RADANG PUNDI KENCING (CYSTITIS)

Pundi kencing adalah merupakan otot-otot kenyal seperti beg dan ia merupakan tempat takungan sementara untuk segala jenis bahan buangan termasuk air kencing

Ia terdedah kepada pelbagai masalah dan jangkitan kuman
Jenis-jenis atau Punca Penyakit
Punca penyakit:
1. Hubungan seks
- Ia lebih kerap berlaku selepas hubungan seks kerana ia memudahkan penyebaran bakteria dari dubur ke faraj. Faraj yang terbuka memudahkan merebaknya jangkitan kuman.

2. Kehamilan

3. Bakteria
- ‘Cystitis’ disebabkan oleh ‘Escherichia coli’ atau ‘Streptococcus faecalis’ iaitu sejenis bakteria yang tidak merbahaya dan tinggal di dalam saluran usus. Masalah akan timbul jika ia berpindah ke saluran kencing

4. Persekitaran yang kotor

5. Alahan / Allergy

6. Bahan-bahan kimia

7. Hormon
- Ketidakseimbangan hormon boleh menjejaskan kandungan asid dan alkali yang terdapat dalam faraj. Serangan ‘cystitis’ boleh berlaku semasa haid pertama, semasa hamil, selepas melahirkan anak, selepas ‘hysterectomy’ atau semasa menopaus

8. Alat pencegah kehamilan

9. Kanak-kanak
- Kelainan struktur saluran kencing (tiub yang menyalurkan air kencing dari pundi kencing dan dari buah pinggang) yang masuk ke pundi kencing. Ia mengakibatkan ‘vesicoureteric reflux’ iaitu pengaliran balik air kencing masuk semula ke saluran ureter apabila pundi kencing mengecut
- Secara tidak langsung ia mencetuskan risiko jangkitan pundi kencing

10. Pembesaran kelenjar prostat bagi lelaki
- Pembesaran kelenjar prostat di kalangan orang tua menyebabkan sisa air kencing masuk semula ke dalam pundi kencing. Saluran kencing yang pecah mengakibatkan saluran kencing sempit

Simptom/Tanda-tanda

1. Rase pedih atau bisa ketika membuang air kecil
2. Kerap membuang air kecik dengan kadar yang sedikit
3. Air kencing berbau atau hanyir
4. Perubahan pada warna air kencing iaitu menjadi pekat atau bercampur darah
5. Demam menandakan jankitan telah merebak ke buah pinggang

Dapatkan Rawatan penyakit ini dengan Terapi saraf

Technorati , , , , ,

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!


1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Cerita Berkaitan yang Menarik di baca...

What Do You Think?

3,915 views
Close
E-mail It