Sakit Belakang

Adakah anda pernah mengalami keadaan ini.Sakit di bahagian belakang pasti ramai yang pernah mengalaminya terutama bagi kaum hawa ibu khususnya yang sering melakukan kerja-kerja rumah.Walaupun kita tahu sakit belakang adalah perkara yang tidaklah serius tetapi anda perlu juga berhati-hati akan penyebab masalah ini.Jika tidak diberi perhatian mungkin akan mendatangkan akibat buruk pada anda nanti.

Penyebab sakit di bahagian belakang

Disebabkan oleh otot yang lemah,otot yang tegang atau kaku,urat belakang yang tergeliat, otot yang terkoyak atau juga disebabkan sakit sendi yang mengakibatkan anda rasa sakit di bahagian punggung,kebas kaki,rasa digigit semut di kaki akibat rangsangan saraf dari saraf tunjang.Tekanan perasaan atau tidak melakukan sebarang aktiviti senaman juga boleh menjadi punca sakit di bahagian belakang.

Selain itu mereka yang mempunyai keadaan fizikal yang agak gemuk juga boleh mendapat sakit belakang terutama melibatkan waktu berdiri dan duduk yang agak lama.Kadang-kadang sakit belakang juga adalah kerana tanda- tanda ada masalah arthritis,ulser atau masalah sakit buah pinggang,mengandung atau masalah yang berkaitan genetik atau kecederaan fizikal di bahagian belakang akibat kecederaan.

Simptom sakit belakang

Sakit di bahagian belakang selalunya sakit di bahagian bawah belakang anda dan boleh merebak ke bahagian lain iaitu kaki.Bahagian yang sakit akan merasa sensitif apabila disentuh dan akan berasa lebih sakit apabila anda bergerak.Rasa sakit boleh dirasai seperti pisau yang tajam menikam atau rasa kesakitan yang amat sangat dibahagian otot belakang.

Siapa yang berisiko mendapat sakita belakang?

1-Yang tidak boleh dirawat atau diubah

a) Mereka yang berada dalam pertengahan umur
b) Lelaki
c) Sejarah keluarga yang menghidap sakit bahagian belakang.
d) Mengandung-semasa mengandung ligamen wanita meregang otot abdominal mereka tegang dan lemah     dan bahagian belakang perlu menyokong bayi dalam kandungan.
e) Sebahagian tulang belakang mengalami tekanan
2-Yang boleh dirawat atau diubah

a) Kekurangan senaman
b) Pekerjaan dan aktiviti lain yang memerlukan seseorang itu duduk, mengangkat atau menarik        barangan berat dan pekerjaan yang mengakibatkan seseorang terdedah kepada getaran.
c) Merokok
d) Berat berlebihan
e) Tekanan
f) Pengunaan streoid terlalu lama
Pencegahan sakit Belakang

-Kurangkan aktiviti yang memburukkan simptom tetapi buat aktiviti biasa tetapi tidak digalakkan  berehat dikatil sahaja.
-Buat senaman ringan untuk membina dan menegekalkan otot perut yang kuat dan belakang yang  fleksibel.
-Perlu tahu apakah penyebab sakit belakang dan langkah mengelakkannya.

Technorati , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Hi! jika anda baru pertama kali melawat blog ini, saya galakkan anda subscribe RSS feed blog ini untuk mendapat pelbagai maklumat terkini. Terima kasih kerana melawat blog mahsuri!


1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Cerita Berkaitan yang Menarik di baca...

5 Responses to “Sakit Belakang

  • MyAvatars 0.2
    1
    Zaim Darwisy
    October 21st, 2009 18:05

    salam. saya ingin maklumat berkaitan dgn penyakit buah pinggang. saya sering sakit pinggang di bahagian bawah perut di bahagaian belakang. apabila saya mengurut bahagian perut saya, rasa sakit dan menusuk tajam selepas itu seperti angin bergerak-gerak dan kekadang keluar drpd mulut. apabila keadaan ini berlaku, rasa sakit di belakang saya tidak sakit lagi tetapi akan sakit semula selepas beberapa jam. saya ulangi dgn mengurut di bahagian bawah perut ianya akan reda semula.

    Kenapa ini boleh berlaku? apakah ini tanda penyakiut buah pinggang?

  • MyAvatars 0.2
    2
    iekin92
    October 5th, 2010 09:57

    saya mengalami sakit belakang sejak tahun lepas selepas saya terjatuh ketika bersukan. sakit nya dibahagian hujung spinal cord (bahagian bawah). Sejak dari itu saya tidak boleh duduk dengan terlalu lama. Sekarang, saya sedang mengalami sakit belakang dibahagian dada.

    Mengapa kedua-dua nya boleh terjadi dan apakah cara untuk merawatnya???

  • MyAvatars 0.2
    3
    mahasan
    October 14th, 2010 10:32

    saya megalami sakit di bahagian bawah pinggan (.punggung) sakit saya dah belarutan selama dua tahun tampa ada kemalangan tiba tiba saja ia merasa lengah2 yang amat sangat sekarang bagai manakah saya boleh mengatasinya dan apa kah cara merawatnya……?

  • MyAvatars 0.2
    4
    Jenny
    April 22nd, 2011 14:05

    saya mengalami masalah tulang belakang bengkok bermula umur saya 11 tahun umur saya sekarang 30 tahun..tulang rusuk saya juga tidak normal berlekuk di bahagian tengah masuk ke dalam..sakit saya sekarang semakin teruk saya tidak boleh duduk lama dan berdiri lama bahagian kepak tulang di belakang terasa pedih sangat juga bahagian tulang pinggul serta tengkuk juga sakit..malah menyebabkan keseluruhan tulang saya sakit iaitu lutut,jari juga kebas…adakah saya akan lumpuh dan berapa lama tulang saya boleh bertahan..adakah tulang saya masih boleh diselamatkan lagi…saya takut saya akan menjadi lumpuh suatu hari nanti..ada tidak pembedahan yang boleh menukar tulang saya.. tolonglah saya…

  • MyAvatars 0.2
    5
    nazmor
    September 20th, 2015 23:11

    Saya mengalami sakit belakang disebelah kanan aras pinggang. Bila berdiri di depan cermin, kelihatan seolah-olah kaki kanan lebih panjang dari kaki kiri (jika dilihat pada pinggang. Perbezaan dapat dilihat dengan ketara bila badan diluruskan. Rasa sakit lebih kuat bila badan diluruskan. Apakah ini tanda2 ada masalah lain dan apakah kaedah terbaik untuk mendapatkn rawatan (kaedah moden/tradisional)

What Do You Think?

21,859 views
Close
E-mail It