Menangani Penyakit Resdung
Permasalahan resdung adalah salah satu penyakit alahan yang sering dialami pada masyarakat kini.Tidak dinafikan bahawa sesiapa yang mengalami masalah resdung ini akan merasakan ketidak selesaan dan serba tidak kerna.Ini kerana pesakit akan mengalami kegatalan dan tekanan pada bahagian mata,hidung,muka,mulut seperti lelangit,perit dibahagian kepala.Pesakit yang mengalami resdung akan sering mengalami
-batuk kecil
-demam
-nafas berbau
-sesak nafas
-rembesan lendir yang tebal
-bengkak dibahagian muka.
Ini berhubung disebabkan oleh jangkitan bakteria dan virus yang mudah merebak.Anda perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan bila masalah resdung yang dialami berlarutan sehingga
-Tidak boleh bernafas dengan sempurna
-Lendir keluar berlebihan dan berwarna hijau
-Demam walaupun pada suhu rendah
-Sakit Kepala
Masalah resdung sememangnya mudah dirawat namun kelegaannya hanya cuma sementara dan akan berulang apabila tidak mengambil langkah berhati-hati secara berterusan.Resdung juga boleh terjadi disebabkan dari
-Pemakanan
-Persekitaran
-Tekanan
Komplikasi resdung juga akan kearah penyakit yang merbahaya dan boleh membawa maut.Apabila rawatan diambil ia akan dapat mengurangkan
-rasa bengkak
-Menghilangkan kegatalan dibahagian rongga hidung
-Melancarkan pernafasan
Dengan menjaga kebersihan di persekitaran salah satu langkah juga untuk mengurangkan masalah resdung.
Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!





