Permasalahan Kaki Bengkak

Permasalahan kaki bengkak sememangnya bukan perkara luar biasa kerana ia adalah penyakit yang mudah di alami oleh sesetengah individu di masyarakat kini.Apabila seseorang yang mengalami masalah bengkak kaki ia akan merasakan ketidakselesaan dan   denyutan pada tapak kaki.Tidak dinafikan lagi berkemungkinan ini berlaku oleh kekejangan urat yang lama tanpa ada tindakan awal.

Ini semua berlaku disebabkan oleh saluran darah yang tidak lancar sehingga menyebabkan cecair dalam saluran darah menjadi berlebihan sehingga membuatkan kaki menjadi bengkak kerana tidak dapat menampung kandungan cecair yang berlebihan.

Seseorang itu akan merasakan sakit pada bahagian tapak kaki yang pada mula merasakan seperti sengal-sengal sehingga menganggu pergerakan.Berkemungkinan  disebabkan
-berjalan terlalu lama
-Banyak berdiri
-Memakai Kasut atau stokin yang tidak sesuai (ketat,tapak kasut keras)

Tidak dinafikan permasalahan ini juga bersangkut paut dengan alahan pada makanan laut seperti penghidap gout sering mengalami masalah bengkak kaki sebegini kerana saluran darah tidak dapat memproses permakanan yang mengandungi protein yang berlebihan.Ada juga disebabkan beberapa faktor yang berkait rapat seperti:-
- Pengambilan karbohidrat dan garam yang banyak
- Kurang bersenam
- Tekanan emosi yang tidak menentu
- Alahan pada makanan laut

Sekiranya ia lambat di rawat permasalahan kaki bengkak ini akan mendatangkan kesakitan dibahagian otot seperti osteoporosis.lagi membimbangkan ia akan mudah menjadi kebas dan susah untuk bergerak.Dengan mengangkat kaki keatas juga boleh membantu mengurangkan rasa sakit.Ini kerana ia melancarkan kembali peredaran darah yang sebelumnya tersumbat dan meredakan sedikit kerengangan di bahagian lutut.

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!


1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 4 out of 5)
Loading ... Loading ...

Cerita Berkaitan yang Menarik di baca...

  • No Related Posts

What Do You Think?

1,470 views
Close
E-mail It