Masalah Penyakit Saraf

KEBAS di bahagian kaki atau belakang paha yang kadang kala melibatkan kawasan pinggul sering sahaja dianggap remeh oleh kebanyakan daripada kita.

Dengan hanya menyapu salap panas atau mengurut, kesakitan dan rasa kebas tersebut hilang seketika, namun ia menyerang kembali tanpa mengira waktu.

Dalam istilah perubatan, kebas atau paresthesia merupakan satu keadaan di mana kawasan pada bahagian anggota badan seperti kaki dan tangan tidak boleh merasa.

Menurut Pakar Perunding Neurosurgeri (Bedah Otak dan Saraf) Hospital Kuala Lumpur, Dr. Azmi Alias, keadaan tersebut boleh menjadi lebih teruk sekiranya dibiarkan berlanjutan.
Tekanan terhadap saraf

“Kebas atau rasa mencucuk di bahagian aras pinggang hingga ke bawah merupakan antara simptom awal terhadap abnormaliti keadaan saraf tunjang di dalam tulang belakang,” katanya.

Azmi menjelaskan, gejala tersebut boleh berlaku akibat penyakit berkaitan saraf tunjang dan akar saraf yang secara umumnya dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu Extradural (25 peratus), Intradural extramedullary (50 peratus) dan Intradural intramedullary (25 peratus), berdasarkan kepada kedudukannya dengan selaput saraf tunjang atau dikenali sebagai Dura Matter.

 
Tekanan terhadap saraf tunjang boleh menyebabkan pesakit mengalami gejala seperti lemah anggota kaki, hilang keseimbangan semasa berjalan, kebas, hilang kawalan autonomik terhadap pundi kencing dan kesukaran untuk membuang air besar.

“Tekanan terhadap akar saraf pula menyebabkan pesakit berasa sakit di bahagian belakang dan kadangkala renjatan yang menular ke sebelah bahagian peha dan betis,” jelasnya.

Bagi kategori Extradural, ia berlaku akibat penyakit di luar selaput saraf tunjang seperti Spondylosis, cakera (disk) tulang belakang terkeluar (PID), keretakan tulang belakang akibat kemalangan serta ketumbuhan.

“Bagi kategori ini, himpitan terjadi di kawasan luar saraf tunjang. Ini secara tidak langsung akan mengganggu bahagian saraf yang mengawal deria sentuh serta saraf motor,” ujarnya.

Bagi kategori kedua iaitu Intradural Extramedullary, ia berlaku akibat penyakit di dalam selaput dura tetapi di luar saraf tunjang seperti ketumbuhan Meningioma dan Schwannoma.

Bagi kategori ketiga pula, penyakit tersebut melibatkan saraf tunjang itu sendiri seperti ketumbuhan Ependymoma dan Astrocytoma, jangkitan saraf, penyakit vascular, syringomyelia dan demyelination.
Serang tidak kira masa

Menurut Azmi, gejala seperti kebas, rasa mencucuk pada mana-mana anggota tubuh terutama bahagian kaki perlu diambil perhatian oleh orang ramai.

“Malah, lemah anggota tangan atau kaki serta hilang kawalan pundi kencing dan sembelit memberi petanda terdapat masalah berkaitan saraf,” katanya.

 
Bukan sekadar itu, rasa kebas atau sakit akan timbul dan menjadi lebih teruk apabila melakukan kerja-kerja harian seperti membongkok, mengangkat barang atau keadaan posisi tubuh yang salah.

Tidak terhad di kawasan pinggul dan belakang paha, kesakitan turut merebak di anggota tubuh yang lain atau radiculopathy turut mengganggu keselesaan pesakit.

“Ada keadaan tertentu, pesakit boleh menjadi lumpuh akibat himpitan pada saraf ini,” jelasnya.

Di samping itu juga, kebas pada anggota kaki ini menyerang tidak kira masa. Malah, dalam keadaan tubuh sedang berehat, kebas ini masih terasa.

“Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa penyakit lain yang boleh menyebabkan gejala kebas seperti arteriosclerosis di mana salur darah di bahagian kaki menjadi lebih sempit menyebabkan pesakit mengalami gejala intermittent claudication termasuk sakit atau kebas di bahagian kaki dan hanya boleh berjalan sehingga beberapa meter sahaja.

Tambahnya lagi, penghidap penyakit kencing manis juga boleh mengalami gejala kebas di hujung jari tangan dan kaki.
Penggantian cakera

Mengenai rawatan, Azmi menjelaskan ia bergantung kepada jenis penyakit dan kerosakan yang berlaku sehingga menghimpit saraf tunjang dan ekor saraf.

“Sekiranya ia melibatkan kehadiran tumor, pembedahan perlu dilakukan bagi membuangnya. Sekiranya ia melibatkan cakera tulang belakang yang terkeluar, pembedahan bagi mengeluarkan bahagian cakera tersebut dan penggantian cakera boleh dilakukan,” katanya.

Tambahnya, ubat penahan sakit dan teknik Traction atau regangan tulang belakang turut dilakukan dalam sesetengah kes PID yang boleh mengurangkan tekanan terhadap akar saraf.

Dalam pada itu, Azmi menjelaskan pesakit perlu berjumpa doktor dan untuk menjalani pemeriksaan fizikal bagi mengetahui keadaan saraf dan kawasan yang terlibat.

“Untuk pemeriksaan tersebut, salah satu caranya ialah penggunaan peta titik saraf sebagai rujukan dan dari situ, pakar dapat mengetahui bahagian sebenar tubuh yang bermasalah,” katanya sambil menunjukkan gambarajah tersebut.

Lanjutan daripada pemeriksaan fizikal, pesakit perlu menjalani ujian imbasan MRI (Magnetic Resonance Imaging) di bahagian tulang belakang bagi meneliti secara terperinci struktur saraf tunjang, akar saraf dan anatomi tisu sekelilingnya dengan lebih jelas.

Selain daripada itu, ujian X-ray dan CT Scan juga boleh dilakukan bagi mengetahui keadaan tulang belakang yang secara semulajadi berfungsi melindungi saraf tunjang pesakit.

Technorati , , ,

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!


1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (4 votes, average: 2.75 out of 5)
Loading ... Loading ...

Cerita Berkaitan yang Menarik di baca...

11 Responses to “Masalah Penyakit Saraf

  • MyAvatars 0.2
    1
    mazley
    January 15th, 2015 16:01

    Hai,saya mengalami masalah yg sama,iaitu kebas bahagian kaki kiri,dan paha terasa sakit apabila berjalan,dan duduk…..ada atau tidak cara mengatasi masalah ini,selain ubat tahan sakit….kesakitan hampir 24/7 …lebih sakit jika pengerakan yg agak lebih….

  • MyAvatars 0.2
    2
    zuhairi
    January 25th, 2015 15:59

    Salam…Sy ada menjual buah tunjuk langit gred A..sekitar 250 biji sehinga 300 biji sebungkus harga cuma rm30….cepat dan pantas sy hantar guna kan pos laju.

    Kebaikan buah tunjuk langit terlalu banyak…melancarkan darah…buang angin..pulih kn tenaga batin untuk lelaki..meningkatkan tenaga dan mencergaskan badan bagi lelaki dan wanita yang berumur berkesan lebih hebat berbanding tongkat ali…mencuci buah pingang..kurangkn kolestrol..menurunkan darah tingi..buah ini selamat di makan…rahsia rahsia orang terdahulu untuk kekal sihat..berasal dari pohon mahogany di dalam hutan

    Buah tunjuk langit mempunyai nilai perubatan yang tinggi, disahkan melalui kajian saintifik oleh ahli Biokimia Amerika, Dr Larry Brookes (1996). Kebelakangan ini ia telah digunakan oleh pakar perubatan dan doktor dalam bidang perubatan dan diiktiraf sebagai antara makanan kesihatan terbaik.

    Buah yg sy jual adalah asli…bukan pil bukan kapsul tapi dalam bntuk biji2 kuaci mahogany….sehari cukup sebiji untuk kesihatan.sesiapa pun boleh amal kan…

  • MyAvatars 0.2
    3
    cik areen
    February 13th, 2015 08:39

    em zuhairi, saya hendak beli buah tunjuk langit itu, bagaimana ye?

  • MyAvatars 0.2
    4
    syye mohammad
    March 14th, 2015 07:37

    saya nak beli bagaimana cara nya

  • MyAvatars 0.2
    5
    nalin
    April 9th, 2015 14:20

    saya nak order macam mana ya ..

  • MyAvatars 0.2
    6
    nalin
    April 9th, 2015 14:22

    saya nak order ..macam mana ya

  • MyAvatars 0.2
    7
    ab alim bin zakariah
    April 23rd, 2015 10:23

    saya amat jarang beriadah, dah lebih 4 tahun mengalami sakit kaki kiri, tak boleh berdiri lama ia akan kebas dan urut bahagian luar betis akan sakai. Tidak boleh berjalan kaki jauh sebab kaki akan kebas dan sakit. kalau dah tak tahan makan penadol utk sakit urat dan sakit pinggang, legalah dan dapat lelap mata.

  • MyAvatars 0.2
    8
    faris
    May 20th, 2015 18:38

    Saya salah seorang pesakit tulang belakang di lumbar 4,5 akibat kecederaan semasa bersukan.Saya dapat dipulihkan melalui rawatan traditional hj hashim di langgar Kedah.Saya di ijazahkan ilmu beliau setelah 4 tahun membantu dan belajar urutan di tulang belakang.
    Alhamdulillah saya masih membantu secara ikhlas masalah tulang belakang secara sambilan di Keramat K.L.Kepada yg ingin mencuba,saya hanya ingin membantu dgn hadiah ikhlas dari anda.sila ke fb rawattulangbelakang.

  • MyAvatars 0.2
    9
    shahar
    June 6th, 2015 18:30

    saya berminat nak beli buah tunjuk langit… en.zuhairi

  • MyAvatars 0.2
    10
    Mizz
    June 23rd, 2015 02:06

    Salam…boleh tahu mcmane..sy boleh order buah tunjuk langit…sy pun megalami masaalah yg sama….

  • MyAvatars 0.2
    11
    azie qaseh
    June 24th, 2015 12:59

    salam en zuhairi.. rasa macam nak cuba, macam mana nak beli ye

    TQ

    azie KL

What Do You Think?

24,233 views
Close
E-mail It