Rawat Penyakit Saraf

Senario di mana seseorang jatuh sakit secara tiba-tiba tanpa tanda-tanda awal semakin kerap berlaku dalam kalangan masyarakat hari ini.

Keadaan ini bukanlah menunjukkan bahawa masyarakat tidak peka dengan kesihatan diri masing-masing, tetapi penyakit hari ini dilihat semakin ‘bijak’ kerana apabila berada di tahap yang kritikal barulah ia menunjukkan simptom-simptomnya.

Untuk itu setiap orang disaran agar menjalani pemeriksaan secara berkala bagi mengetahui tahap kesihatan dan mengenal pasti apa jua jenis penyakit yang dihidapi.

Begitupun, ada penyakit yang tidak dapat dikesan pada peringkat awal dan ada juga sakit yang tidak dapat diterangkan apakah jenis penyakitnya.

Begitu juga dengan penyakit saraf di mana penyakit ini tidak dapat dikesan pada peringkat awal tetapi tanda-tandanya sudah kelihatan pada mana-mana individu yang mengalami.

Tanda-tanda kesakitan yang dialami tidak pernah di ambil berat oleh penghidapnya kerana kesakitan itu muncul secara tiba-tiba.

Malah kesakitan yang lazimnya dialami adalah kesakitan yang tidak dapat diterangkan dan ia berbeza daripada biasa.

Sekiranya mana-mana individu yang mengalami kesakitan pada mana-mana tubuh badan tetapi tidak dapat diterangkan secara terperinci, berkemungkinan individu tersebut mengalami kesakitan saraf.

 Kesakitan saraf atau neuropatik adalah sejenis kesakitan kronik yang berpunca daripada kerosakan pada saraf yang berfungsi mengesan kesakitan, atau pada bahagian dalam sistem saraf yang menghantar isyarat kesakitan seperti saraf tunjang atau otak.

“Kesakitan saraf boleh membawa kesan negatif yang signifikan dalam rutin harian pesakit serta kualiti kehidupan mereka.

“Ramai penghidap penyakit ini menghadapi kesukaran untuk tidur, hilang tumpuan serta selalu berasa letih dan tidak bermaya.

“Ada yang langsung tidak boleh mengenakan pakaian kerana mengalami kesakitan yang teramat sangat apabila pakaian bersentuhan dengan kulit.

 Pesakit yang mengalami penyakit ini juga boleh mengalami kemurungan yang teruk di samping kebimbangan yang tinggi dalam diri masing-masing.

Ini kerana mereka sentiasa berfikir bagaimana untuk menyembuhkan penyakit tersebut selain sentiasa berfikir untuk mencari penawar bagi menyembuhkan penyakit mereka.

Pada masa yang sama, pesakit yang mengalami penyakit ini sering menghadapi masalah untuk menerangkan kesakitan yang dialami.

“Keadaan ini juga secara tidak langsung menunjukkan perbezaan dalam fisiologi dan psikologi yang mempengaruhi cara seseorang itu menerangkan kesakitan mereka.

 Sehingga hari ini tiada ujian diagnostik yang dapat membuktikan bahawa kesakitan itu wujud.

Technorati , , , ,

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!


1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Cerita Berkaitan yang Menarik di baca...

What Do You Think?

20,370 views
Close
E-mail It