Penjagaan Ketahanan Badan Selepas Bersalin

Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Ramai yang kurang mengerti aspek penjagaan kesihatan selepas bersalin.Ini kerana mereka terleka seketika kerana terlalu seronok apabila melihat dua kelopak mata bayi mereka yang di nantikan selama ini ada di pangkuan.Namun hakikatnya si ibu juga perlu berjaga sekiranya tidak sihat bagaimana ingin memberi penjagaan rapi pada bayi mereka.

Ketika proses bersalin para ibu banyak mengeluarkan tenaga dan sel darah.Jadi disini penjagaan selepas bersalin itu penting agar dapat menghidupkan semula sel-sel yang lemah.Untuk pengetahuan bersama ketika wanita yang bersalin mereka ibarat terputus urat dan kata orang tua-tua bagi melahirkan anak lelaki ibunya akan terputus dua urat manakala anak perempuan satu urat.

Sekiranya penjagaan tidak rapi tubuh ibu akan mudah masuk angin kerana di ruangan sel urat masih mengembang.Disebabkan oleh tekanan semua anggota ketika meneran di proses mengeluarkan bayi.Ini bagi yang normal,bagi yang tidak normal seperti operation,proset(iaitu vacum) lebih banyak termatinya sel.Yang penting cara penjagaan selepas bersalin yang betul dan pantang larang yang diamalkan oleh orang tua juga perlu diambil perhatian walaupun berada dizaman moden.

Kelalaian terhadap tubuh badan akan membuatkan ibu itu merasakan
- Sakit kepala
- Sakit pinggang
- Suhu badan yang tidak menentu

Perubahan ini mungkin tidak dirasakan selepas bersalin namun selepas masa 24 jam berlalu kerengangan itu akan mula dirasai.Seeloknya selepas bersalin haruslah memperbanyakkan minum air suam agar menaikkan balik metabolisme selain itu mengelakkan sembelit.Amalan-amalan  kaedah berpantang seperti
- Pakai sarung kaki -menggelakkan angin masuk ke badan
- Baju sejuk – agar dapat mengawalkan haba
- Ikat rambut tinggi – mengelakkan sakit kepala

Hakikatnya banyak lagi cara berpantang selepas bersalin dengan betul tapi ini semuanya adalah langkah yang selalu diambil.Walaupun berbagai cara yang digunakan haruslah berfaktorkan kesihatan yang sempurna.Mungkin diatas cara yang selalu dilakukan oleh wanita yang baru lepas bersalin dan ada juga yang mengambil bahan tambahan seperti pilis,param,halia.Walau bagaimana pun dengan daya pemakanan yang betul juga perlu seperti
- Makan makanan yang  berkhasiat( Sayuran,ikan)
- Elakkan mengambil makanan yang sejuk dan berangin
- Meminum air suam
- Vitamin

Dengan kadar selaras dari segi semua faktor zahir dan batin yang dilakukan akan dapat mengurangkan risiko kesakitan selepas bersalin.Petua-petua dari orang yang berpengalaman juga perlu diambil kira kerana mereka telah lalui asam garam terlebih dahulu.Kaedah mengurut dan berbengkung selalunya dilakukan demi menjaga dalaman wanita dan melembutkan semula urat yang terganggu.

Selain itu sikap berhati-hati itu perlu ada agar kesihatan terjamin.Penjagaan walau apapun sudut perlu di praktikkan baik moden ataupun lama,yang penting langkah itu untuk kesihatan diri.

Technorati , , , , , , , , , , , , , , ,

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!


1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 3 out of 5)
Loading ... Loading ...

Cerita Berkaitan yang Menarik di baca...

What Do You Think?

11,329 views
Close
E-mail It