimanapun Masalah sebegini boleh dikawal apabila tindakan diambil dan hindari dari tekanan kerana ia akan menambahkan lagi risiko yang berat.Tanggani dengan tenang dan sentiasa berdoa pada Allah.

Technorati , , ,

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!


1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Cerita Berkaitan yang Menarik di baca...

What Do You Think?

3,348 views
Close
E-mail It