PANKREAS BENGKAK

Pengenalan Penyakit

-Pankreas merupakan sejenis organ seperti tisu yang panjang dan leper terletak di bahagaian bawah di belakang perut iaitu berhampiran dengan ‘splean’ dan pangkal usus (duo denum). Ia bewarna putih kemerahan dan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kepala, badan ,dan ekor.
-Pankreas seorang dewasa yang dirangsang oleh makanan boleh mengeluarkan hampir 700 ml cecair sehari.Cecair tersebut akan disalurkan melalui saluran (duktus) pankreas ke dalam duodenum dan ia akan bertindak balas dengan makanan bagi membantu penyerapan.
-Namun ia juga mempunyai masalah seperti kekurangan pengeluaran hormon dan enzim penghadaman seperti ‘tripsin’ dan ‘lipase’.
-Fungsi eksokrin pankreas
-Penting untuk proses penghadaman di mana pankreas akan mengeluarkan enzim untuk menghadamkan makanan.
-Rembesan (secretion) pankreas penting untuk menghadamkan makanan seperti protin dan lemak.
-’trypsin’ dan ‘chymotrypsins’ diperlukan untuk memecahkan molekul protin yang besar untuk diserap oleh tubuh.
-’lipase’ digunakan untuk mencernakan lemak dalam makanan kepada kompenen yang lebih kecil seperti asid lemak.
-Jus pankreas yang mengandungi tahap bikarbonat yang tinggi dapat mengurangkan keasidan pada pangkal usus dan mengurangkan kemungkinan berlakunya ulser pada duodenum.

Fungsi endokrin pankreas

-Dapat mengeluarkan hormon iaitu sejenis protin yang bertindak balas untuk menstabilkan paras gula atau kaborhidrat dalam badan.
-Kekurangan hormon insulin akan meningkatkan paras gula dalam darah dan menyebabkan kencing manis.
-batu karang, batu pankreas atau batu hempedu boleh menyumbat saluran cecair hempedu atau rembesan pankreas dan seterusnya menghalang rembesan pankreas serta pengaliran ‘lilirubin’ daripada hati.Ia membawa kepada penyakit’jaundis’

Jenis-jenis penyakit

Pembengkakan pankreas:
-Pankreatitis akut
-Pankreatitis kronik

Tersumbat oleh batu-batu pankreas
Ketumbuhan/jangkitan pankreas
Pankreatitis akut
-Kesakitan pada bahagian perut (abdomen) kerana peningkatan enzim (protein) pencernaan amilase (salah satu protein penghadaman) dalam darah dan air kencing.

Punca Penyakit/ Faktor risiko
-Meminum minuman beralkohol-ia merosakkan sel-sel pankreas serta boleh merosakkan organ berhampiran
-Batu yang tersumbat di saluran pankreas
-Jangkitan virus
-Merokok

tanda-tanda. Simptom
-Loya
-Muntah-muntah
-kesakitan pada bahagian atas perut
-kembung dan rasa ngilu pada perut apabila disentuh
-Demam yang disebabkan jangkitan
-Kesakitan yang tenat dalam keadaan kejutan atau ‘schock’ kerana kehilangan cecair dari saluran darah masuk ke dalam rongga perut.
-Gejala pankreatitis kronik:
Sama seperti pankreas akut
Gangguan penyerapan
Diabetes mellitus
Cirit-birit
Kesakitan perut berulang
Tanpa gejala klinikal

Langkah pencegahan
-Kurangkan makanan berlemak
-Tidak menggunakan minyak masak yang berlebihan semasa menyediakan makanan.
-Masaklah makanan dengan cara grill, foil aluminium dan ketuhar gelombang mikro.
-Sesuaikan tabiat makan, iaitu dengan memakan sedikit makanan pada suatu masa tetapi makan lebih kerap
-Hindarkan makanan yang keras dan susah dihadamkan.
-Jauhi alkohol serta menghisap rokok.

Technorati , , , , , , , , ,

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!


1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (3 votes, average: 2.67 out of 5)
Loading ... Loading ...

Cerita Berkaitan yang Menarik di baca...

One Response to “PANKREAS BENGKAK

What Do You Think?

36,917 views
Close
E-mail It